Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Saturday

JOM SEMAK (SPR)

Riena Haiqal | 9:43 am |
Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu buat korang semua.
Korang dah semak ker Daftar Pemilih korang di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? Kalau korang belum semak jom kita semak sama-sama. Aku pun baru semak hari ni. 

Caranya mudah saja.


2) Click Semakan Daftar Pemilih 

3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada kotak yang disediakan.
4) Click Semak


5) Akan keluarlah keputusan seperti gambar di bawah.

Atau melalui SMS / Telefon :


Kan dah musim nak mengundi ni. Selamat Mengundi. :)

Thursday

Jom Shopping untuk baby

Riena Haiqal | 11:25 am |
Assalamualaikum

Bagi yang ada anak atau baru nak dapat anak atau ada anak saudara tersayang mari kita pakat ramai-ramai shopping online di kyraleesa
Harga yang sangat-sangat berbaloi.

Di antara barangan yang dijual adalah :-

EDUCATIONAL TOYS

 
 
 
 
 
 









DETAILS :
* Sensor - CMOS VGA 1/9" 100k Pixels (352*288)
* Internal Memory - 2MB
* Lens - F=2, F=3.9mm
* Electronic Shutter
* Focus - Fixed
* Interface - USB 1.1
* Power Source - Lithium Battery/USB 5V
* Cont. Shoot - 10pcs/sec
* Image Resolution - CIF and QCIF Pixels
* Image Type - JPEG
* Video Resolution - 176*144
* Size - 60*41*18mm
* Weight - 26g

* USB Cable, Pouch, Key Chain, Software CD, User manual









Wednesday

Mary Kay

Riena Haiqal | 1:36 pm |
Assalamualaikum


Haaaaa.. Kelas kecantikan ni dah berlangsung pada bulan Mei yang lalu dan baru sekarang aku gigih nak buat entry pasal benda ni.. Tak ker pelupa namanya tu.

Aku tahu ada kelas Mary Kay ni pun dari rakan FB. Dia tag aku untuk join kelas tu. Kelas kecantikan tu sapa tak nak kan lagipun benda dah free memang aku laju lah nak join kan. Mula-mula aku nak bawa isteri abg aku (Ipar aku) ni join tapi last minute dia kata tak dapat nak join. Jadi aku minta dia tolong untuk carikan pengganti dia. 
Dah dapat pengganti iaitu sepupu dia. 

Aku ingatkan ramai sangat yang join ni rupanya kelas tu bergilir-gilir. Macam buat appointment la kan. Kitorang ambil jam 11 pagi. Mula-mula kitorang diperkenalkan dengan produk Mary kay ni.

Mula-mula kitorang mula dari bahagian tangan. Jangan tak tahu bahagian badan pun ada juga pembersih dia yer.
Nampak tu 3 benda tu.. Lepas guna memang nampak perbezaan dia. Kulit lebih halus dan licin.
Siap sedia nak cuci bahagian muka pulak sambil masker muka.


Dah macam hantu dah aku tengok muka aku sendiri. Kitorang diminta supaya buat masker kat sebelah muka jer sebab nak tahu perbezaan antara bahagian dah masker dan bahagian yang tidak.

Sambil-sambil tunggu masker kering, kitorang diminta untuk mengisi borang. Dalam borang tu kita kena nyatakan produk apa kita guna selama ni dan jenis kulit kita. 

Lepas tu aku dah tak sempat nak snap-snap gambar lagi sebab aku dah khusyuk nak menconteng muka aku. hehehehe
Lagipun sepupu ipar aku ni jenis yang tak satu kepala dengan aku. Almaklumlah bawah umur jadi tak berapa nak menarik. Lagipun macam ada emas kat dalam mulut dia sebab sangat-sangat susah dia nak buka mulut. Jadi hanya aku yang sangat-sangat banyak tanya dan banyak cakap dengan Beauty Consultant tu.

Aku sajikan korang semua dengan produk-produk mary Kay jer yer. :)















 dan inilah dia Beauty Consultant kitorang. Dia sangat-sangat cantik dan comel. Kak Alyn

Free gift dari beliau iaitu sample Mary kay..

Terima Kasih Mary kay. Lain kali buatlah lagi kelas begini tapi pastikan ramai yang join juga jadi dapatlah bertukar-tukar pandangan..

Tuesday

Kampung Lambidan, menumbok Sabah

Riena Haiqal | 10:56 am |
Assalamualaikum

Hari Jumaat yang lalu, kami sekeluarga (mama, aku, Haiqal, Isteri abg aku merangkap ipar aku, dan 3 orang anak dia) balik kampung mama aku sebab ada kenduri arwah. Mr. Papa tak ikut sebab tak dapat cuti. 
Lagipun dah lama rasanya aku tak balik kampung dan tidur kat sana. Banyak dah perubahan kat kampung yang aku tak tahu. Di samping tu dapat lah Haiqal kenal dengan kampung ibu dan nenek dia.



 
Aku sempat juga lah ambil gambar keadaan kampung aku ni. Bila aku tengok balik gambar ni tersentuh sangat hati aku sebab dah tak macam dulu dah. Sunyi sepi.. 
 
 
Dulu, masa kecil-kecil sampai lah dalam umur belasan tahun disinilah tempat kami lepak dan main masa petang-petang. Kami tu adalah aku dan cousin-cousin aku yang comel.(Kajen, aku ambil gambar dari FB ko dulu k)...
Ni lah wajah-wajah cousin aku masa kecil. Bila dah besar dah mereka jadi macam gambar kat bawah ni.. 
Cantik kan? sekarang semua dah ada kerjaya masing-masing jadi susah nak berkumpul seperti dulu. :(

Bila lah agaknya kami akan dapat lepak bersama-sama lagi? :(


Ni adalah rumah arwah nenek kami. Banyak sangat kenangan dirumah ni yang tidak mampu untuk aku lupakan. Pahit manis semuanya ada. Kat tangga tu adalah tempat kami 5 sepupu bergosip, berketawa, cuci-cuci mata tengok pemandangan dan macam-macam lagi.

Kat bawah pohon mangga ni lah juga tempat kami lepak, makan dan bersantai. Sekarang dah tak ada dah.

 Kat sini tempat untuk kitorang jemur pakaian. Sekarang memang dah tak der dah. 

Yang ada anak panah tu adalah laluan untuk ke pantai. Memang masih ada jalan tu tapi dah semak sikit keadaannya.


 Kat belakang rumah ni pun tempat kitorang lepak. Sekarang dah sangat-sangat sunyi sepi. 



Hari ahad pulak adalah saat untuk pulang Labuan. Packing beg aku dan Haiqal.


 Ni pokok mangga yang paling lama dah umur dia. Sebab rasanya dari aku kecil memang dah ada kat sana. 



  
Sementara tunggu Ferry sampai, Abah aku belanja kitorang makan dulu. Sorry to say Aku takkan masuk gerai makan ni lagi sebab service dia lambat, makanan dia tak sedap. Patut lah tak banyak orang yang datang makan kat gerai ni. Habis dah kitorang semua makan, minuman kitorang semua pun dah habis barulah mee sup abah aku sampai. Tak ke lambat tu.

 


Haiqal dah boring dah. Habis kerusi tu dia tolak-tolak.


 Selamat tinggal kampung ku. Entah bila lagi dapat balik kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa