Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Monday

Holiday to Kota Kinabalu Part 2

Riena Haiqal | 3:57 pm |
Assalamualaikum



Sorry la kalau lambat benar aku nak update pasal percutian aku ke Kota Kinabalu. Siap ada part-part bagai. 
Hari ni aku nak sambung lagi ceritera percutian aku dan family kecilku.

Sampai jer kat Kota Kinabalu, terus jer kitorang jalan laju-laju menuju ke hotel. Aku dah booking awal-awal dah jadi senang jer kan. Tak yah nak cari-cari hotel lain dah. Kan musim cuti memang hotel akan fully booked.
Sampai jer hotel, register, check in terus dapat bilik. Mak ai.. Tingkat 3 tu. Dahla takder lift. Tapi takper. Mr. Papa kata nak minta tukar ke bawah pada keesokan harinya.
Masuk bilik jer, tukar baju Haiqal, pampers dia, duduk-duduk jap. 
Lepas tu bagitau kat Mr. Papa perut aku dah bunyi-bunyi gendang dah. Jadi bermulalah masa untuk JJCM dan shopping.. 
Aku tak sempat nak snap masa kitorang makan sebab aku dah lapar giler dah. 
Lepas kitorang makan, terus jer kitorang jalan kaki ke Wisma Merdeka Sabah. Bayangkan jer la aku kena dukung anak manja tu. Kalau dia jalan sendiri memang tak kan sampai la sebab dia nak ikut jalan dia jer.
Memandangkan aku jer yang dukung budak manja ni, dia taknak kat Mr. Papa pulak, aku rasa tangan aku dah ada muscle dah.. Sampaila dia tidur. Aku dah tak larat, aku nak duduk pun memang takkan ada kerusi yang kosong kat Wisma Merdeka tu. 
Kitorang lepak kat luar jap sebab kat situ baru ada kerusi kosong dan bolehla Mr. Papa merokok jap kan.
Aku dah request kat Mr. Papa minta dia beli stroller lagi untuk budak ni.
Kitorang pun cari dan kitorang jumpa la stroller yang comel ni. Kitorang ambil jenis yang macam ni sebab kat rumah dah ada stroller yang ada bumbung tu. Cuma tak bawa jer dengan alasan berat la. Menyesal punya pasal terpaksa la beli yang ni jer.
Tengokla reaksi dia bila dah ada kat dalam stroller tu. Macam bos jer kan..


Masa ni Mr. Papa tengah cari handphone dan broadband untuk ipad aku. Lamanya la dia berunding kat situ. Aku dah boring giler dah. Apa lagi Haiqal yang duduk jer kat stroller tu. Lagi la besar suara dia sebab dia nak jalan.

 

Dah habis jalan kat Wisma Merdeka, kitorang jalan lagi ke KK Plaza Sabah.

 Kat KK Plaza kiranya nak jalan-jalan cuci mata jer sebab kiranya mahal sikit la barang-barang dia dari Wisma Merdeka. Sebab kitorang dah survey harga dia dan banding-bandingkan..
Tapi tiba-tiba kitorang nampak la shades yang memang kitorang tengah cari. Lajulaju Mr. Papa masuk kedai tu dan beli. Mula-mula kitorang nampak shades utk budak-budak. Lagipun kalau Haiqal pakai memang takkan patah punya. Jadi belikan utk Haiqal. Aku pun tak nak kalah jadi beli juga. Mr. papa lagi tak nak kalah sebab memang tujuan sebenar dia. Dia pun beli.


Dah puas jalan-jalan disiang hari tanpa rehat, Kitorang balik hotel mandi siap-siap. Haiqal pun dah cukup rehat dah. Jadi teruskan perjalanan di malam hari. Tapi mula-mula kitorang memang JJCM lagi.
Tapi yang tak bestnya kali ni kitorang makan kat restoran yang takder sediakan kerusi kanak-kanak la. Terpaksalah budak manja ni duduk di paha ibu dia. Nak bagi kat Mr. Papa memang dia akan nangis sebab dia nak kat aku jer duplohpatjam.

Lepas makan kitorang pegi Pasar Malam KK. Mr. Papa beli sandals jer. Aku pulak beli souvenirs untuk kenangan. 3 souvenirs tu harga dia cuma RM5.00. Murah kan. Boleh pilih sendiri lagi.

Akibat kepenatan yang amat sangat, dalam perjalanan balik ke hotel, Haiqal tidur gak di tangan Mr. Papa. Aku memang dah tak larat dah nak dukung dia. Letak kat katil pun dia tak sedar dah sebab sangat-sangat mengantuk dan letih.

Ingat nak bangun lewat sikit keesokan pagi nya.. Tapi tak boleh sebab budak manja ni tengah syok-syok dia tidur tiba-tiba tergolek jatuh dari katil dan ngek ngek terkejut. Aku dan Mr. Papa memang terkejut giler gak la kan.. Sebenarnya aku yang tidur kat tepi tu. Budak manja ni tidur kat tengah-tengah. Tapi memandangkan dia asyik merengek jer sebab sempit., so aku tidurkan dia kat tepi aku. Mula-mula memang aku peluk dia. Tapi ntah aku dah tidur tak ingat dunia kot, tu sebab ar dia boleh jatuh katil. Tapi korang tengok muka dia lepas tu slumber jer kan. Siap minta mam-mam donut lagi.


Nantikan part yang seterusnya dan yang terakhir di entry seterusnya.
Sebenarnya dah lenguh dah jari jemari ku asyik menaip dan buat keja ni.

19 comments:

  1. pernah pergi holiday ke kk.. time tu peknenkan qalesya 6month. skrng ni qalesya dh nk msk 3thn ingat nk bw dia g sana gak sekali lagi...

    salam kenal.. ^_^ i follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liya :: memang best sekali2 sekala bawa family dan anak g bercuti kan..
      TQ sebab dah follow.. :)salam kenal juga dari saya

      Delete
  2. cuak jgk kan bile anak jatuh katil..mama isha pun ada pengalaman psl ni..tp sib baik anak xde ape2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Isha :: Tuhan jer yang tahu perasaan saya masa tu.. tapi bila tengok jer terus kitorang ketawa sebab dia cuma terkejut jer.. ntah dia mimpi apa sampai jatuh katil.. hahahahahahaa

      Delete
  3. comelnya dia :D
    kirim salam peluk cium okie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Chillax :: ok.. saya sampaikan yer.. :)

      Delete
  4. olololo cute stroller dia.. hehehe.. lama dah tak ke sabah... kira KK mcm kl jugak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comel.. hehehehehe..
      lebih kurang la kan.. tapi tak penah lagi p KL la. :(

      Delete
  5. Hahahaha, dpt bayangkan riena tito tak hengat dunia...hahahahah, cian haiqal...huhu, mama dia penat jalan la.... Btw, murah la cenderahati tu, cantik pulak tu... Macam mahal jer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai :: hahahahahaha.. cuba bayangkan.. hahahahahaha.. sampai tak sedar anak dah jatuh dah.. hahahaha...
      sangat2 murah lagipun sangat2 cantik..

      Delete
  6. hotel mana ne?oke ka?..mau survey hotel kunu..padahal ada ruma sewa d kk...hahaha.i miss KK..skrg d kudat..praktikall...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel Holiday. ok juga la.. hehehehehe...

      Delete
  7. wahhh bestnya .. suke tgok dear bercuti .. seronok bercuti satu family ni .. bahgia ..suke2 .. baby pun comei je dlm kerusi roda tu ..cute!!!!

    Lagi2 ..tak sabar nak tahu citer seterusnya dear ..piwettt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi dear ku :: hehehehehehe.. memang best rasa macam mo pegi lagi la.. heheheh..
      sabar yer.. :)

      Delete
  8. Alorhlo0loo..syiannye. Mcm mana boleh jatuh? Eh u jln2 soping complex jd ke kt KK? Pegi jesselton tk utk islan hopping..owh ye dh stdby glasses tu..msti smbung next part. Hehe...

    Best recomended, diner kt pasar mlm je yg sblh pasar besar tepi laut. Murah juga bah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta Misteri :: ibu dia tidur tak ingat dunia dah.. hahahahaha...
      kitorang jalan2 kat area kk jer.. tak jauh sngat sebab tujuan sebenar memang nak shopping kat sana jer... :)

      Delete
  9. papa mifz tak ponah sampai ke KK lagi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki sampai juga tu kan.. hehehehe.. :)

      Delete
  10. Teringin arr nk gi KK...bila entah nih..hehehe. btw, keychain tulang ikan tu lawa ah

    ReplyDelete

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa