Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Monday

perniagaan apa ni?

Riena Haiqal | 11:34 am |
Assalamualaikum

selamat pagi. 
Kejadian ni dah berlaku dalam minggu lepas dan terjadi pada diri aku sendiri.. Selama ni aku hanya dengar MIL dan rakan-rakan lain yang terkena dengan perniagaan ni. Bila aku yang terkena, siap kau. 

Masa tu aku dah la nak cepat sebab nak urus passport crew offshore yang dah nak expired. Boleh-boleh pulak dorang halang aku dan nak bagi bag percuma kat aku. walaupun hanya woven bag. Aku layan jer sebab aku nak tahu hal sebenar. 

Dia bawa aku kat satu kedai dia yang tersorok. Dia umpan aku dengan woven bag.

 gambar di atas adalah sales girl yang mulut dia super duper terhebat dengan penipuan.


Perbualan aku dan sales girl (SG) tersebut.
SG : Cik nak bag warna apa?
Aku : Biru.
SG : Cik isi borang dulu lepas tu saya bagi bag baru yang warna biru.
Aku : OK.. (isi borang dan siap)
SG : Ok dah semua dah siap. Cik nak cepat ker ni?
Aku : Ye. saya nak pegi immigration ni.
SG : Ok. Kalau macam tu, nanti cik datang balik ambil bag tu.
Aku : Bila? 
SG : bila-bila saja.
Aku : Ok. buang masa aku betul la korang ni.

Aku blah dengan hati yang sangat-sangat membara. Mahu saja aku maki hamun perempuan tersebut. 

Tapi nasib baik aku kata aku nak cepat. Kalau tak memang aku dah kena tipu habis-habisan.

Ipar MIL aku tempoh hari dah kena dengan dorang. Dorang pandai sangat putar belit cerita, dah namanya jurujual kan. Memang mulut sangat-sangat pandai berkata-kata.

Dia suruh ipar MIL aku ni pilih salah satu barang yang ada kat kedai dorang. bla bla bla. Janji itu ini. Minta RM50 sebagai deposit. Lepas tu dorang akan minta korang datang balik untuk urusan jual beli dan bayaran. 
Tak ker korang rasa tertipu? perniagaan apa mereka buat dengan tipu duit orang? 

Mula-mula kata benda tu free, lepas tu baru cakap lepas isi borang dan bla bla bla, akan ada urusan dengan bank. Urusan pembayaran hutang benda yang dah kita ambil secara "FREE" tersebut.

Aku tak tahu lah dorang berniaga ni jujur ker tak kan, tapi bagi aku jangan lah nak tipu dan putar belitkan keadaan kalau nak berniaga.

Tak payah nak buat cerita kononnya benda tu free, sedangkan hakikatnya benda tu nak kena bayar. Jangan tipu duit orang dengan buat penipuan macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa