Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Friday

mana satu akan korang pilih?

Riena Haiqal | 4:40 pm |

Assalamualaikum

1) Puff shoulder Long Sleeves top black

2) Puff shoulder Long Sleeves top blue

3) Puff shoulder Long Sleeves top brown

4) Puff shoulder Long Sleeves top Pink

Nak beli baju ni tapi saya tak tahu warna apa yang sesuai.. kalau ikutkan semua warna cantik.. tapi saya nak antara warna brown atau biru.. Huh.. pusing pusing..


1st

Riena Haiqal | 9:00 am |

Assalamualaikum


Sebelum nak mula nak ucap gak Happy Birthday to HAKEEM (Baby Mama Azi) dan Raneeya (Baby Mama Ain) yang pertama juga... 


Selamat ulang tahun yang pertama sayang... Semoga menjadi anak yang soleh dan pintar dalam pelajaran dan hidup...

Pertama kali ibu di sahkan mengandung, tiada kata-kata yang dapat ibu ungkapkan. Tidak menyangka dalam perut ibu ada janin yang menumpang hidup dengan ibu. Ibu sangat-sangat bahagia kerana dalam rahim ibu telah ada satu nyawa yang bersatu dengan ibu.

Mr. Papa orang paling gembira mendengar berita ini. Tiap hari tiap minit tiap saat Mr. Papa akan mengetahui perkembangan ibu. Sentiasa risaukan makan minum ibu. Demi menjaga janin yang dikandung.

Perit lelah,duka gembira telah ibu lalui selama anak ibu berada di rahim ibu.  Setiap hari ibu lihat perut ibu makin membesar.

Bila anak ibu mula bergerak dalam perut ibu, ibu lah orang yang paling bahagia. Saat ibu letakkan telapak tangan di perut ibu, ibu dapat rasakan anak ibu bagaikan terasa dan anak ibu mula bergerakgerak. 

Setiap kali berjumpa doktor, setiap kali mendengar degup jantung anak ibu melalui ultrasound, ibu mengalirkan airmata kesyukuran kerana itu menunjukkan anak ibu sihat didalam perut ibu dan mula menggerakkan sesuatu menandakan kemungkinan anak ibu geli.

Walaupun hanya 7 bulan berada di rahim ibu namun ibu rasa bahagia. Pada 27.04.2011 (0130am) anak ibu telah mula melihat dunia. 



Kini 27.04.2012 genaplah 1 tahun umur Qasha Haiqal.

Selamat Ulang Tahun yang pertama sayang. Tiada ungkapan yang lebih bermakna mampu ibu ungkapkan selain IBU AMAT MENYAYANGI HAIQAL. 

Haiqal adalah pelengkap kasih sayang ibu dan Papa...Sempurna hidup ibu dengan kehadiran Haiqal dan Papa.. Terima kasih.

Thursday

Aku minta ampun

Riena Haiqal | 10:13 am |
Assalamualaikum

Maafla sebab kali ni coretan saya panjang berjelajela.

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
Dah puas bersabar, dah puas beristighfar.. tapi manusia macam saya ni memang ada kelemahan bab kesabaran.. Saya sememangnya seorang yang memang pemarah dan panas baran. Tapi sejak berkahwin ni semuanya dah terkawal dan semuanya hampir hilang. Syukur alhamdulillah. 
Tapi adakalanya tahap kesabaran saya hilang sekiranya berlaku sesuatu yang sememangnya diluar jangkaan dan batasan saya. 
Bukan nak tambah dosa dipagi hari namun sudah bermacam cara saya buat seperti :

  • Luahkan pada Mr. Papa - done
  • Mengucap dan istighfar - done 
  • Bersabar - done dan rasanya lebih dari bersabar dah
  • buat tak tahu - done tapi rasanya tak jalan
  • Doa - done
  • Menatap gambar si comel tersayang - done


Tapi rasanya dah 1 minggu saya sabar dan sabar dan sabar. Hari ni saya rasa saya dah macam hilang sabar. Sekarang saya betul2 tengah menahan rasa marah saya. Dalam hati memang dah puas beristighfar.. Rasa nak keluar air mata sebab terlalu nak menahan rasa marah yang betul2 dah menggila dalam diri. Astaghfrullahal'azim.... 

Situasi yang berlaku :-

Ada staff baru yang start keja minggu lalu ganti tempat saya. Saya ajar dengan cukup baik. Penerangan saya pun cukup jelas. Saya siap bagi contoh dan siap buatkan untuk dia semua keja yang perlu dibuat. Dia catat semua benda penting yang saya dah ajar dan terangkan. <dalam hati saya kata bagus kakak ni>

Esoknya, benda yang sama saya ajar tapi saya suruh dia buat sendiri. Walaupun adakalanya dia tak faham, saya tetap ajar walaupun mungkin terlalu cepat. Sebab saya pun tengah belajar dari department yang lain.

Hari ke 3,sama juga. 
Hari seterusnya, sama juga. Benda sama saya nak ulang berjuta2 kali. Pagi dia tanya benda tu, lepas tu 5 minit kemudian benda sama nak ditanya lagi. 
Jadi apa guna benda yang dah dicatat kat dalam buku. Saya dah terangkan habishabisan satu persatu. Dia nak saya guna bahasa apa lagi baru nak faham. 

Dulu masa saya mula2 keja, tak ada yang ajar saya. Saya ganti untuk Arwah Kak Asmah. Saya terpaksa refer balik semua kertas kerja yang dulu2 dan buat sendiri. Lagi teruk masa saya start keja, Head office kami di Miri telah berdaftar dengan ISO.

Jadi semua kertas kerja yang lama sudah bertukar dan saya cuma dapat penerangan dari bos saya. Keras lidahnya nak bercakap melayu buat saya tak berapa faham tapi saya cuba buat sendiri. 

Dan hari ni setelah seminggu, dia masih tanya saya benda yang sama dan sama dan sama. 
Bohong kalau saya kata saya masih boleh sabar.


Wednesday

HIGH HEELS

Riena Haiqal | 4:28 pm |
Assalamualaikum













Setelah hampir 2 tahun sejak disahkan mengandung dan sampilah usia Baby Haiqal dah nak masuk 1 tahun saya tak pernah lagi memakai high heels.
Sekarang Haiqal dah pandai dah jalan2 jatuh, so terfikir balik nak pakai semula high heels ni. Selama ni kalau g kerja atau g jalan2 memang akan pakai kasut yang tak der tumit tak pun pakai selipar jepun jer..

Rindu nak pakai high heels.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG PERTAMA

Riena Haiqal | 12:01 pm |
Assalamualaikum

Dalam minggu ni memang saya tak dapat nak update blog seperti biasa. Almaklumlah dah bertukar department jadi kenalah belajar lebih mendalam dan terperinci..

Dalam kepala juga tengah berfikir2 untuk persiapan sambutan birthday sicomel ni. Setelah ditolak, tambah, bahagi darab kuasa dua kuasa tiga jadi keputusannya kitorang nak buat kat LISC Labuan. Kebetulan pada masa tu Mr. Papa kerja overtime kat sana sempena LISC'12 IN CONJUNCTION WITH MALAYSIA WATER FESTIVAL jadi kitorang pun ambil keputusan nak buat kat sana jer sambil bawa sicomel ni jalan2. Dia kan dah pandai jalan2 jatuh sekarang ni..
Doakan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Nanti saya bakal update lagi ok.

Untuk anak ibu yang comel, SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG PERTAMA SAYANG.


Thursday

Pindah tempat dah

Riena Haiqal | 3:18 pm |
Assalamualaikum










Memandangkan banyak benda yang nak di hand over kat staff baru ni, jadi kali ni tak dapat nak layan tenet sangat..
Huh...











Sekarang meja ni saya nak kosongkan dan barangbarang tersebut akan dipindah kat meja lain. Dah macam rumah dah saya buat meja office ni sebab sekali saya kemas MasyaAllah banyaknya sudu, gelas, diari, pisau potong sayur, fotostat IC, Fotostat sijilsijil, jarum, benang, pemutus benang, gelang, cermin... ish ish ish.. tak sangka tak sangka..

Staff baru akan duduk kat meja saya ni.. say bubye la.. :((

Saya pun sekarang tengah belajar nak buat benda lain dah... :)

Tuesday

Comel tak?

Riena Haiqal | 11:39 am |
Assalamualaikum

Nampak tak gigi si budak comel ni? Dia dah ada 5 bilah gigi comel. 2 kat bawah 3 lagi kat atas.
Sapa nak minta gigit, datang dekat la dengan budak comel ni.. Ibu dan papa dia sering jadi mangsa gigi dia.

Sekarang dia dah pandai nak pilih² orang. Kalau dia tak berapa kenal atau rapat dengan orang tu, dia akan buat muka kerut beribu². Lepas tu cepatcepat dia pandang muka ibu dia, lepas tu mula la tu nak nangis.. <Berapa banyak lepas da..jangan dok melepas udahla> Terpaksa ibu dia cepatcepat lari setempat untuk ambil dia.
Ibu dia tak boleh nak jauh² dari dia sebab dia akan buatbuat nangis atau nangis betulbetul. Nak g dapur sekejap pun tak boleh tapi kalau bawa dia boleh. Jadi ibu dia terpaksa bekerja keras dengan sebelah tangan jer.. Sebelah lagi gendong budak comel ni. 
Kalau boleh duaplohpatjam dia nak duduk bawah ketiak ibu dia ni. 

Sekian.. 

Monday

Kerana tikus

Riena Haiqal | 4:25 pm |
Assalamualaikum

Sebelum tu nak cakap la yang saya belum dapat nak buat auto text seperti Tutorial Zyash kerana kesibukan kerja telah melanda.. 
*Encik Google Search*

Ini adalah disebabkan oleh seekor tikus yang telah menyerang office kami sehingga membuatkan cable internet kitorang terputus dek kerana gigi dia telah memutuskan cable tersebut.. So saya terpaksa sunyi seketika sehinggalah technician datang menyelamatkan keadaan dan sekarang saya dah boleh online lagi.. 
Bila internet dah pulih, tengok email company, mak ai.. rasa macam nak putuskan balik cable internet tu.. Banyaknya keja.. 
**Dah lah dia p gigit charger saya sekarang dia gigit pula cable internet.. Apa punya rakus la tikus ni... 

Friday

Huh..

Riena Haiqal | 11:36 am |
Assalamualaikum

  1. Card Reader - Sampai jer kat office buka beg nak cari benda alah ni, tapi tak jumpa.. Ingat² balik rupanya pagi tadi lupa nak simpan kat beg.. Kan semalam Baby Haiqal dah geledah beg ibu dia..<alamatnya takder la nak pindah photo² harini> -Astaghfirullah- 
  2. Charger Handphone - Ada kat office.. Tengah nak charge handphone, tiba² kepala charger nak sambung kat hp tu dah hilang... aik mana pulak peginya.. Tengok kat laci, Warghhhhhh.. Tikus, sampai hati kau. Kau dah putuskan jadi 3 wayar charger haku... <dah snap gambar dah nak tunjuk bukti tikus dah belah 3 tapi masalahnya card reader takder>

*Google Search*
Ni lah yang tinggal kat dalam laci.. Macamana nak charges hp lepas ni. Tensi mak tau..
Akibat tensi yang teramat, jari saya luka terkena jarum tudung la pulak.. Alahai apalah nasib..

Tikus, apsal la kau cari pasal dengan saya ni.. Dah la megi saya kau g makan.. Sekarang charger hp saya pulak jadi mangsa.. Lepas ni saya nak charge hp saya guna apa??? takkan nak guna ekor kau kot.. Haku racun la kau ni nanti.. Dah la Ulser tak baik lagi...


Penyelesaian kali ni, saya dah nekad nak beli racun tikus biar dendam saya pada tikus ni terbalas. Apsal la banyak sangat tikus kat office ni.. Tensi tensi dan tensi la.. 

Thursday

Ulser mulut

Riena Haiqal | 4:19 pm |
Assalamualaikum

*Gambar sekadar hiasan semata-mata.. 
*Google Search*

Semenjak dua menjak ke tiga menjak sejak ada ulser kat pipi dalam mulut ni aduh betapa susah nak berkata² sampaikan kalau boleh buat masa ni nak buat isyarat² jer tak yah nak cakap². Dan sekarang tak nak taip banyak² sambil mengarut lebih². 

Ni saya share kenapa terjadinya ulser kat dalam mulut kita. 

Ulser mulut adalah :-
  • Luka di dalam kawasan lembut mulut kita.
  • Nampak seperti tompokan warna putih.
  • Boleh terjadi berulang kali, ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan <seperti kumpulan 4U2C.. hikhikhik. gurau>, 2 hingga 5 tompok. 
  • Akan sembuh tanpa meninggalkan parut. 
  • Kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi.

    Simptom-simptom ulser mulut terjadi:-
    • Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. <Alahai, ni dah bersentuhan dengan gigi ni lagi la sakit..> Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. <wah, nauzubillah... > 
    • Ulser mulut menyebabkan kita hilang selera makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala terasa malas untuk bertutur.. <kan dah cakap tadi.. kalau boleh nak guna bahasa isyarat jer buat sementara waktu>

      Mesti korang semua tertanya² mengapa ulser mulut ni boleh terjadi an an an.. ce ceta, ce ceta..
      • Jangkitan bakteria, virus atau fungus. 
      • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
      • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
      • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.. <yang saya ni kes tergigit pipi mulut tu ar.. sakit tau.. Gigi tengah gaduh dengan pipi mulut tu sebab la dia p gigit>
      • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 1 2 yang tidak mencukupi.
      • Sistem imuniti badan yang lemah.
      • Alahan
      • Radioterapi
      • Kimioterapi

        Petua merawat ulser :-
        • Gunakan pencuci antiseptik mulut
        • Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit..
        • Makan makanan lembut.
        • Elakkan makan makanan pedas dan panas.
        • Banyakkan minum air

        Kaedah untuk menangani ulser mulut.. :)

        Sekiranya anak atau kita sendiri kerap mengalami ulser, amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti :-
        • Pemeriksaan gigi berkala
        • Gigi yang bersih
        • Amalkan makan secara sihat
        • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.

        Kalau bab makanan pedas ni, memang tak boleh nak elakkan... Tak sempurna makanan saya dengan Mr. Papa kalau tak der pedas² ni.. Apatah lagi saya ni jenis yang suka makan ulam² dengan sambal yang pedas².


        Sumber dari : www.cybermedik.com

        Tuesday

        Maksud bacaan dalam solat

        Riena Haiqal | 4:38 pm |
        Assalamualaikum

        Penulisan ni adalah untuk peringatan buat diri sendiri dan pada yang sudi untuk membaca dan menghayati... Tiada paksaan.. :)

        Doa Iftitah


        Maksudnya:
        Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
        Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.
        Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
        Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
        Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang islam.

        Al-Fatihah


        Maksudnya:
        Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
        Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
        Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
        Yang menguasai hari pembalasan.
        Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau Kami mohon pertolongan.
        Tunjukilah kami jalan yang lurus.
        Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

        Bacaan Ketika Rukuk


        Maksudnya:
        Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

        Bacaan Ketika bangun dari Rukuk


        Maksudnya:
        Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


        Bacaan Ketika Iktidal


        Maksudnya:
        Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

        Bacaan ketika sujud


        Maksudnya:
        Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.

        Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


        Maksudnya:
        Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.

        Bacaan Ketika Tahiyat Awal


        Maksudnya:
        Segala ucapan penghormatan, segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
        Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
        Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

        Bacaan Ketika Tahiyat Akhir


        Maksudnya:
        Segala ucapan penghormatan, segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
        Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
        Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
        Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
        Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
        Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
        Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
        Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

        Beri salam Kanan dan Kiri


        Maksudnya:
        Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah


        Doa Qunut


        Maksudnya:
        Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
        Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
        Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
        Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
        Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
        Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
        Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
        Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
        Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
        Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
        Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
        Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

        Kenapa sering lupa, alpa

        Riena Haiqal | 10:45 am |
        Assalamualaikum

        Peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa dan alpa.. 


        "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka." 
        (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)




        Saturday

        Untuk anakku..

        Riena Haiqal | 10:02 am |
        Assalamualaikum

        Buat tatapan anakku suatu hari nanti.. Ketahuilah olehmu bahawa ibu sangat² mencintai dirimu kerana Allah.


        PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

        Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

        * Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

        Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

        * Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

        Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

        * Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

        Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

        * Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

        Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

        * Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

        Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

        * Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

        Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

        Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

        * Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

        Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

        Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

        By: Islam Iman Ihsan

        cara Baby Haiqal bawa bola.. | Cerita saya

        Riena Haiqal | 9:13 am |
        Assalamualaikum

        Pepagi ni rasanya saya nak kongsi dengan korang semua cara Baby Haiqal bawa bola.. hikhikhik..
        Bila saya tengok balik, mau nyer tergelak sambil terguling² saya kat sini. 
        Tapi maaf bebanyak² sebab video ni tak terang.. Almaklumlah saya guna handphone tak berapa canggih   sangat. Nak guna Ipad, Mr. papa dah booking awal² sebab dia tengah main game. Kang kalau tetiba haku rampas, mau terkejut beruk lebih kejam dari beruk gamaknya.


        Semalam tak berapa nak terlayan sangat Baby Haiqal sebab ntah kenapa badan saya habis timbul bintik² merah dan gatal sangat. Mengakibatkan saya menggaru² seluruh badan mengalahkan beruk. Kalau korang pernah tengok beruk menggaru, boleh korang bayangkan macamana saya menggaru badan saya pulak.. Mak ai, teruk gatalnya. <kenapa lah beruk yang tak bersalah menjadi bahan perumpamaan saya>
        Sampaikan saya tak dapat nak tidur lena sebab rasa gatal kat seluruh badan..


        Bintik² gatal yang bermaharajalela kat lengan dan tangan saya. Belum lagi kat badan dan kaki, paha muka saya. Nasib baik pagi² ni bengkak² dan bintik merah tu dah hilang kat muka saya. Kalau tak alamatnya tak datang keja la saya sebab takut nanti orang tersalah pandang samada ini betul² saya atau makhluk lain yang datang office ni. Mau satu office berlari lintang pukang sratusdopluh meter sejam. 

        Dah boleh senyum pagi² ni. 

        Friday

        Renung-renungkan

        Riena Haiqal | 5:03 pm |
        Assalamualaikum


        Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya

        Tuesday

        Pashmina

        Riena Haiqal | 10:31 am |
        Assalamualaikum


        Wah si comel bila terkena matahari cengginilah gaya muka berkerut kat dahi.. Bukan tajuk sebenar.


        Cerita sebenar yang nak diceritakan adalah berkenaan dengan pashmina yang baru saya beli masa hari sabtu yang lalu.. hukhukhuk.. <batuk berlendir Mr. Papa bila saya mula membeli belah>.. 

        Warna pashmina ni adalah warna hijau tua. <Jangan salahkan mak ye sebab gambar huduh dan tak terang.. Salahkan kamera hp mak yer nyah. >


        Saya search kat google, Ni salah satu gambar yang saya dapat.. Cara nak lilit² pashmina.

        Selamat mencuba.. :)

        Monday

        Bila sidia mula bercerita

        Riena Haiqal | 4:22 pm |
        Assalamualaikum

        Mengimbas kembali semasa hamil dan saat melahirkan

        Riena Haiqal | 2:49 pm |
        Assalamualaikum


        Baby Haiqal dah semakin membesar tak sangka dah nak 1 tahun dah umur dia... Jadi rindu pulak semasa saya tengah hamil dan betapa mudahnya saat melahirkan dia..
        Saya dah pernah dah karang panjang lebar pengalaman semasa hamil ni kat Sini.. Kalau korang rajin bolehlah baca yer.. Memang panjang lebar sebab itulah pengalaman pertama. Jadi saya kongsikan semuanya kat Sini..




        APRIL

        Riena Haiqal | 12:16 pm |
        Assalamualaikum


        Tak sangka dah masuk bulan April dan birthday Baby Haiqal yang ke 1 Tahun tak lama lagi.. dah nak jadi anak teruna dah.. hikhikhik. 
        Semoga menjadi anak yang soleh dan pintar.. InsyaAllah...

        Terima kasih Ya Allah kerana memberikan anak ini kepada kami suami isteri.. Izinkan kami menjaga dan mendidiknya hingga ke anak cucu dan hingga akhir hayat kami.

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        Affiliate!!

        Mohd Qasha Haiqal

        Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
        ♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa