Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Friday

Mohd Qasha Haiqal (27.04.2011 - 0130 am)

Riena Haiqal | 4:38 pm |

 Inilah gambar si Kecil Cumel yang membuatkan hidup Riena kini lebih bermakna.. Apatah lagi menjadi ibu kepada si kecil yang bulat ini... Kepenatan setelah seharian bekerja terus hilang apabila melihat telatah si kecil ini. Balik dari kerja, perkara pertama yang ingin Riena capai adalah si kecil ini.. Anak yang terlalu manja dengan Riena. Seharian tidak bertemu dengannya membuatkan Riena rindu kepadanya.. hanya gambar dan video suaranya menjadi pengubat rindu.
Kini umurnya dah 4 bulan. banyak yang dia dah pandai buat sekarang. Bercerita panjang lebar walaupun Riena langsung tak faham, ketawa bila bermain dengannya, sekarang dia dah ada ulam utk tidur. Iaitu selendang Riena yang sememangnya ada bau2 Riena. Sememangnya bila dia dah bersama ulamnya tenang saja tidurnya kerana seperti Riena ada disisinya.
Pernah satu hari tu (25.08.2011) dia dijaga oleh baby sitternya. Riena lupa nak bg ulam dia. Langsung dia tak boleh tidur. Sekali Riena balik kerja baru Riena perasan ulamnya itu ada kat dalam bilik. patut la dia tak lena tidur.
Hampir2 Riena juga turut menangis bila babysitter nya call dan bgtau dia tak leh tidur, n dia bg dengar suara Riena kat telinga anak Riena.. terus senyap anak Riena itu. Betul2 manja dengan Riena.
:))

Tahun pertama beraya bersama insan baru!!

Riena Haiqal | 4:23 pm |
tahun 2011 ni tahun pertama beraya bersama insan yang baru lahir kedunia selain bersama suami tercinta.. Indahnya raya pada tahun ni kerana aq dikurniakan cahaya mata yang cukup sempurna dan cumel. Tidak sabar rasanya menanti ketibaan Aidilfitri... Biarla tahun ni menjadi kenangan indah utk ku sekeluarga kerana dapat beraya bersama suami dan anak tercinta. Insyaallah sekiranya masih diizinkan Allah SWT, ingin rasanya beraya di kampung dan membawa anak kecil melihat kampung halaman neneknya. Aminnn...

Thursday

Bukakan Hati suami ku untuk menerima ku dalam keadaan bertudung.. insyaallah

Riena Haiqal | 4:40 pm |

semoga suami Riena ikhlas menerima Riena dalam keadaan diri ini yang ingin berubah untuk bertudung isnyaAllah.. ingin sekali Riena memelihara aurat Riena dari penglihatan orang lain.. namun Riena tidak tau sejauh mana keinginan Riena yang ingin bertudung.. Kini Riena lebih berminat melihat cara2 pemakaian shawl yang betul dan unik.. dapat digayakan dengan apa cara sekali pun... malah Riena seperti selesa... :)
Insyaallah, tepat pada masanya Riena akan mulakan hari2 Riena dengan menutup bahagian kepala dan rambut... Riena akan mula masa p keja.. Insyaallah.. semoga Allah memberi kesempatan...



wanna try shawl style...

Riena Haiqal | 1:48 pm |

Nak sangat bergaya seperti dia.. memakai shawl seperti dia.. apakah Riena mampu memakai shawl seperti dia ni.. Riena teringin nak mengubah cara pemakaian Riena sekarang ne.. dah lama rasanya Riena ingin berubah namun yang menghalang Riena untuk bergaya seperti ini adalah hubby Riena.. Riena takut untuk menyuarakan hasrat hati Riena kepada my husband... takut dia tak leh terima... tapi insyaallah Riena akan berubah sedikit demi sedikit tapi bukan la mendadak sangat... nanti heran pula orang tengok Riena tiba2 berubah bertudung... hehehehehehe..InsyaAllah Riena akan perlahan2 menutup aurat Riena.. Riena nak nampak kemas..

k lah Riena nak buat keja dulu.. nanti tak siap keja Riena.. :)
berjumpa lagi di lain waktu... thanxxxxx :)
 - MuaxoOXoxo - 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa