Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Friday

Amin Ya Rabbal Alamin

Riena Haiqal | 2:02 pm |
Assalamualaikum

Aku bermohon kepada Mu ya Allah, Kurniakanlah kesihatan yang sempurna kepada anak ku. Biarlah aku seorang sahaja yang sakit tapi jangan anak ku...
Amin Ya Rabbal Alamin


Mandi Wajib yang Betul | Panduan bersama

Riena Haiqal | 10:29 am |

Assalamualaikum

Cara-cara mandi Wajib tersebut:-

فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn 'Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri).
Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya.
Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali.
Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian Baginda SAW berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kakinya. (Al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, Lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi Wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

  1. Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
  2. Membaca `Bismuillah'
  3. Mencuci tangan sebanyak 3 kali
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
  5. Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun. 
  6. berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim : 317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi
  7. Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis Dari Aisyah di dalam Sahih Al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
"Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air. Kemudian menyela-nyela rambutnya kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya"
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis `Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan kemudian bahagian kiri. Bagi wanita yang dalam keadaan Junub, dibolehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan Hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi Junub?
Jawab Rasulullah SAW: "Tidak, cukuplah bagi kamu dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim: 330)
Akan tetapi jika mandi untuk Haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis `Aisyah RA di dalam sahih Al-Bukhari di mana beliau kedatangan Haidh ketika menunaikan haji. Lalu Baginda SAW berkata sedemikian:

 دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

"Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu"

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره


Dari Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim : 268)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh : semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan Hadis Aisyah RA (Sunan Abi Daud: 243, di nilai sahih oleh Al-Albani)

10. Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Sekian

Dipetik dari sumber : jalanakhirat.wordpress.com

Thursday

Baby Haiqal comel

Riena Haiqal | 3:58 pm |
Assalamualaikum

Kali ni nak ceta tentang Baby Haiqal yang comel dan semakin comel.. 
Sekarang dia dah semakin nakal-nakal-nakal dan semakin aktif. 
Semakin hari dia dah semakin faham cakap kita...

Bila kita kata "Clap your hand".. terus jer dia buat aksi tepuk tangan..
Bila kata "Say bye-bye"... dia lambaikan tangan dia.. 
Bila kita sebut "Where's your ball?" terus dia tengok bola dan pegang bola tu.. 
Bila kata "no, no, no (sambil geleng kepala)" dia akan ikut gelengkan kepala..
Bila kita tunjukkan ada semut dan kata "Haiqal, ant.. " dia tengok semut tadi dan tangan dia mulalah nak kacau semut tu sampailah semut tu dah tinggal nyawa² ikan buntal..
Bila kata "Haiqal, meow... eeeeeee".. kiranya nak suruh dia jangan pegang kucing tu, tapi dia pulak semakin dekat dengan kucing tujuan dia memang nak sentuhlah tu.. Apa lagi ibu dia memainkan peranan "Haiqal, don't touch meow." Mula² dia stop merangkak, duduk, lepas tu dia tengok saya sambil senyum²... then, tak lama lepas tu dia merangkak balik dan kejar kucing tu. Terpaksa lah saya dengan terpaksanya melarikan laju² si kucing-tidak-bersalah itu.. Takut ar dengan bulu² dia..

Bila saya jauh jap dari dia, g dapur atau jalan jauh sikit dari dia, mulalah nak merengek nak minta saya ambil..

Bila kita kemas mainan² dia masuk dalam bakul mainan, tak lama kemudian dia sendiri akan bongkar balik sambil buang² semua mainan dia sambil buat mulut-muncung-macam-ikan-todak lepas tu siap ada bunyi² macam tak puas aty.. best tak, best tak? kita kena kemas balik ar jawabnya... 

Paling sakit bila dia dah ada 4 bilah gigi ni, dia semakin kuat sangat menggigit.. Paha kitorang sentiasa jadi mangsa..




:)

Riena Haiqal | 10:21 am |
Assalamualaikum


Sekarang ni saya paling suka melukis². Ada jer masa terluang sikit terus saya merajinkan diri yang tak berapa nak rajin ni melukis sesuka hati kucing tiri dia..

Nampak tak? tengah rajin ni nak melukis² kat Paint sehingga tak sedar orang tengah lalu lalang kat depan meja.. Tengah konfiden sratuspatpluhnampratus luar biasa dari biasa...

Oklah.. tata titi tutu.. nak teruskan melukis (seperti kanak² tadika riang)...



Saturday

selamat hari sabtu.. | Mood kerja

Riena Haiqal | 1:20 pm |
Assalamualaikum

Selamat berhari sabtu dan bakal berhujung minggu utk korang semua..
Kira nak sembunyi di sebalik gelas tu tapi sedar diri sikit muka tu dah besar patpersegi.


Friday

Tak perlu kata apa²... | Gambar memainkan peranan

Riena Haiqal | 11:54 am |
Assalamualaikum

Tak perlu kata apa².. 




Muka jadi buruk sebab ayam hanya 2 keping tu jer.. alahai... sedih sobsob...



Thursday

Blue day... | Cerita semalam

Riena Haiqal | 4:10 pm |
Assalamualaikum

Aduh.. nak update entry satu hal sebab nak fikir ayat² pujangga nak taip.. Nak tulis tajuk dia lagi satu hal.. Saya dah tak tahu nak letak apa pada tajuk entry ni.. 


sebenarnya...

Saya nak share ngan korang tentang my outfit semalam. itu jer.. ngehngehngeh

Blue day... Sila abaikan botol besar juga berwarna biru yang sedang menyibuk dibelakang tu.. 

Makan Lagi.. | Mood Kenyang

Riena Haiqal | 3:54 pm |
Assalamualaikum

Pagi tadi sebelum g keja macam biasa minta Mr. Papa singgah beli makanan.. Kali ni saya ubah citarasa. Takkan hari² nak melantak nasi lemak jer an.. Nak tukar selera pulak la kali ni...
Saya beli Gado-Gado. Nampak macam sedap kan?

Dengan perasaan lapar, dengan gelojohnya saya makan la an...

dan nak tahu....

Memang terbaik dari ladang... Sedap oooo... Kuah dia memang sedap... memang tak sia² ar saya ubah selera saya hari ini...



Semalam bila buka channel TV9 | jeng jeng jeng

Riena Haiqal | 8:19 am |
Assalamualaikum

Hukhukhuk.. <Batuk dulu sebelum memulakan bicara>
Semalam tengah tunggu² wayang best kat tv9 <Yatimkah Aku>, bermacam² iklan dia sajikan, an..tetiba sambil main gah-gah dengan Baby Haiqal ada lah satu iklan ni yang menarik perhatian saya an an.. Ntah tak ingat ar tajuk rencana tu tapi maybe Safiyya kot.. Adalah kisah² mengenai rakan² blog tapi akan dipaparkan pada hari Ahad-25Mac2012 jam 9 / 10 malam gitu ar.. Mula² saya nampak ada Datin dan member²dia tengah buat kek, lepas tu ada pulak dipaparkan blog IRINE NADIA MARCELLO.. Tak sabar pulak nak tengok hari Ahad ni an an an...


Wednesday

Tahniah buat adik ku yang tercomel dalam dunia

Riena Haiqal | 4:30 pm |
Assalamualaikum

Terasa saya pulak yang eksited giler bila khabar angin sepoi² bahasa mengatakan bahawa 21st March 2012 result SPM akan keluar... Saya pulak yang macam nak ambik result siap jantung dup-dap-dup-dap macam nak tercabut jer jantung ni..Walhal dah bertahun² lama tinggalkan zaman sekolah ni.. Apakejadahnya nak dupdapdupdap segala.

Tahniah ar buat adik-yang-paling-comel-dan-tersayang <hharghtuiiii... alamak, malu pulak nak berkasihsayang ni> 
sebab mendapat keputusan yang agak membanggakan dalam SPM.. Memang harapan negara ar... 
Nasib kau la tak gagal kan, kalau tak memang sebulan kau takyah korek telinga yang penuh dengan lombong² tembaga tu dengar ceramah tak berbayar dari emak kita tu.. Memang cair taik telinga mendengar nya... Itu kalau sebulan... cuba bayangkan kalau tigaratusnampluhlima hari tanpa henti mau tercabut telinga beserta urat saraf sekali tercabut dibuatnya..
Say goodbye gak ar dengan laptop dan broadband kesayangan kau tu kan.. lepas tu baru kau terfikir nak cari kakak-tersayang kau ni kan minta simpati.. hukhukhuk... Nasib baik ar result kau tu boleh membanggakan seluruh keturunan kita semua.. 

Tahniah Are-Deq... Teruskan belajar.. 



Monday

Copy paste

Riena Haiqal | 3:08 pm |
Assalamualaikum

Nak tahu kenapa tajuk hari ni COPY PASTE... 

Tengok kat bawah ni...

Sorry sangat² sebab tak berapa jelas... Stylooo nyer rambut mak mentua saya dengan ipar dia yer... 
Rasa macam nak torai ar rambut macam tu.. hukhukhuk..

Ni Baby Haiqal... 

sama tak, sama tak.. biarpun tak jelas sangat gambar Mr. Papa masa kecil tapi memang serupa sangat²....
Tang mata jer la dia tiru ibu dia... huhuhuhu...


Saturday

Virus kemalasan

Riena Haiqal | 9:24 am |
Assalamualaikum

Hari ni baru start masuk keja balik after bercuti selama 4 hari... <Tambah cuti satu hari lagi>
Mata ni macam tak nak terbuka jer akibat virus kemalasan telah menguasai diri.. Very very malas kebaboooom betul la.. 


Thank You For Reading

Tuesday

Masa untuk cuti.... | with Baby Haiqal |

Riena Haiqal | 9:44 am |
Assalamualaikum

Yehhhh.. Blog yang Dah sedia Sunyi Tanpa pengunjung Akan bertambah Sunyi sepi dalam 3 hari ini kerana tuan tanah dia tengah bercuti. tak g mana-mana cuma duk Umah Luangkan masa dengan Baby Haiqal....

Thank you for reading

Monday

Makan makan dan makan area | Jangan marah

Riena Haiqal | 11:34 am |
Assalamualaikum

Dimulakan dengan Bismillah, 


Blurrppp... 

Kek cheese pelangi.. Ikut suka mulut, lidah, gigi saya jer letak nama untuk kek ni..
tapi siyes memang sedap.. 

disudahi dengan Alhamdulillah...




Lunch Time @ Pizza Hut & Cendol | Entry bergambar dan berkata²

Riena Haiqal | 9:59 am |
Assalamualaikum

Ini cerita minggu lalu yang baru ter'kisah' hari ini. <yang sebenarnya dah lupa dah nak cerita>
**
*
Bila kenyang hati rasa girang.. wahahahaha.. Betul ker? Hari ini dalam sejarah, wah terlebih over pulak ayat tu taw.. Macam nak minta lempang bertalu² jer rasanya. 
Jangan buang masa korang kan, saya tahu ayat korang mesti macam tu punya la...


Lama juga rasanya tak pekena makanan kat pizza ni sampai kan dah lupa macamana nak order dan makan kat situ.. ahaxx boleh ker sampai macam tu? 
Masa lunch time (tempoh harila) kitorang pakat ramai² serbu Pizza Hut.. <Masalahnya ramai sangat ker yang nak serbu ni> 
Kitorang 4 orang jer pun rakan sekerja ni yang nak menyerbu dan menyerang pizza hut tu..
Sempat snap gambar belakang saja almaklumlah malu... :)


Sampai jer kat sana, kitorang terasa seperti halimunan sebab takder seorang pun waitress nak layan kitorang. 
Dalam puluhan jam yang ntah keberapa baru lah ada waitress yang agak rabun ayam tahap serius ambik order kitorang.. Adakah patut kitorang 4 orang dia kata kami 3 orang.. Ntah yang mana satu halimunan antara kami berempat..

Sambil tunggu² order sampai, macam biasa tapi tak biasa, air ni la menjadi hidangan.. Memang haus giler ar time ni.. Perut pulak dah bernyanyi riang bersama urat² yang lain menandakan mereka didalam sedang lapar.. 

Sedap hingga menjilat sudu.. 

Kitorang ambil MEAL 3.. Cukup ar untuk kitorang berempat yang dah lapar giler ni.. 
 Kerana kelaparan yang telah menguasai perut saya, so saya tak sempat lagi nak snap² gambar... Memang terserlah la bahawa saya tengah menikmati hidangan tersebut sampaikan saya tak ingat nak snap² lagi...

Lepas tu kitorang pekena cendol la pulak.. Memang terasa seperti jalan² cari makan la kitorang pada hari tu.. 
Balik ke pejabat dengan muka kenyang dan mengantuk.. 
Rasa malas pulak nak buat kerja..


Baby Haiqal demam lagi

Riena Haiqal | 8:34 am |
Assalamualaikum

Mengantuk tak terkira sangat² hari ni walaupun dah bercuti di hujung minggu. Mana tak nya Baby Haiqal demam lagi. Tak dinafikan sebagai ibu, memang saya sangat² risau bila dia dah sakit.. Saya tak kisah sangat kalau tak leh tidur sebab yang lebih penting saya nak jaga Baby Haiqal.

Dia tak lalu nak makan atau nak telan apa².. Air liur dia pun dia tak telan.. Akibatnya asyik meleleh jer..
Itu lebih membuatkan saya risau sebab dia langsung tak nak makan. 
Bila bawa g hospital, doktor kata ada bengkak kat dalam mulut.. Ulser kat kerongkong kot.. Bila nak bagi minum susu, dia takkan telan. Lepas tu dia nangis².. Ibu mana yang tahan tengok anak dia macam tu..

Dua hari juga la tidur dia tak lena.. 
Tapi syukur alhamdulillah, semalam panas dia dah kurang. Dan tidur dia pun dah nyenyak sikit walaupun masih terjaga², lapar la tu.. 

P/S : Sekarang dia dah pandai tepuk tangan lebih
² lagi kalau kita nyanyi 
"Kalau anda gembira tepuk tangan"... 

Thank You For Reading

Wednesday

Wedding Cousin Mr. Papa Part 2 | Entry Bergambar

Riena Haiqal | 11:00 am |
Assalamualaikum

Panjang bebenor yer entry pasal wedding ni. Ada sambungan kat PART 2. Bukan apa, terlalu banyak gambar yang nak ditunjukkan tu sebab la terpaksa buat kat Part 2. Kang kalau haku longgokkan kat satu entry jer boleh juling mata nak menengok gambar jer.. 

Gambar² kat bawah ni masa majlis hari Ahad (04.03.2012). 
Sungguh berani saya bersendirian menuju ke depan semata² nak snap gambar pengantin ni tau.. Sebenarnya ada gak rasa malu dalam hati tapi buat² berani. Nasib juga tak terketar² kepala lutut ni masa snap gambar. 


Alahai pengantin, punya la besar IPAD saya korang boleh tak tengok.. Sedih ar kalau macam ni.. 

Oleh kerana saya sedih sebab pengantin tak tengok saya, terpaksala saya menggagahkan diri yang tak gagah ni untuk snap gambar kek mereka pulak. Statement mengarut dah.. <sebenarnya nak minta simpati dari pengantin sambil dalam hati doa² agar pengantin potongkan kek tu utk saya. sedih lagi ar>

Baby Haiqal dah buat muka tak comel dah sebab menahan rasa ngantuk dia tu. Sian anak ibu ni terpaksa melayan kerenah ibu dia yang nak juga bergambar..



Pada hari Ahad tu juga kitorang g hantar pengantin perempuan pulang 3 hari ke rumah pengantin lelaki..
Gagah juga nak p ikut motif sebenar nak bawa Baby Haiqal jalan².. alih² dia tidur kat dalam kereta.. Ibu dia jer la yang nyibuk snap gambar pengantin.

Sekian lah cerita untuk PART 2


Thank You For Reading

Kemeriahan suasana dihari2 bahagia cousin Mr. Papa | Entry Bergambar dan berceloteh

Riena Haiqal | 9:01 am |
Assalamualaikum

Huh.. Baru dapat nak menaip entry pagi ni.. Almaklumlah tuan empunya blog ni dah kehabisan idea dan kehabisan ayat dah nak menaip. 
Tempoh hari saya ada tulis mengenai WEDDING COUSIN MR. PAPA. Masih tak terlambat rasanya nak wish Selamat pengantin Baru dan semoga berbahagia sampai akhir hayat.
Siyes memang cantik ar pengantin masa ni. Ni masa majlis berinai (Saturday daytime). Sempat gak naik dari dapur gara² nak snap gambar dia berinai, sambil tu teringat pulak masa saya wedding dulu kan.. Dah setahun berlalu. <buat gaya tangan kat dagu sambil garu² dagu, fikiran pulak melayang.. lepas tu korang boleh lempang dengan bersahaja>




Nilah dia kemeriahan semasa kat khemah dapur.. Terbaik dari ladang. Makcik² yang kat belakang semuanya sibuk dengan adegan masak memasak dan sambil tu tak sah kalau tak buat "ketupat" kan. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air laut. Gitu la kan.




Mereka² kat bawah ni memang raja segala raja kontrolmacho yang langsung tak macho.. Perasan jer kan tambi² kat bawah ni. <eh cik abg semua, jangan marah yer. Tak macho ar kalau marah>






Thank You For Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa