Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Wednesday

Surat dah lama sampai..

Riena Haiqal | 1:32 pm |

Assalamualaikum

Pagi ni ada ceramah dan demonstrasi "anemia semasa hamil" di Klinik Desa Batu Manikar, W.P Labuan.  Aku gi dengan Haiqal. Ada demonstrasi cara masak hati. Bau memang sedap tapi aku tetap tak selera nak makan hati ni.. 
Masa nak balik ke rumah tu terfikir gak nakbawa Haiqal gi bandar jap dan sempat gak aku ambil surat kat Office lama. Dah berkurun dah sampai kat office tapi baru sekarang aku free nak ambik. Huaaaaa macam lah sibuk sangat kan.

Surat ni kiriman dari si gojes Mama Mia. Ingatkan surat biasa-biasa jer. Tapi aku perasan ada bau yang harum jer.



Siap ada nota comel untuk aku. Aku suka tengok tulisan Izan Mama Mia ni..Aku dapat pemberian ni sebab aku selalu komen kat entry dia. Memang best dan terhibur kalau baca entry di blog dia. Tak caya ker? kalau tak caya gi lah terjah sendiri.. Memang aku terhibur bila dia cerita tentang anak dara dia si Mia yang comel lagi gebu tu...


Tadaaaaaa... aku dapat rempah masak hitam dari beliau.. Sedap jew bau rempah ni. Tak sabar nak try masak guna rempah ni.. Cara-cara dia pun ada dibagi tau.. 


Apa-apapun terima Kasih IZAN MAMA MIA di atas pemberian ni.. Aku sangat-sangat menghargainya..

Okbai... (^_^)

Monday

Hari ini dan semalam

Riena Haiqal | 12:56 pm |

Assalamualaikum

Aku baru balik dari check up kat klinik. Tak lah ramai sangat orangnya tapi aku dan Haiqal terus jenjalan gi bandar tu lah lewat sikit sampai rumah. Bila berdua jer gi klinik ni macam-macam ragam lah yang terjadi. Tadi Haiqal pun buat check up dan dapat satu injection cegah penyakit. (18 bulan).. Masa nurse check degupan jantung baby dalam perut, lama sangat. baby ni tak nak kot dengarkan degupan jantung dia.. Asyik lari-lari jeww.. femalu la sangat. Haiqal main kat mainan di klinik tu. Ntah anak sapa lah yang kuwang ajo betul tu tak reti nak berbaik gi tampar anak aku... tak ke hangin satu badan aku dibuatnya.. sedap-sedap dia main kat gelongsor tu dapat satu tamparan budak.. nangis teresak-esak la Haiqal. Aku pun tak pernah tampar anak aku macam tu. Sesedap tangan dia jer nak tampar Haiqal. Nasib baik lah aku ni masih ada kesabaran. Pujuk-pujuk Haiqal barulah dia diam. Kena ambil mood dia balik sebab sekejap lagi nak kena injection.
Syukur Alhamdulillah Haiqal tak nangis sangat lah.. Masa kena cucuk tu jer dia nangis lepas tu diam. Siap bye bye kat nurse lagi. 
Aku pulak syukur Alhamdulillah juga HB naik sikit. Sihat jew..

Semalam masa Mr. Papa tengah panggang-panggang daging dan sotong kat halaman rumah, dia nampak ada kelibat perempuan kat buluh.. Patutlah dia panggil-panggil aku.. Dia jalan jer naik rumah.. masa tu baru dia bagitau aku.. Aku apa lagi terus ambik wuduk dan baca yassin..

Nanti sambung cerita lagi yew.. Ok bai

Wednesday

Kolam renang

Riena Haiqal | 10:49 am |

Assalamualaikum

Dah berkurun lama gambar ni dalam memory card saja jer aku baru selongkar. Boleh ker terima alasan saja jer baru selongkar? huhuhuhu
Kolam ni kalau nak guna kena pump macam kena pump tayar la pulak.. Memang kempis la badan ibu kan kalau hari-hari nak mengepump kolam renang dia ni..Bertuah lah badan hamba sebab Mr. Papa rajin nak tolong bini dia yang agak femalas ini...


 
Bola tu aku sengaja letak dalam supaya dia nak duduk la dan main-main kat kolam ni.. Tapi jangan harap la dia nak duduk.
Aku suruh la Mr. Papa temankan dia mandi. Kalau aku yang masuk dalam tu agak-agak ramai yang tengok atau nak mengucap panjang? Fikir-fikirkanlah yewwww.. Aku kan berbadan dua dan agak femalu gitu...

Baru lah dia nak main itupun dia masih tak nak duduk sebab takut lemas la tu kononnya...
Utamakan keselamatan diri sendiri. Aku tengok Mr. Papa macam duk terseksa pulak terpaksa bersempit kat dalam kolam tu. buahahahahahahahahaha...
Baru lah dia nak duduk itupun duduk di badan Mr. Papa.. terima jer la yew Mr. Papa.. demi anakmu yang terlebih mengutamakan keselamatan diri sendiri.. hahahahahahaha...

Ok bai...

Monday

buah tangan dari Bandung

Riena Haiqal | 12:37 pm |

Assalamualaikum

Minggu lalu mama, abah dan adik aku baru balik dari Jakarta. Ikut rombongan family mama aku. 4 hari gak la dorang gi sana. Sebelum dorang berangkat ke sana aku sempat pesan dengan adik aku supaya belikan aku maxi dress. 
Sila jamu mata dengan buah tangan dari Jakarta ni ya.
Inilah dia maxi dress aku. Memang cantik dan aku sangat-sangat suka. Maxi dress ni kain dia jenis macam baju sejuk. Aku belum pakai lagi tunggu la aku gi check up nanti baru aku try pakai. 

Beg ni pun aku dapat dari mama aku. Aku tak pesan pun tapi mungkin mama aku tahu aku ni memang gila dengan beg. Ada tiga tapi kena pilih la salah satu jer. Yang dua lagi nak bagi dua ipar aku lagi.. Maka aku pilih lah yang ni sebab lebih kurang dengan maxi dress aku.

Harga beg tu semua sama. RP105.900.. kalau tak silap, adik aku kata dalam ringgit Malaysia dalam RM30 ++ gitu lah. Patut lah mereka borong kan sebab murah.
Yang ni mula-mula memang aku tak tahu kegunaan dia. Memang sangat-sangat unik. Rupa-rupanya dia ni berupa beg juga. Muat lah untuk botol susu dan pampers Haiqal.

Baju ni untuk Mr.Papa. Sangat-sangat cantik dan aku suka tengok. Bila tengok Mr.Papa try baju ni memang aku terjatuh cinta lagi dengan beliau. Hahahahaha..Tegap gitu.. *janganmuntah*

Haaa, yang ni pun sama. Buat kali pertama tengok benda ni aku memang tak tahu apa fungsinya. Rupanya untuk gantung hanger. Jadi boleh lah save ruang sikit dalam almari. Aku dapat dua jer. Satu lagi warna coklat dan memang aku dah guna dah.


Yang ni pulak gelang dari Bandung Jakarta. Cantik. Ni pun kena pilih juga. Ada warna purple, merah dan satu lagi aku tak ingat warna apa. Jadi aku ambil warna purple. Cantik.. (^_^)

Ada baju Tangkuban Parahu dan mainan (helikopter) untuk Haiqal. Aku tak sempat nak snap.. Nanti tunggu kitorang gi klinik buat check up baru aku snap gambar dia ye. 
Mainan dia pulak jangan tanya lagi la.. Awal-awal lagi dia dah kasi jahanam. Sekian

Terima kasih Mama, abah dan adik sebab sudi juga bagi kitorang buah tangan dari Jakarta ya. Ingat juga korang kat kami ye.

Ok bai...

Wednesday

Oh bahagia

Riena Haiqal | 4:32 pm |

Assalamualaikum

Semenjak dah jadi surirumah sepenuh masa ni aktiviti seharian ku adalah menjaga anak dan makan minum Mr.Papa.. Pastinya la kan bila aku dah jadi surirumah ni lak rajin pulak Mr.Papa balik rumah kalau dah tengahari.
Haiqal pulak memang budak manja apa lagi bila dah jaga dia sendiri ni memang terlebih pulak manja dia. Memang tak sah la kalau dia tak nangis manjew-manjew gitu. Kalau jatuh sikit nak nangis. Tak sakit pun nak nangis. Terhentuk sikit nak nangis lepas tu nak minta angkat. Aduh patah pinggang ibu ni hah. Aku jemur pakaian sekejap kat bawah pun nak nangis sehabis mungkin macam la aku ni nak jalan g shopping. 

Petang-petang kena bawa dia main-main kat halaman rumah. Lepaskan kejap dah lari lintang pukang macam tak pernah nampak dunia luar. Huh

Sekian.

Okbai

Monday

Dengan Hormatnya

Riena Haiqal | 12:19 pm |

Assalamualaikum

Aku isytiharkan yang aku dah jadi surirumah sepenuh masa. Wow pengalaman baru ni.. Disamping tu aku nak cari pendapatan juga.. Nak cari rezeki dengan bekerja dirumah jew.. Dalam kepala otak ni terfikir nak buat bisnes tapi aduhai tak tahu nak jual apa.. owh tolongla... idea datanglah.

Okbai

Wednesday

Adam & Hawa

Riena Haiqal | 12:27 pm |

Assalamualaikum

 
Kat rumah aku tak der mustika HD jadi terpaksa la tengok secara online jer. Memang aku minat giler tengok cerita ni. 
Dan akibat dari itu, aku lalai untuk update blog aku. wahahahaha..
Jom join aku tengok ADAM & HAWA ni kat www.malaymoviesfull.net

Ok bai..

Monday

Oh Tidak

Riena Haiqal | 12:17 pm |

Assalamualaikum

Baru-baru ni aku dah terima dah baju yang aku order tu. Sememangnya aku happy tak terkata la kan bila dah dapat baju tu.

 

Memang tak tunggu lama, malam tu aku cuci baju tu bersih-bersih, keringkan dan jemur untuk dipakai esuk hari. Wakakakakaka..
Mula-mula pakai tengok baby bump aku. Dah macam orang buncit dah. Mr.Papa kata comelnya perut ibu.
 

Tapikan yang aku tak puas hati, alamak. Cer tengok gambar kat bawah ni? 


Apsal dia macam tak panjang tu? aku dah cuba-cuba tarik untuk sampaikan kat buku lali kaki aku tapi tak berjaya. Tapi bila aku tengok kat gambar masa aku order tu, apsal sampai kat buku lali kaki dia. Ini tak adil.. Apakah? <abaikan selipar jepun aku tu>



Length:113cm Bust:76-82cm


Tengok tu, si Hot Mama Adriani pakai pun sampai kat kaki dia lagi. Dan cantik jer dia pakai.

Apsal aku pakai macam ada yang tak kena jer? aku siap bagitau kat Mr. Papa dia kata ok jer. cantik jer. 
Mungkin pasal perut dah bump-bump kot.. mungkin ada part-part yang dah kembang kot. 
Suka hati dia jer cakap bini dia macam tu kan. Aku tetap tak puas hati. Aku asyik tarik-tarik supaya dia boleh sampai kat kaki aku. Mana tau akan ada keajaiban. *Yelahtu*..
Sekarang bila aku pakai, aku kena pakai legging juga supaya betis aku tak nampak. Oh sungguh aneh dan sungguh buruk rupanya. Taknak pakai lagi.






Thursday

Masa belajar & memanjat

Riena Haiqal | 3:51 pm |

Assalamualaikum

Nampak tak? aku dah order dah baju ni. Hanya tunggu baju ni sampai kat aku jer lagi. Tak sabar nak melaram dengan baju ni. Yang lain semua dah sold out jadi nak tak nak beli juga la yang ni. 

Dah lupakan pasal baju kat atas tu. Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Baca tajuk ye. Tak pasal-pasal aku lari dari tajuk akibat keterujaan aku nak dapat baju tu. *ohpitam*

Ni cerita semalam punya semalam. Hakhakhak.. Saja ngetest korang pening ke tidak. Selasa belah malam. Haiqal belajar mengenal benda / objek. Ahkak teruja okey. Dulu masa aku mula-mula ajar dia memang dia tahu la tapi tak tahu nak sebut ataupun nak tunjuk.

Yang aku bulatkan tu adalah objek yang dia dah tahu dan pandai nak sebut.

Pecaya tak dia tengah tunjuk ball yang mana memang kebanyakkan mainan dia kat rumah tu adalah bola. asyik-asyik nak minta beli ball. Nampak jer bola kat mana-mana kedai, nah nah nah.. ambik ko. dia dah tunjuk dah.
Suruh sebut ball = bol
bird = bak

lepas tu cakap apa tu? apa tu? nah nah nah... itu je yang dia tahu.

Tak lama lepas tu dia kata "nenen, nenen".. Aku laju-laju buat susu dia sebelum dia buat muka dan buka sound system.


Boss kecil aku tengah sedap minum susu. Sambil kaki naik ke tangan aku. Amboi, bukan main lagi kaki ye.
Dah puas dah belajar dan minum susu ini pulak keja dia. Panjat meja. Percubaan pertama dia gagal.
Percubaan kedua beralih tempat dah. Nak kacau Mr. papa yang leka main game la tu. Aku hempuk gak Mr. papa ni nanti. Asyik main game jer keja dia. Makan lah game tu takyah makan nasi. Wakakakakaka bini yang jahat.
Percubaan ketiga. Hampir berjaya. Mr. Papa masih juga tak nak layan Haiqal. Aku makankan juga ipad tu kang.

Yes..akhirnya Haiqal berjaya. Aku rasa macam nak gigit jer budak manja ni sebab sangat-sangat nakal. Tak leh nak duduk diam asyik lari-lari, jalan, jatuh nangis. Terhentuk sikit nangis. Masa tidur jer dia diam itupun kaki dia kat muka aku. Tak pun kepala dia kat badan aku.

Okbai..

Wednesday

Campur Aduk

Riena Haiqal | 9:40 am |

Assalamualaikum

Sapa-sapa boleh tolong padamkan api ni?
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Tuesday

Teringin

Riena Haiqal | 12:21 pm |

Assalamualaikum

Dah berminggu-minggu aku nak sangat beli tapi belum juga aku dapat. Semalam aku g butik-butik kat Labuan ni semata-nak dapatkan benda ni tapi memang tak jumpa. *Ohmaiakusedih*
Aku cuba cari di FB. Wah banyak dan berlambak orang jual tapi bila aku tanya, maaf dah sold out. apakah??
Sekarang aku tunggu bulan jatuh ke riba. motif? Tak. Aku tunggu sorang ahkak yang jual benda alah ni dan yang bestnya dia tinggal di Labuan juga. Tunggu dia check stock dulu. Harap-harap ada *mataberkaca*
Free postage sebab duduk pulau yang sama..
Nak tahu la tu kan benda apa yang teringin bebenor aku nak dapatkan tu... Ni hah benda yang aku maksudkan tu.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^




Okbai..



Monday

Tertunda lagi

Riena Haiqal | 9:02 am |

Assalamualaikum

Aku lupa la nak bawa ipad jadinya gambar ni aku ambik dari adik ipar aku yang kiut miut kat FB dia. *Ohmai* ...Nampak gayanya tertunda lagi la entry untuk yang ini. *pitamjap*

Oktatatititutu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa