Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Wednesday

Raya part 1

Riena Haiqal | 11:25 am |

Assalamualaikum

Lemah rasanya bila nak update blog ni.. dah berhabuk dah blog akibat tuan tanah dia malas nak menulis. Huh virus kemalasan telah melanda diriku.


Kita jumpa di entry yang selanjutnya yer..

approved

Riena Haiqal | 3:36 pm |

Assalamualaikum

 

Alhamdulillah, cuti aku dah diluluskan. Aku bakal bercuti dari 18.08.2012 hinggalah 25.08.2012. 
Mood dah nak beraya dah ni. (^_^)

 

Di sini aku ingin ambil kesempatan nak ucapkan Salam Lebaran & selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

Ampun maaf ku pinta andai kata aku ada tersilap kata dan terkasar bahasa. (^_^)

Tuesday

Pendapat kamu?

Riena Haiqal | 11:24 am |


Assalamualaikum

Disini aku ingin berkongsi satu cerita dimana ianya berlaku kepada sahabat aku. Aku bukan ingin membuka cerita rumahtangga mereka namun aku sebagai sahabat sangat-sangat kasihan melihat penderitaan dia. Aku hanya ingin meminta pendapat dan pandangan dari rakan yang lain. Memang kali ni entry aku panjang berjela tapi inilah kisah sahabat aku juga rakan karib aku.

A = isteri
B = Suami

Selama mereka berkahwin mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata. 1 tahun usia anak mereka, namun si B seperti lagak orang tak der anak. Pentingkan diri sendiri. Lebih-lebih lagi bila anak demam, kononnya si A tidak mempedulikan si B. sedangkan anak mereka tengah demam. Si A beritahu aku pada masa tu anak dia nak tidur, setelah seharian tak nak tidur. aku tanya mana si B. dia kata Si B seharian tiada dirumah sebab ada kerja kat luar. Jadi si B tidak tahu apa yang terjadi kat rumah. Penat bekerja diluar jangan dijadikan alasan untuk marah pada sang isteri. Sudah kerja suami cari duit untuk keluarga.
Si A ingin tidurkan anak dia dan pada masa yang sama si A juga ingin berehat setelah seharian menjaga anak yang sedang demam. Namun si B tidak memahami si A dan meminta untuk masakkan beliau. Si A telah pun memberitahu bahawa dia ingin tidurkan anak mereka dan ingin berehat sebentar. Namun si B seperti tidak mengerti dan mula meninggikan suara. Si anak sudah mula nak lelapkan mata, si B memanggil nama si A dari luar bilik dengan nada yang besar seperti tidak mengerti anak mereka ingin tidur. cuma ingin memberitahu yang dia masak sendiri. <rasanya si B boleh bercakap dengan nada yang perlahan dan tak perlu nak sengaja besarkan suara dan faham la bila si anak hendak tidur>

Tak tamat disitu, bila anak dan si A telah pun melelapkan mata, si B masuk ke dalam bilik dan mula bertanya "Kau mau rehatkah?" si A memang lah akan jawab ya kan. tapi si B seperti lagak tak puas hati dan mula lah pertengkaran dimana si B mengherdik dan mula meninggikan suara. Si Anak mula terjaga dan panas badan semakin tinggi. 
Anak dah demam macam tu boleh pulak dia tanya bila nak layan dia (Si B)? anak tak dapat tidur kerana suara dia. Si A keluar dari bilik dan minta pertolongan dari mentua. Mak dia sendiri yang bagi nasihat pun tak diterima. Sangat-sangat pentingkan diri sendiri. Malah si A pulak yang disalahkan kononnya tidak hormat kepada si B dan mula putar belit cerita.

Semua ni buat aku rasa nak marah pada suami Si A. tapi aku cuma mampu minta dia bersabar. 

Sebelum ni dia ada mengadu juga...si B seperti menggunakan kuasa beliau sebagai SUAMI untuk meminta si A membuat sesuatu. Contohnya layanan seks. 
Contoh ayat beliau " Aku kan suami, ..... "
Disini aku ingin kongsikan HAK HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN.

"Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat. Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.
Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab-sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.
Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Aku tak kata kita sebagai isteri ni tak payah layan kehendak suami sedangkan itu benda wajib dalam rumahtangga juga kan tapi si suami perlu faham kepenatan si isteri dan kepayahan isteri. Cuba bertolak ansur.
Takkan setiap masa nak berkepit kan. Lebih-lebih lagi kedua-dua mereka bekerja dan mempunyai anak. Bagi aku mereka perlu berfikiran lebih matang dan bukan penting kan diri sendiri.

Maafkan aku sekiranya ada yang kurang senang dengan cerita ku mengenai sahabat ku ini. Aku sekadar ingin meminta pendapat dari rakan-rakan lain sekiranya sudi.

Sekali lagi aku mohon maaf.

Saturday

Dapat Kad Raya

Riena Haiqal | 9:09 am |

Assalamualaikum

Cerita ni berlaku pada minggu yang lalu.. tapi baru harini aku nak update.. Memang mood nak update tu dah kelaut merah dah. #rasamacamnakpitam#

Sejak dua menjak ni aku dah jadi sangat-sangat malas. Nak jalan pun malas. Nak keja lagi la malas. #malasjermemanjang#.

Ok sambung cerita sebenar.

Aku dapat kad raya dari Blogger MISE EN SCENE PN. SHEILA . Yeah yeah dapat kad raya dari blogger terkenal tu. Terkejut gitu masa rakan sepejabat bagi sampul surat kat aku sambil kata jauhnya dari Kedah.

Alhamdulillah kad raya tu sampai kat tangan aku dengan selamat dan cantik sekali. Mari tengok kad raya yang aku dapat.


(Nampak sangat aku peminat setia blog Ben Ashaari. hehehehe.. setiap hari wajib baca blog beliau)






Terima Kasih Pn. Sheila sebab sudi beri aku kad raya yang cantik.
Semoga perhubungan persahabatan yang baru dibina akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Amin

Wednesday

Pesanan isteri Kepada Suami

Riena Haiqal | 9:57 am |

Assalamualaikum

Semalam aku terbaca entry di blog Nia Neerza @ Ain tentang PESANAN SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI dan aku ingin kongsikan juga kata-kata itu di blog ini. Terima Kasih Ain.

Semoga para-para suami membaca nya dan cuba fahami.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak! Dah lah penat masak tahu?
8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja. Tak tahu mana nak letak muka nanti. Dapat-dapat pula yang datang mulut macam longkang, boleh buat bernanah hati si isteri.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Kalau tak sebab kamu, si isteri pun takkan jadi macam tu. Kan?

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut? Tapi kenapa sekarang main lepas ikut suka?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga atau hadiah. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya. Nak lebih romantik, hadiah kan sesuatu yang isteri tak jangka tanda anda menghargainya. Tak mahal pun tak apa, janji ia ikhlas dari hati anda.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah s.w.t berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Cuba bayangkan isteri anda pula yang berbuat macam tu? Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda yang buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok pun kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku pun ego bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.


P/S : mana yang aku bold tu memang aku nak sangat para suami ingat lah kan. Benda tu senang jer. 
Biarpun para suami mempunyai kuasa VETO dan Syurga isteri di tapak kaki suami tapi jangan sewenang-wenangnya nak cakap, "Aku ni suami .... (adalah ayat dia tu)"... 
Takkan para isteri takder tempat nak berkata-kata bila penat, pening, lelah dan sebagainya.. 
Kena layan suami, kehendak dia.. sedangkan kita para isteri sama juga dah penat kerja seharian berilah masa untuk isteri berehat. Tak salah kan?

Renung-renungkan...

Tuesday

ambil darah

Riena Haiqal | 12:10 pm |

Assalamualaikum

Semalam aku cuti lagi sebab nak kena ambil darah kat hospital. Lepas tu nak kena check gigi. Aku ditemani oleh si comel aku iaitu Haiqal. Sukanya dia bila dapat jalan-jalan. Dan aku taklah boring bila ada anak aku. Dahlah kena tunggu dari jam 8 pagi sampai 11.45 pagi.

Masa nurse ambil darah aku, nasib baik lah Haiqal ni budak baik jadi dia tak goyang-goyang bila aku peluk dia. Kalau tak nurse takut jarum tu patah kat dalam tangan aku.

Sampai rumah dalam jam 1 lebih, aku terus rehatkan diri. Tapi memandangkan Haiqal masih nak bermain, aku cuma tidur-tidur ayam dan biarkan Haiqal bermain kat katil. Bila dah terlelap sikit, mulalah dia ganggu aku. Tarik muka aku, cucuk lubang hidung aku, buka mata aku.. aku sengaja jer biarkan. Last-last dia cium hidung aku.. Comel sangat.

Akhirnya kami berdua tertidur sampai lah jam 5 petang.

Saturday

aku gementar

Riena Haiqal | 11:30 am |

Assalamualaikum

Semalam aku interview SPA8 jadi aku ambik cuti untuk itu. Ramainya orang dan aku lulus sampai ke tahap 3. Memang tak ramai yang lulus. Kebanyakannya gagal semasa ujian kawad dan ujian tubuh badan. 
Pada mulanya aku pakai baju kurung la kan.. Tapi aku ada bawa baju sukan, seluar dan kasut sukan juga. Awal-awal dah diarahkan tukar ke baju sukan. 
Mula-mula kami dipanggil untuk timbang berat badan dan ukuran ketinggian. Dan pada kiraan BMI pulak disini lah banyak yang gagal. 
Ujian kedua, kami dipanggil sorang-sorang ke dalam bilik ujian untuk berkawad, ujian mata, dan latihan berjalan. Kaki, lutut peha semua di uji. Adui.. Aku wanita pertama yang lulus setelah seorang lelaki lulus. 
Ujian ketiga, mula la interview yang sebenar. Aku gementar tapi aku selawat. Syukur Alhamdulillah aku lulus dan hanya tunggu keputusan jer lagi. 

itu jer yang aku nak cerita.

dan hari ni aku cuti sebab mata aku bengkak, dan aku mula muntah-muntah tak kira masa. Dugaan..

 

Wednesday

Oh Kuih

Riena Haiqal | 11:19 am |

Assalamualaikum

Oh sangat malas aku nak menghadap komputer ni. Rasa berpusing-pusing jer sekeliling aku. 


Ah, sudah dari semalam aku nak makan kuih Badak Berendam ni. Memang kat Labuan takkan ada lah orang jual atau buat. Yang ada pun cuma kuih puteri mandi.. 

 

Kenapalah susah benar nak cari makanan yang diidam baby aku ni. 
Haiqal dulu masa dalam perut pun sama gak, strawberry yang sangat-sangat susah nak cari tu lah yang dia nak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa