Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Friday

Gelak laju-laju

Riena Haiqal | 2:27 pm |

Assalamualaikum

Aku tahu lah hari ni bukan hari rabu nak wordless wordless tapi aku tetap nak kongsi gambar ni. Jom gelak laju-laju yer.

Aku dah kebuntuan idea nak menulis tapi tiba-tiba aku nampak pulak gambar ni. Hahah ahkak tak henti nak gelak jeww.. 

Okbaibai..

Tahniah

Riena Haiqal | 1:54 pm |

Assalamualaikum



 
Tahniah buat sepupuku Ainie yang dah selamat melahirkan baby boy. Tahniah dan tahniah sekali lagi. 
Maafkan dahku sebab belum dapat melawat lagi. Nanti nak tumpang makpak aku melawat ko ye. 

Aku pun baru dapat tahu bila sepupu yang lain post di FB. Memang sahlah aku tak ikut perkembangan semasa. *Apakaitannya*..
Dah tu aku terus menyibuk nak komen juga.

Itu jer nak cakap. Okbaibai.. 

Thursday

Semalam..

Riena Haiqal | 11:49 am |

Assalamualaikum

Semalam balik kerja aku lepak kat rumah mak aku sebab Mr. Papa ada projek service aircond kat rumah costumer. Sambil tunggu-tunggu Mr. Papa ambik aku dan Haiqal, aku sembang-sembang dengan mak aku. Sambil tu tengok telatah Haiqal. Cucu manja abah aku ni memang tak reti duduk diam. Ada jer keja nak dibuatnya. 



#ohmai# Haiqal ada gigi taring la.. patutlah kalau dia gigit aku MasyaAllah, sangat-sangat tajam rasanya. Macam disengat tebuan.
Dah boring dah baring-baring kat tilam, dia panjat kerusi pulak. Memang pintar betul.
Tak cukup dengan duduk, dia berdiri pulak. Akhirnya jatuh gedebuk juga. Itu aku tak ambik la sebab dia dah nangis dah.

Jam lapan lebih barulah Mr. Papa ambik kitorang. Memang aku dah sangat-sangat lapar dah masa tu. Sampai jer di rumah, siap mandi aku terus kedapur tengok nak masak apa. Sebelum ada sound merengek-rengek, laju-laju aku potong buah jambu untuk dia santap sekejap.
Sapa lagi kalau bukan budak hensem ni. Muncung dibibir tu menandakan mulut dia dah penuh dengan buah la tu. Suruh take one only, dia bedal sumbat banyak-banyak.
Macam biasa, aku asyik nak goreng ikan jer. Makan nasi dengan ikan goreng jer pun takper janji mesti ikan goreng.
Tu untuk aku, dan yang kat bawah ni aku dah siap asingkan untuk Mr. Papa dan lain-lain.
Owh rasa macam tak cukup pulak. Kebetulan Mak aku ada bagi aku mangga muda.. Apa lagi, terus aku buat sambal mangga la jawabnya kan.
Aku ingat aku sorang jer yang makan sambal mangga tu, rupanya Mr. Papa pun mengidam juga nak makan.

Wednesday

Pengalaman mengajar kita

Riena Haiqal | 3:01 pm |

Assalamualaikum

Bila ingat balik masa mengandung dan saat-saat nak bersalinkan Haiqal, memang saat-saat paling bahagia dan saat yang sangat mendebarkan. Almaklumlah nak lahirkan anak pertama. Pengalaman pertama tu yang takkan pernah dilupakan sampai bila-bila.

Bila dah mengandung kali kedua ni aduhai memang banyak beza la kan. #Ohmai# 
Alahan aku sangat-sangat teruk dan hidung aku sangat-sangat sensitif sekarang ni. Bau-bauan semua aku tak nak hidu. Harum ke busuk ke semua tak nak. Bayangkan kalau mandi, aku tak nak guna sabun atau shampoo.. Harum ke tu???? #silajanganbayangkan#
Cerewet tu memang la sangat-sangat cerewet. Aku rasa Mr. papa tahan-tahan jer dengan sikap aku. hahahahaah.. tahan jer la demi anak. Wahahahahaha #gelakjahat#.
Setahu aku sekarang ni kandungan aku dah masuk 14 minggu la. Memang malas sangat nak ambik tahu sebab ntah rasa macam semuanya nak malas jer. 
Perut aku pun belum nampak besar lagi. Adalah tapi tak nampak sangat. Jantung baby dah dapat rasa dah. Tiap-tiap malam Mr.Papa dan Haiqal akan dengar sama-sama.Haiqal asyik cakap baby, baby..



Berat aku sekarang 54kg. Masa sebelum pregnant, 50kg. Wah beratnya aku.
Dan sekarang ni aku cepat letih sangat-sangat. Nak bercakap banyak pun aku dah termengah-mengah. Asyik nak tidur tengahari jer. Malam pun nak sangat tidur awal. 

Makan memang aku makin kuat makan. Asyik nak makan jer. Kalau tak makan aku dah mula nak pening. Dan makanan paling penting untuk aku makan adalah ikan goreng yang rangup-rangup. Kalau ikan tu tak cukup rangup aku akan goreng balik sampai la dia rangup. 
Rasanya semua makanan aku kena masam-masam or masin-masin gitu la. Tak kuasa aku nak makan ayam sekarang ni. 
Lagi lagi lagi, aku cepat kehausan. Kena minum banyak air la jawabnya dan kena balik-balik keluar masuk tandas lagi la.

Minggu lalu ada temujanji kat hospital untuk minum air gula. Mak ai besar gedabaknya gelas dah tu air gula nya sangat-sangat la manis. Tak dapat nak bayangkan macamana rasanya minum air semanis tu. Masa mengandungkan Haiqal dulu, tak dernya la ada test macam tu. Nasib baik Haiqal setia temankan aku g temujanji tu. Alhamdulillah aku takder penyakit kencing manis.

Dan aku belum lagi check gigi kat hospital. Alasan jauh sangat la hospital tu. #malaslatu#

Apalagi ye? nanti la aku update lagi kalau ada. Setahu aku itu jer yang aku tahu kot.

sesuai tak?

Riena Haiqal | 10:17 am |

Assalamualaikum


Ada rasa-rasa macam sesuai tak tempat makan macam ni? (^_^)

Tuesday

Rambut & gigi

Riena Haiqal | 11:22 am |

Assalamualaikum

Baru-baru ni aku dan Mr. Papa bercadang nak potong rambut Haiqal yang dah super duper panjang tu.
Gambar kat atas ni masa beberapa minit lagi rambut Haiqal nak kena potong. Aku tengah tengah tunggu Mr. Papa pulang keja barulah boleh potong rambut dia ni. Nak potong rambut dia ni memang sangat-sangat susah sebab dia dah buka sound dia.. Nangis leleh-leleh air mata..
Nak suruh dia diam-diam jadi boleh la aku snap gambar rambut baru dia.. huh tengok la apa yang dia buat.. asyik nak tunjukkan gigi dia tu jer.. Rasa macam nak marah tapi korang mampu ke marah kalau dia buat lagi muka macam kat bawah ni?





#Ohmai# anakku...
Beginilah kejadiannya rambut anak aku.. Nasib baik dah ok dah rambut dia.. itupun ambik masa dua hari nak potong rambut dia. Asyik nak buka sound jer.

Monday

Pertama Kali

Riena Haiqal | 3:03 pm |

Assalamualaikum

Hari sabtu yang lalu buat pertama kalinya aku bertemu dengan blogger comel Sharina Elyana @ Sha. Sha ada bagitahu yang dia nak datang Labuan. Jadi aku pun tanpa buang masa bagi lah nombor phone aku kat Sha manalah tahu dapat jumpa kalau dia dah sampai kat Labuan nanti. Best tu nak jumpa blogger terkenal. (^_^)

Hari yang dinanti dah tiba. Pagi tu Sha ada sms kata dia dalam perjalanan ke Menumbok, Sabah. Kebetulan hari tu aku tak keja sebab aku lepas check up. Mr. Papa pulak demam. Haiqal pulak flu. Jadi aku cakap la kalau dia dah sampai kat Labuan nanti bagitahu kat aku. 

Tak lah aku bersiap awal-awal sebab aku tahu ferry dari Menumbok akan sampai ke Labuan pada jam 12.00 tengahari macam tu. Sempat gak aku bagi Haiqal makan, bawa dia main-main. 
Sampai lah aku terlupa. Siyes aku lupa nak check phone aku. Gara-gara melayan kerenah Haiqal la ni. Jam 2 lebih macam tu baru aku ingat dan ALAMAK Sha ada sms aku dalam jam 12.30 tengahari.
Aku tanya dia kat mana. Syukur juga la dia dah ada hala tuju dengan member dia. Teeeeettt... #senyumkambingjap#
Aku cuma dapat jumpa Adik Sha kat Taman Damai, Kg Layang-Layangan sebab Mr.Papa demam. Baru aku terhegeh-hegeh nak bersiap bila dorang dah sampai ke sana.

Sampai jer kat destinasi yang dituju, mula-mula Haiqal takut. Pertama kali jumpa la katakan. Ibu dia tanpa segan silu terus duduk jer kat kerusi sebab penat nak layan kerenah anak bujang ni.

Tak sampai berapa minit, Haiqal dah tak takut dah dengan dorang.

Haiqal dengan rambut baru. Mr. Papa yang potong. Memang senget menyenget dah rambut anak aku.


Nampak tak dia dah tak takut dengan Ahkak Sha. 
#Ohmai# nak juga guna ahkak ye tak nak guna aunty. Mr. A pulak uncle ye. Apa kes.



Comel tak comel tak? Macam nak tak nak jer Sha bergambar dengan aku. #nangislelehleleh#
Dah macam ibu dan anak dah. Sepanjang kitorang jumpa tu memang Haiqal dijaga baik la oleh Sha. Memang dah ada aura-aura keibuan. Jangan marah ye dik.. Aku memang tak larat la nak kejar-kejar Haiqal tu sebab la aku jarang nak bawa dia jalan-jalan sekarang ni.

*Semua gambar diatas ni guna camera Sha. Aku tak ambik sebab aku kan ahkak yang pemalu. Terima Kasih Sha. Lain kali kalau ada kesempatan datang lagi ye. Maaf sebab tak dapat bawa korang jalan-jalan satu Labuan.

DariNya Kita Datang KepadaNya Kita Kembali

Riena Haiqal | 11:22 am |

Assalamualaikum

Selamat pagi dan selamat kembali bekerja.. 

Al Fatihah buat Allahyarham Acong (Kg. Layang-Layangan WP Labuan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam hari Sabtu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh-roh orang yang beriman.


Arwah adalah rakan kepada Mr. Papa. Semoga dengan doa-doa dari kita semua, arwah lebih tenang disana..
Dan semoga Allah memberi kita rahmat Nya dan dipanggilnya kita dalam keadaan yang terbaik serta didalam keredhaanNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday

From Now

Riena Haiqal | 10:38 am |

Assalamualaikum



Tuesday

Kad raya dari Sabah

Riena Haiqal | 4:24 pm |


Assalamualaikum

Dah habis dah raya baru aku teringat nak update pasal kad raya lagi. Aduhai.
Kad raya ni aku terima dari blogger-blogger sabahan. Kad-kad ni pun aku dapat selepas beberapa hari aku tak turun keja akibat aku merdeka dan raya di wad.
Bila sampai di pejabat, aku tengok meja aku dah serabut dengan kertas keja. Mula-mula tak semangat tapi bila tengok kad-kad raya ni terus semangat aku nak buat keja.

 Kad ni dia buat sendiri dan sangat-sangat kreatif lagi comel.nak simpan buat kenangan. (^_^)

Yang kat atas ni aku yakin korang mesti tahu dari sapa kan. Takpe biar aku kenalkan lagi kat korang.
www.ecadwinkyasha.com bakal cikgu yang sangat-sangat comel. Terima Kasih Eca sebab sudi juga hantar kad raya kat aku. Memang terharu sangat-sangat. #sapuairmatayangbergenang#

Eca siap bagi aku Design Business card dia. Cantik sangat. aku dah siap dah letak kat dalam purse aku.. (^_^)

Kad raya yang kedua ni datangnya dari blogger comel lagi cantik iaitu opzzpinky.blogspot.com @ Sha. Jom skodeng lagi isi kad raya dia.
Psst, tak lupa kawan la. hehehehehe

Dah maafkan dah. (^_^)
Tak sempat nak balas dah. Nanti ada kesempatan kita jumpa eh. (^_^)


Lepas tu dapat pulak voucher dari Adik Sha untuk gantikan hadiah key chain. Thanx Sha.

Sekian terima kasih.

Friday

Comel sangat.

Riena Haiqal | 10:57 am |

Assalamualaikum


Beginilah aktiviti anak-anak kita semasa dalam perut.

Wednesday

tanpa kata...

Riena Haiqal | 12:07 pm |

Assalamualaikum

 

Friday

Heroku beraya

Riena Haiqal | 12:28 pm |

Assalamualaikum

Baru terhegeh-hegeh aku nak update entry pasal raya ni. Jom tengok hero-heroku beraya. (^_^)



Kat atas ni, masa kitorang kat rumah mak aku. Hari raya pertama memang kena lepak jap kat rumah aku. Lagipun petang tu nanti kitorang nak balik kampung husband aku. 

Kat atas ni jalan baru yang nak gi Sipitang Sabah. Makin maju lah Sabah ni kan.

Malam barulah kitorang sampai ke rumah nenek husband. Memang nampak penat sangat muka aku dan Haiqal. 











Maaflah sebab aku tak dapat nak cerita banyak. Aku belum sihat sepenuh nya so aku letak gambar jer banyak-banyak yer. Harap korang terhibur. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa