Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Friday

Mama rindu budak ni

Riena Haiqal | 10:47 am |

Assalamualaikum

Selamat hari Jumaat. Baru semalam berkesempatan gi rumah mak aku. Sebab malam tu dia dah call aku tanya pasal Haiqal. Dah berapa hari tak gi sana. So kemarin kitorang gi sana lah mengubat rindu mak aku pada budak bulat ni. Haiqal panggil mak aku "mama".. 

Kalau Haiqal ada kat rumah mama baru lah basikal comel ni akan keluar juga. Kalau kitorang tak der kat sana alamatnya basikal ni pun akan terperap dalam bilik sebab basikal ni abah aku belikan khas untuk Haiqal. Cucu kesayangan dia. Dia tak nak budak-budak lain pakai nanti habis rosak.


Puas ajar dia cara mengayuh tapi tetap jugak dia letak kaki dia dibawah tu.

Mama aku memang rindu giler dengan budak bulat ni. Sekarang ni dah jarang dapat gi rumah mama sebab aku kan dah tak keja. 


okbai

oh tidak.. Malware

Riena Haiqal | 9:10 am |

Assalamualaikum





Bila Zie Madini si Mama Hot ni bagitau macam tu kat blog dia, hamboiiii jantung aku macam nak jatuh dah.. Gelabah semacam. Dah lah aku tak tahu nak buang benda alah ni.. Sampai sekarang la aku rasa macam nak nangis ni. Huaaaaaaa aku tak tahu macamana nak buang la. Ada sapa-sapa boleh tolong ahkak? tolong ajar macamana nak buang benda alah ni.. 

Okbai

Monday

Cenat cenut di kampung part 1

Riena Haiqal | 12:11 pm |

Assalamualaikum

Semalam baru balik dari kampung. Huh memang penat. Aku balik kampung memang tak rancang pun. Jumaat malam tu aku minta izin Mr. Papa nak gi balik kampung sebab kazen aku bertunang. Packing barang pun tengah malam tu juga. Pagi sabtu jalan dengan Haiqal jew. Syukur Alhamdulillah Haiqal tak nakal sangat masa kat dalam ferry.

Sampai terminal Menumbok abah aku ambik kitorang. Huh nak patah pinggang ahkak ni hah mana nak angkat beg dan Haiqal lagi. Nasib baik ada abah aku jadi dia lah yang dukung Haiqal.

Sampai kat kampung aku dah penat sangat. Haiqal pulak tak nak tidur jadi kena jaga dia juga. Mr. Papa dah pesan jangan biarkan Haiqal. Dia tak nak tengok ada benjol-benjol dan apa-apa lah kat Haiqal. Huh anak kesayangan. Abah aku yang jaga Haiqal sebenarnya. Kan dia dah rindu sangat dengan cucu dia tu.. Siap belikan basikal tiga roda untuk Haiqal.

Bila mengandung ni, memang semua saudara mara ambil berat juga. Mak aku awal-awal lagi dah ambilkan limau kapas. Bukan sebiji dua, tapi 10 biji. Banyak tu. Dia kata kat Labuan (Kg. Pohon batu) dah ada hantu penanggal / balan-balan..

Dah ramai orang nampak dah. Baru-baru ni ada jiran yang dah selamat bersalin. Dua malam "orang" tu datang dengan mata merah. Tak kew seram tu????

Ok bai...

Thursday

Sukanya

Riena Haiqal | 9:32 am |

Assalamualaikum

Hari Isnin lalu Mr. Papa awal balik rehat. Nasib baik juga lah awal-awal lagi aku dah keluarkan daging yang kat dalam peti sejuk tu. Dia dah buat request dari malam sebelum tu nak aku masak daging rempah masak hitam. Jadi aku tunaikan lah permintaan Mr. Papa. Memang pertama kali lah ahkak cuba masakan ni. 
Tapi kena juga baca entry ini sebelum mula masak.. Hahahaha... Lepas tu siap baca resepi kat atas tu.
Kejap jew nak masak rupanya ye. Dan sampai licin dia makan. Mr. Papa suka sangat dengan kepedasan tu. Aku memang tak makan lew kan, sebab pedas dan aku memang tak makan daging. Hukhukhuk

Okbai

Tuesday

lama dan baru

Riena Haiqal | 3:55 pm |

Assalamualaikum

Biarpun dah duduk rumah duplohpatjam ni jangan harap lah dapat update blog hari-hari ken.. Almaklumlah baru jew on laptop, ada jew gangguan. Haiqal lah tu yang suka kacau ibu nya.. Awal-awal lagi dia dah minta angkat, minta sayang, merengek nangis nak minta dilayan. Kewl la kan anak manja ni..

Baru-baru ni bawa dia gi bandar, bukan main laju dia kata "jom, jom"... Hajat nak gi beli botol susu baru untuk dia. 
Dia sendiri yang nak botol ni. Bagi dia cuba kejap, memang tak lepas dari tangan dia. Botol yang lama masih ok dan boleh guna masa keluar jalan-jalan. Botol ni untuk di rumah jew. Ibu yang kewl pemikirannya.. Hahahahahahahah

Tapi dia tetap sayang dengan botol lama dia. 

Ok bai...

Saturday

sensentap nya

Riena Haiqal | 4:17 pm |

Assalamualaikum

Ntah kenapa semenjak dua menjak ketiga menjak ni aku sangat-sangat sensentap dengan banyak hal. Kalau fikir balik memang aku kena sensentap lah kan kalau dah aku dibuat macam ni..

Pertama, aku kan dah jadi surirumah. Jadi memang tanggungjawab aku lah kan nak kemas rumah, masak, tapi harap maklumlah kan aku jadi surirumah ni untuk SUAMI dan ANAK aku. Aku tahu aku masih menumpang di rumah mentua, tapi jangan jadikan aku hamba abdi bila aku masak, Mr. Papa belum makan, orang lain dah makan dulu masakan aku. Aku tak leh terima. Lepas tu boleh pulak tak ingat ada orang lagi yang belum makan. Nasi nak habis, lauk yang aku masak tinggal yang kecil-kecil. 

Kedua, Pinggan mangkuk yang semalam-semalam tu aku kena cuci sedangkan pinggan mangkuk yang telah aku, Mr. Papa dan anak aku guna dah siap-siap aku cuci.. Kadang-kadang siap ada ulat dah sebab terlalu lama dibiarkan. Oh tidak ahkak geli okai...Lepas makan tak reti nak basuh sendiri.. Aku ni tukang gaji tak berbayar lah agaknya.

Kemas rumah tu memang lah kan sebab Haiqal suka sepahkan mainan. Tapi bukan nya aku kena balik-balik sapu rumah dengan kekotoran yang dah dibuat oleh orang lain. Nak kutip pinggan mangkuk yang disepahkan oleh orang lain (BUKAN MR. PAPA ATAU HAIQAL).. 

Setiap kali aku pulang dari rumah mak aku, tengahari tu nak masak untuk Mr. Papa, tengok-tengok masih ada pinggan mangkuk yang belum dicuci. Nak marah anak dara kat rumah ni nanti ada yang ambil hati. Ada yang sensentap dan ada yang membela.. Pendam lagi dalam hati.

Seterusnya, Peti sejuk pun masih berkongsi. Tapi janganlah sampai air sejuk yang dah aku isi kat dalam botol nak dikongsi juga. Dah lah main teguk jew fengotor sangat. Korang kan ada tangan sendiri boleh juga buat sendiri. Benda senang pun malas nak buat. Susah lah kalau terlalu dimanjakan, begini lah jadinya.

Sekarang apa yang aku buat, pinggan mangkuk yang dah bertimbun aku biarkan. Aku tak nak dah jadi orang bodoh nak tolong cucikan sedangkan ada juga anak dara kat rumah ni.
Botol kat dalam peti sejuk aku tulis nama. Padan muka..

Lagipun aku pun masih ada tanggungjawab lain nak dibuat. Haiqal nak kena peduli juga. Tak sabar nak duduk rumah sendiri. Harap-harap akhir tahun ni dah boleh dah tinggal rumah sendiri jadi tak lagi nak sensentap. Dah boleh urus rumah sendiri.

Ok Bai..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa