Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Wednesday

Perut yang penuh dengan ragam..

Riena Haiqal | 3:35 pm |
Assalamualaikum

Selamat petang korang.... Dah minum petang ker? <sekali lagi tak yah jawab sangat la.. saja jer nak berbual kosong dengan blog sendiri>..
Memandangkan dari semalam punya semalam lagi saya dah mengalami kesakitan pada perut yang menyebabkan saya patplohlapanjam ulang alik ketandas, baru hari ini saya berani nak minum minuman yang ada rasa² ni.. contohnya milo ni ar.. Kalau semalam langsung saya tak berani nak pekena minuman yang ada rasa² ni, asyik air suam dan air panas jer yang saya berani nak sumbat ke dalam tekak saya ni. Kalau tak memang bertambah doplohempatjam lagi la saya keluar masuk tandas. 
Minyak pulak dah banyak dah saya sapu kat perut.. nasib baik la minyak masak dan minyak petrol tu tak leh nak sapu kat perut kalau tak dengan minyak tu sekali saya letak.. 
Akibatnya semalam saya makan sikit jer untuk alas perut yang tengah lapar. Tapi lepas tu apa lagi, lari² sebab tak sabar nak masuk tandas. sambil nyanyi lagu "kita berlari dan terus kan bernyanyi"..<ada masa ker lagi nak nyanyi>
Dan Alhamdulillah, hari ni dah beransur pulih perut yang meragam ni dan dah boleh dah nak isi makanan dan minuman yang sedap²... Ujian dari Allah harus diterima sebaik yang mungkin dan haruslah bersyukur. 



Thank You For Reading

Dadih Coklat @ Agar² Coklat

Riena Haiqal | 10:08 am |
Assalamualaikum

Selamat pagi.. Macam tak habis² lagi pencarian resepi agar² saya ni.. Almaklumlah kan nak pikat hati suami.. Jadi nak mencuba resepi baru dan kali ni saya nak buatkan dessert lepas makan. So saya pilih agar²  la yang paling sesuai kan selain dari buah²an.. memandangkan Mr. Papa ni tak berapa nak makan kuih muih dan sama waktu dengannya, So saya torai la nak buatkan agar²  ni.. 

Yang paling senang dan paling mudah nak dibuat dan tak yah lagi nak fikir panjang lebar sampai ke angkasa lepas..
Saya petik lagi dari taman bunga recipe.cari.com.my
\
Bahan 
1 liter susu coklat [ducth lady]
2 cawan air
10 gm serbuk agar-agar (1 paket agar-agar)
1/2 cawan gula

Cara 
1. Masakkan agar dan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan kacau.
3. Masukkan susu coklat.
4. Masukkan adunan kedalam cawan kecil dan sejukkan.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

NOTA 
Bolah digantikan dengan perisa Strawberry atau sebarang perisa.

Senang bukan? 
Selamat Mencuba..



Thank You For Reading

Tuesday

RESEPI AGAR-AGAR BERHIAS AKA PELANGI

Riena Haiqal | 3:57 pm |
Assalamualaikum

Petang-petang macam ni best pulak rasanya share about resepi² kan.. 
Kali ni resepi agar-agar. Di petik dari taman bunga CIKTOMNampak macam sedap jer sebab tulah saya nak torai kat umah nanti kalau ada kelapangan seperti padang bola. 

BAHAN-BAHAN RESEPI AGAR-AGAR BERHIAS AKA PELANGI;

7 cawan air
2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 sudu perasa vanila
1 peket agar-agar
3 biji telur ayam
1 biji limau nipis diperah dan diambil airnya

CARA-CARA MEMBUAT RESEPI AGAR-AGAR BERHIAS AKA PELANGI;

 

1) Agar-agar dicuci bersih
2) Agar-agar yang siap dibersihkan dimasak ke dalam periuk yang berisi 7 cawan air.
3) Apabila sudah hancur, masukkan gula.
4) Bila sudah masak, angkat adunan agar-agar + gula dan sila tapiskan.
5) Kemudian, masukkan kuning telur dan susu serta air limau dan vanila.
6) Selepas itu, masak adunan itu kembali dengan menggunakan api perlahan. Kacau adunan agar-agar perlahan-lahan sehingga mendidih.
7) Sesudah mendidih, adunan agar2 diangkat dan disejukkan ke dalam acuan. *jika tak nak letakkan warna.
8 ) Sekiranya ingin letakkan warna, bahagikan adunan itu kepada 4 bekas. 1 bekas untuk warna asal tanpa diletakkan apa-apa warna. 3 bekas lagi di campur dengan warna kuning, merah dan hijau.
9) 3 bekas yang dicampur dengan warna disejukkan dalam peti supaya lebih cepat keras. 1 bekas tanpa campuran warna dibiarkan diluar.
10) Apabila 3 bekas itu sudah keras, sila potong secara empat persegi kecil sebesar anak jari.
11) Letakkan/ tanamkan kesemua 3 jenis warna agar yang dipotong ke dalam agar yang tidak diletakkan warna.
12) Sejukkan agar-agar ke dalam peti. Apabila keras siap untuk dipotong dan dimakan.

Selamat mencuba.. 

Thank You For Reading

Resepi ~ Colourful custard pudding

Riena Haiqal | 3:00 pm |
Assalamualaikum

Resepi ni saya dapat dari blog LITTLE PARLOUR.
Jadi saya kongsi juga dengan korang semua.. Mana lah tahu kan nak pikat hati orang tersayang, tetiba search kat google nak buat resepi apa kan... Kat sini saya share lah ngan korang.

Di samping tu, kalau ada masa dan kelapangan meluas macam padang bola saya pun nak torai <try> resepi ni gak. hik hik hik


Bahan-Bahan :-

1 Paket agar-agar tali (Cap burung layang-layang)
1 Tin susu cair
Pewarna kuning, merah dan hijau
2 Sudu besar tepung custard (bancuh dengan 2-3 sudu air)
Beberapa sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
Air

Cara-caranya pulak:-
  1. Rendam ⅓ daripada sebungkus agar-agar dengan air selama 15 minit kemudian toskan. Didihkan 350ml air di dalam periuk dan masukkan agar-agar yang telah direndam tadi. Bila agar-gara hancur, masukkan 3 sudu besar gula pasir dan kacau hingga larut. Bahagikan kepada 3 bahagian (satu bahagian dalam dua senduk nasi). Letak pewarna pada setiap bahagian dan tuang ke dalam mangkuk leper sambil ditapis dengan penapis besi. Sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk, toreh-toreh dengan pisau untuk dijadikan kiub-kiub kecil dan ketepikan.
  2. Rendam baki agar-agar (lagi ⅔) dengan air selama 15 minit dan toskan. Didihkan 500ml air kemudian masukkan agar-agar yang direndam tadi dan kacau hingga larut. Masukkan gula dan 1 tin susu. Bila mendidih masukkan pula bancuhan tepung custard, esen vanilla dan kacau lagi hingga sedikit likat. Tutup api dan tuang ke dalam loyang / acuan sambil ditapis dengan penapis besi. Taburkan kiub agar-agar 3 warna tadi dan sejukkan dalam peti ais. 
  3. Potong dan hidangkan. 


Selamat mencuba..



Thank You For Reading

Baby Haiqal dah berumur 10 bulan

Riena Haiqal | 9:40 am |
Assalamualaikum

Selamat pagi tuan² puan² muslimin dan muslimah sekalian.. Macam nak g berpidato pulak rasanya. Walhal kalau betul² berada di pentas, memang otometik kaki saya menggeletar dan mungkin siap terkencing² agaknya yer.. 

Syukur Alhamdulillah semalam umur Baby Haiqal dah masuk 10 Bulan. Pejam celik pejam celik dah besar dah baby saya ni. 
Sekarang dia dah pandai dah berdiri dan cuba untuk melangkah. Percubaannya untuk melangkah mengakibatkan dahi dia dah terhantuk dek tiang kat rumah. 
Nampak tak kat dahi dia ada benjolan.. Sekarang dah surut benjol tu tapi tetap juga ada kesan warna hitam kat dahi dia.. 
Syukur Alhamdulillah juga Baby Haiqal aktif dan semakin chubby. hik hik hik..


Thank You For Reading

Monday

Minggu ni wedding cousin Mr. Papa

Riena Haiqal | 3:14 pm |
Assalamualaikum

Hujung minggu ni pasti ramai pasangan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Cousin Mr. Papa pun bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ni.
Bila ada kenduri
 besar²an macam ni, otak dah start dah bingung nak pilih² baju apa yang nak dipakai masa majlis tu nanti.. 
Nak tak nak, terpaksa la beli kain dan minta jahit mother-in-law(MIL). Tinggal beberapa hari jer lagi menjelang majlis tu.. Saya pulak yang lebih² mengalahkan bakal pengantin. Over tau.~~~



Jadi kesimpulan dari cerita ini, kenalah tunggu entry pasal wedding ni di part 2 wahahahahaha.. disana barulah saya dapat upload gambar banyak² sampai muntah..

Sibuk jer nak 'interpram' tau.



Thank You For Reading

Weekend bersama keluarga tercinta.. Sungguh indah | Entry penuh dengan gambar

Riena Haiqal | 12:06 pm |
Assalamualaikum

Selamat berhari Isnin.. Kalau korang nak tahu badan saya jer yang g keja tapi hati saya masih rehat² kat rumah.. <meh ramai² lempang saya bertubi² untuk sedarkan saya>

Semalam cuti hujung minggu kitorang anak beranak jalan² ke pantai sambil makan² di pantai.. Tak der maknanya saya bawa makanan dari rumah. Kitorang makan main order punya.. Kat warung tepi pantai.
Sambil tunggu² makanan siap, sempat juga la Mr. Papa ni bawa Baby Haiqal g main² kat taman permainan yang ada. Saya pulak sibuk snap gambar hero² saya ni. 

Nampak tak si Bolat saya yang kecik tu tengah membulatkan mata, dia seronok giler main benda ni tapi saya panggil dia utk snap gambar dia.. so dia tunjukkanla muka 'eksaited'nya.

Ni dia tengah usha member² dia yang lain tengah lari² sakan main kat sana.. sambil dalam hati kata "kalau Haiqal dah leh jalan, habis la korang Haiqal tak bagi chance korang main." wahahahahaha <dialog memang terang² direka cipta>

Yang ni pulak ibu dengan Mr. Papa dia yang over nak main.. Tengok Baby Haiqal cool jer..

Yang ni pulak Baby Haiqal macam tak nak lepaskan pandangan dia pada mainan yang mula² dia naik tu.. Kalau dia dah pandai jalan sendiri, gerenti tak der maknanya dia nak minta pegang macam ni lagi dah..

Keboringan melanda diri Baby Haiqal.. Jongkang-Jongket tak bergerak.. Si ibu telah berhempas pulas berusaha untuk menggerakkan Jongkang-Jongket tersebut namun akibat saya kering dan tengok badan Mr. Papa akhirnya si ibu mengalah.. maka lihat juga muatan mereka berdua nak melawan saya.. Mereka bolat ok.. wahahahaha.. <maaf, saya jahat>

Kini Baby Haiqal pulak yang berusaha menggerakkan jongkang-jongket tersebut.. tengok mulut la.. 

JOngkang-Jongket masih dalam keadaan yang sama. 

Masih dalam keadaan yang sama. Saya betul² telah mengalah dan mengangkat bendera putih. wahahahaha.. <tipu>

Alololo.. si bolat sayang.. pipi dah macam kena blusher akibat panas terik.. 

Tak nak lepas kan peluang snap gambar sendiri.. tak tahu malu.. >_<

Baby Haiqal tengah sibuk usha member² yang lain tengah lari²..

Baby Haiqal baru perasan lagi kemunculan ibu nya... 

Hero² saya yang tersayang.. >_<



Saya suka gambar yang ni sebab dua² nampak comel. Kalau Mr. Papa tahu saya tengah puji dia, mesti kembang kempis jer hidung dia.. wahahahahaha..





Cik Jerawat masih bermaharajalela dan berleluasa dimuka saya.. Rasa seperti ingin bersembunyi di balik tempurung kelapa. 

Kini terserlah keburukan muka saya.. huhuhuh

Cik abang, takkan seyes kot bawa keta? apa kes?!



Thank You For Reading

Saturday

Jom tengok wayang

Riena Haiqal | 11:56 am |
Assalamualaikum

Haaaaa, nak tengok wayang tak... jom jom jom... Click jer link kat bawah tu..

Pada korang² yang belum dapat tengok lagi filem Suatu malam kubur berasap dan Azura 2012 meh sini kita usha kat Youtube dan tengok ramai²..

1) Suatu Malam Kubur Berasap 

2) Azura 

Selamat berhujung minggu.. 

Thank You For Reading

Kenangan terindah.. Kini kami semua merindui senyumanmu sayang

Riena Haiqal | 10:02 am |
Assalamualaikum

Meh sama² kita lihat wajah ceria arwah Adik Faris Nur Danial. 








































Al-Fatihah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa