Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

Holiday to Kota Kinabalu Part 3

Riena Haiqal | 1:59 pm |

Assalamualaikum


Hari Ke 2

Siap dah mandikan Haiqal dan bagi dia pakai baju jadi tiba giliran aku nak pegi mandi. Selangkah jer aku jalan gini lah riak mukanya. Aku minta Mr. Papa tolong bawa dia main-main jap kira nak bagi dia lalai tak tengok aku. Tapi tetap dia nak kejar aku sampai bilik air. Alih-alih aku tutup jer bilik air tapi dia ketuk dari luar sambil nangis-nangis. Siap jer mandi dan aku keluar dari bilik air aku tengok Mr. Papa dukung budak manja tu, apa lagi dia tengok jer muka aku terus meleret senyum dia. Rasa nak gigit jer dia masa tu.

 Siap sedia nak pegi JJCM lagi. Restoran pilihan kali ni tetap juga kat Restoran Sri Rahmat

Walaupun dihari pertama kami makan kat sini semua yang kami nak order asyik dia kata tak der jer tapi kami tetap juga nak makan kat situ sebab orang kata kat sini Roti Canai dia sedap jadi kami cuba la juga. 
Lagipun kat restoran ni siap ada kerusi kanak-kanak jadi boleh la budak manja ni bebas duduk seorang diri.

Sedang menunggu-nunggu makanan yang belum sampai lagi, Mr. Papa tengah memikirkan lokasi seterusnya nak pegi lepas makan nanti. 

Ok dah sampai pun makanan kami. Tapi botol susu tu kami tak order la yer. Aku seperti biasa memang akan order Milo Sejuk sebab favorite tu. Mr. Papa pulak aku rasa dia order Teh Tarik sejuk kot.. Aku dah lupa la.

Ni roti canai aku. Perhati baik-baik dan teliti yer. Bukan satu jer tu tapi dua. Haiqal pun makan juga kongsi dengan aku. Aku bagi Haiqal makan dulu sampai dia kenyang baru lah giliran aku makan.

Selesai makan, aku suruh Mr. Papa carikan gerai yang boleh gantikan bateri jam tangan aku kat kaki lima Segama tu. RM10.00 jer tukar bateri tu. Lepas tu kami beli kain untuk baju raya nanti. Tak dapat nak tangkap gambar sebab Mr. Papa jer yang pilih dan beli masa tu. Aku dan Haiqal kat luar jer sebab aku tak sanggup nak bersempit dengan pelanggan-pelanggan yang nak beli kain raya juga.

Lokasi seterusnya adalah Centre Point (CP) Kota Kinabalu Sabah. Mula-mula masuk tu lengai jer macam tak ramai orang.

Tapi bila dah masuk kat 1st floor sangat-sangat ramai orang. Aku dah jadi pening dan nak pitam tengok orang ramai lalu lalang. Aircond dia pun macam tak rasa dah.  
Tempat pertama Mr. Papa pergi adalah kat bawah ni. Broadband belum dapat-dapat lagi dari hari pertama. 


Sementara Mr. Papa menyibukkan diri di Gerai Digi ni aku jalan-jalan kat Gerai jual barang-barang Sabah ni mana tahu ada yang berkenan di hati nanti boleh bodek Mr. Papa. 
Oh lupa pulak nak bagitau Haiqal dah tidur kat stroller dia masa ni.

 Dan aku dapat beli gelang ni jer sebab aku rasa comel macam gula-gula. RM5.00 untuk dua tu.

Mr. Papa terpandang gerai yang ini. Tempat nak buat Button Badge. Lelaki yang berbaju merah tu adalah orang yang akan buat nama-nama kat button badge tu. Kira kreatif la.

 Ni lah saja alat-alat yang dia guna untuk lukis kat button badge tu nanti.

Mr. Papa pilih button badge warna biru. Dia suruh Mr. Papa tulis perkataan apa yang nak dilukis nanti tu kat kertas yang dia sediakan. Siap sedia ya aku nak tunjuk ni.






Harga button badge cuma RM5.00 (termasuk lukis)
Eh budak manja dah bangun la. Masa ni Haiqal dah mula Flu.
Nak lebih dekat dan nak tau perkataan apa yang Mr. Papa suruh lukis.. -Pandratz-
dah macam lain dah nak sebut perkataan tu.

keluar dari CP, kami terus ke KK Plaza lagi untuk beli shades lagi. Entah bila agaknya shades Haiqal hilang. Kami langsung tak sedar. Sayang sangat tapi nak buat macamana kan. 


Balik hotel kejap sebab nak simpan barang-barang yang dibeli tadi. Dan nak tukar bilik dari 3rd Floor ke 1st Floor depan kaunter.





Lokasi seterusnya adalah Wisma Merdeka. 
Aku sempat beli span-span make up sebab sangat-sangat murah. RM1.00 / satu

Gara-gara penat berjalan Mr. Papa sanggup beli electric massage untuk dia urut secara sendirian berhad sebab aku dah tak larat juga nak urut.

Ni untuk kaki. Memang sangat-sangat berbaloi beli untuk urutan tapak kaki.

Malam pulak kami tak dapat nak jalan sebab hujan. Jadi kami pegi makan dan beli bun saja. Memandangkan budak manja ni flu dan demam.


 Mr. Papa beli bubble ni untuk Haiqal main. Tapi alih-alih kami yang main bubble ni.

Selesai untuk hari kedua kami di Kota Kinabalu Sabah. 
Nantikan Part 4 - hari ke 3 kami di Kota Kinabalu.


19 comments:

  1. ala tomeynye haiqal dgn suit kuning itu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama isha : hehehehehehe.. comey kan.. :)

      Delete
  2. Seronoknya tengok dear bercuti.. umi ingin nak berehat ..bilakah masanya? uhuk3 .. apapun ..umi sangat gembira baca perjalanan percutian dear .. tgah bosan2 ni kat opis ..ade gak cerita nak dibaca (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi dear :: heheheheheh.. Insyaallah dapat juga tu umi berehat dan bercuti bersama family baru Umi nanti...

      Delete
  3. Wah bestnyer g bercuti.. x pernah lagi sampai sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul :: sangat2 best... ada masa dan ada kesempatan jangan lupa pergi la kat KK ni.. :)

      Delete
  4. yang penting bb boy u sgt comey gebu..suka sgt anak laki...tapi en suami harapkan bb gurl..(ape2pun mane2 pun xkisah lah jnji sempurna)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wong Meimot :: heheheheheheh.. gebu segebu gebunya... janji anak yang lahir adalah sempurna kan tak kira apa jantina.. rezeki Allah

      Delete
  5. teringin nak pergi cuti-cuti ke sarawak lak... jom..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liya :: kitorang pun ada perancangan nak g sarawk akhir tahun ni.. :)

      Delete
  6. gelang tu comel sgt..dah la murah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza Razak :: comel kan... dan sangat2 murah.. :)

      Delete
  7. Replies
    1. madam :: hehehehe.. syok sangat2... :)

      Delete
  8. Rindunyaaaa aku dengan sabah...uwaaaa!Bulih sesat aku di KK tu taw, tanda urang jarang dapat balik kampung...huhu...kesian...kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YM :: hahahahah.. ya bha kan.. itulah tandanya urang yang sangat2 jarang balik sabah.. hehehehe.. nda pa.. nanti kalau ada kesempatan bole juga tu YM sekeluarga balik sabah...

      Delete
  9. Lawa lah gelang tu yunk. berkenan plak zie. hehehe

    ReplyDelete
  10. salam kenal mama riena drpd mama qhayra :)

    wahhh bestnya gi holiday :D

    ReplyDelete
  11. bestnya riena ye dapat pi holidays... azi ni husband asyik sibuk jer... barang2 yang dibeli pn boleh tahan menarik tu...

    ReplyDelete

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa