Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

kurang idea nak tulis blog bila baby kurang sihat...

Riena Haiqal | 1:41 pm |
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. 
Sian Haiqal sebab dah 2 hari badan dia panas.. Pagi tadi sempat gak aku bawa dia pegi hospital dan doktor gtau yang dia kena demam campak.. Berlinangan airmata ku bila dia nangis memanjang semalam tak lena tidur. Aku langsung tak tidur semalam sebab nak jaga Haiqal.. Memang banyak bintik² merah kat badan dan muka dia.. Dan 2 hari ni juga aku tak berapa nampak ketawa riang dia.. Kalau dia ketawa pun cuma sekejap dan lepas tu layu balik.. Saat tu lah aku akan sedih.. Aku sentiasa berdoa agar biarlah aku yang menanggung semua itu dan pindahkan saja sakitnya itu kepada ku agar dia boleh sihat seperti biasa. 
Dan aku sangat² berterima kasih pada seorang pakcik yang ada kat hospital tadi sebab pada mulanya No giliran aku 044 tetapi atas keprihatinannya kepada Haiqal yang nangis jer dia berikan aku No giliran 024. Alhamdulillah ...






Friday

Apa kes ni sebenarnya? :)

Riena Haiqal | 3:01 pm |
 Pssst, korang..
I just want to telling uolz that I'm going looking for maxi dress, this moment. 
Bye... 
>_<






Thursday

Berkongsi petua untuk ibu2 mengandung... :)

Riena Haiqal | 10:10 am |
Wahai ibu-ibu yang tengah mengandung sekarang ni meh sini aku share ngan korang semua petua2 yang perlu korang amalkan semasa mengandung dan selepas mengandung.. Aku pun ada gak amalkan benda ni so senang gak la proses bersalin, InsyaAllah..

Kelapa (Cocus Nucifera)
bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sukar melahirkan kerana jalan lahir yang sempit atau sebagainya, bolehlah memasak kelapa hingga menjadi minyak. Minyak ini disapukan pada jalan lahir bagi mengelakkan luka yang besar semasa melahirkan. Minyak kelapa atau nama sainsnya Coucs Nucifera dari keluarga Palmae sering digunakan juga sebagai minyak selusuh.. >> tapi aku hari tu guna minyak selusuh dari tebuni kucing... mentua aku yang bawa dari kampung... Minyak gak la...

Jintan manis (Pimpenella anisum)
Setiap wanita pasti akan melalui kesakitan ketika melahirkan anak. Namun ada beberapa cara yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kesakitan itu. Jintan manis atau nama sainsnya Pimpenella anisum yang mengeluarkan buah, bunga dan daun yang berbau harum boleh menghilangkan loya dan perut kembung. Ia juga mengandungi kesan oestrogenik yang digunakan untuk menambah susu ibu dan mengurangkan kesakitan semasa melahirkan anak... >> ini aku pun tak try gak sebab masa melahirkan Haiqal air susu aku memang cukup banyak.. tah yah nak pump2 lagi. Lepas jer Haiqal dah dibersihkan oleh nurse terus jer aku kena suruh bagi breastfeeding kat Haiqal n syukur sebab Haiqal tak der masalah nak menyusu..

Selepas kelahiran bayi
Berbagai tumbuhan boleh digunakan bagi tujuan mandian untuk ibu-ibu bersalin. Setiap tumbuhan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Mandian penting untuk melancarkan peredaran darah, mengembalikan kesegaran badan dan membersihkan badan dari segala kotoran.. >> betul tu.. sebab masa aku berpantang dulu, memang  setiap 3 hari, 7 hari, 14 hari dan 44 hari aku akan dimandikan dengan daun2 yang sangat2 harum (daun2 terpilih jer) oleh bidan kampung..

Proses Mengurut
Mengurut adalah amalan penting dalam berpantang. urut turut memperkemaskan anggota dalaman dan memperkemaskan perut. Perut adalah bahagian yang amat penting kerana semua penyakit bermula dari perut. Kaedah pengurutan hendaklah disertai dengan penggunaan minyak urut. Minyak urut tradisional yang sering digunakan oleh bdan-bidan dalam kerja mengurut adalah buatan sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati. Bahan-bahannya ialah halba, sebuku halia, sebuku kunyit, bawang putih dan bawang merah. Kesemua bahan ini ditumbuk dan dimasak atas api sehingga mendidih. Apabila sejuk minyak itu hendaklah disimpan di dalam botol bagi memastikan kesegarannya.. >> BTW, aku tak tahu pula minyak yang digunakan oleh bidan yang mengurut aku tempoh hari.. hehehehehe.. tapi memang sedap jer baunya...

Bertungku dan bertangas
Daun Inai (Lawsonia Terma)
Bertangas seperti juga bertungku iaitu bertujuan untuk mengecutkan peranakan dan mengeringkan luka2 jahitan.Ramuannya ialah asam keping, garam, sirih, daun inai atau nama sainsnya Lawsonia Terma, sebuku halia dan 5 biji manjakani.. ramuan ini boleh juga dicampur dengan daun keman malu. Bahan-bahan ini direbus untuk bertangas.>> aku dulu bertungku menggunakan kaedah kampung iaitu menggunakan bata yang dipanaskan kat api selama 1 jam la kalau tak silap. Mr. Hubby yang panaskan masa tu.. Lepas jer panas bata tu balut dengan kain tebal2 la supaya tak rasa panas yang boleh membuatkan perut korang masak... Almaklumla bata tu kan dah panas.. so lepas jer korang balut dengan kain yang dah sesuai kepanasannya, korang letak la kat peranakan korang (bahagian bawah perut la).. supaya darah lepas bersalin tu cepat beku dan peranakan korang jadi kecut seperti biasa.. 

Menambahkan Susu & Mengurangkan bengkak pada Susu
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah bengkak di payudara selepas bersalin perlulah diubati segera kerana ia boleh menyebabkan gangguan emosi pada ibu dan boleh mengakibatkan demam panas yang berlarutan. Caranya ialah dengan menumbuk bayam dan dicampurkan dengan sedikit kapur kemudian disapukan disekitar payudara. InsyaAllah bengkak itu akan beransur pulih.. >> lagi satu cara yang paling mudah yang nurse ajar kat aku, gunakan tuala bersih dan rendamkan di air panas / suam lalu letak kat payudara kita supaya susu beku kat dalam payudara kita tu jadi cair dan sediakan la bekas untuk kita tadah air susu kita yang keluar dari puting susu dan lepas tu perah payudara tu dengan tangan kita sendiri.. maksud aku kita urut payudara kita ke puting tu untuk keluarkan air susu yang beku tu.. Memang lepas jer letak air panas kat payudara tu lega jer rasanya sebab tak sakit dah.. Tapi masa aku lepas bersalin dulu wow, payudara aku memang besar, bengkak dan sakittttt sangat2.. sebab banyak susu beku kat dalam.. So rasa keras jer n sakitt yang teramat sangat sampai nurse pun KAGET.. rasa nak demam jer masa tu sebab aku mengalami bengkak tu sampai la Haiqal berumur 3 bulan sebab terlalu banyak air susu.. tak yah nak beli2 susu dah.. jimat sikit.. hehehehehehe... tapi masa keja tu Tuhan jer yang tahu sebab bengkak nye ya ampun punyala sakit.. tah leh nak sentuh.. 


Note :: sori ar tak teratur petua2 ni.. harap korang tak pening2 lalat nak baca yer.. aku berharap gak agar petua2 ni sedikit sebanyak membantu korang bakal2 ibu.. Especeli 1st timer cem aku.. Aku dah alami dah... >_<

Aku sajikan korang dengan photo aku masa dalam pantang... 





Wednesday

minum petang bersama mee sedap... i like :)

Riena Haiqal | 4:14 pm |
Petang ni aku minum petang dengan meggie jer.. tapi minuman harus MILO...
Mee sedapppp...
masih dalam proses.... ngeeeee
sambil menunggu meggie siap di proses, sempat gak snap diri sendiri yang tengah kelaparan ni.. hahahahaha..

Now I can eat ...
>_<








Sembang kosong sekosong kosong minda ku sekarang.. :))

Riena Haiqal | 12:06 pm |
berapa banyak kosong daaaaa... ntah apa kat minda aku sekarang ni sehingga aku sanggup untuk mengatakan bahawa minda ku sekarang kosong.. 
So sekarang aku nak cerita-cerita kosong jer dengan korang... baik korang duk diam2 dan baca cerita aku ni...
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
Sebenarnya aku tak tahu nak cerita apa sebab macam yang aku kata tadi la, minda aku tengah kosong (EMPTY).. 
Sorry ar sebab buang masa korang baca ntah apa2 ntah...







Selamat berhari Rabu semua.. :))

Riena Haiqal | 10:18 am |
Wah... selamat berhari rabu korang semua.. ngeeeeeeeeeee
Pssttt, Korang... Nak tahu pagi ni Riena p keja, Mr. Hubby yang hantar tau.. hehehe.. dah lama dia tak hantar guna motor tau korang... rasa bahagia tiba2 menyelinap kat diri sanubari Riena ni.. bunga bunga cinta, bunga api, bunga tayar, bunga tai ayam.. opppssss.....ala, yang penting semua bunga dah mekar kat dalam taman hati Riena buat sang Mr. Hubby.... wachaaaaaaaa >_<
Lebih kurang begini la kot gaya kitorang kan kan kan... >_<
tapi kan motor tu tak derla sebesor motor cartoon tu... ngeeeeeeeee




Tuesday

22.11.2011 - Birthday Mr. Hubby

Riena Haiqal | 10:36 am |
Today is the day of birth for Mr. Hubby.. Happy Birthday Papa... Dah wish dah tapi itupun SMS jer sebab tak sempat nak wish face to face. Bukan tak sempat sebenarnya tu tapi malu la.. Ngeh ngeh ngeh. And soon was our first wedding anniversary. I'm really excited and can't wait to celebrate.

Inilah dia keluarga duniaku syurgaku.. Papa & Haiqal. 
Dua-dua hero yang amat Riena cinta dan sayang.
Sama tak muka dorang? hehehehehe.. mata jer macam Riena.








Monday

Mood di Hari Isnin adalah = :((

Riena Haiqal | 12:28 pm |
Wawawa.. Mood Riena hari ni adalah TAKDER MOOD... Dah la ngantuk tahap naga, komputer Riena pandai lak nak buat hal... lambat dan lembap la pulak.. menci menci menci la. arghhhhhhhhhh, tension nyer hari ni. dan menyebabkan MOOD utk post entry dah jadi malas sebab takder idea masuk kat kepala hotak Riena.. huahuahua... Akibatnya sekarang ni, Riena nak tidorrr dulu... mana lah tahu kan kot kot lepas merehatkan mata dan kepala hotak ni, banyak idea nak share kat blog ni... what ever...............






Saturday

Nantikan Perubahan pada 2012 :)) InsyaAllah

Riena Haiqal | 11:33 am |
InsyaAllah tahun ini adalah tahun terakhir untuk Riena mendedahkan aurat Riena...
Harus kooo Riena nak tutup aurat sebab dah jadi isteri orang dan dah punya anak.. So Riena nak gak tunjukkan contoh yang baik pada Haiqal.. Tak gitu uolz...
So sehabis mungkin dan berhempas pulas la Riena untuk bergaya sakan sampai ujung tahun ni dengan rambut yang terdedah sana sini... Tahun depan dah takder dah nak dedah itu ini... Insyaallah...
Dah buat perancangan dah nak tutup aurat sedikit demi sedikit bermula pada tahun hadapan sebab dah banyak dah pengajaran2 yang Riena dah lalui semasa Riena mendedahkan aurat ni.. Riena takut gak dengan azab nanti. Nauzubillah.. 
Lepas ni Riena nak usha2 shawl2 yang sesuai dengan Riena.. Semoga tiada halangan untuk Riena berubah kepada kebaikan dunia dan akhirat... InsyaAllah.. :))






Thursday

Preparing for befday Hubby n Haiqal 7 month :)

Riena Haiqal | 4:08 pm |
Minggu depan befday Mr. Hubby la.. Alahai tak dapat cuti la pulak masa tu so terpaksa la ditunda ke 26 haribulan.. Harap2 Mr. Hubby dapat pulang sekejap sebelum OT kat LISC.. 27 arybulan pulak takleh sebab kitorang nak p Labuan International Sea Sports Complex  (LISC)... ada keramaian kat sana so nak bawa Haiqal jalan2 sambil cuci2 mata tengok gerai2 dari KK... Huhuhuuhuhu
Yippeeeee, tak sabar rasanya nak bagi surprise kat Mr. Hubby...
Uolz semua pun sabar k.. Nanti Riena snap la apa yang surprise sangat tu k... 








Monday

Bila Ibu, Papa & Haiqal beraksi di Pantai.. :P

Riena Haiqal | 4:15 pm |
Inilah hasilnya bila Ibu, Papa & Haiqal dah ke pantai... 
Riena cuti masa hari sabtu tu sebab ada hal la sikit. so petang tu takder keja dah nak buat, Riena bawa la Haiqal n papa pegi pantai sekejap...
Uolz see la sendiri k...





























Ni dah sampai umah... Muka kepenatan sedangkan dia tak jalan pun. kena dukung jer... yang kiter dah tercungap2 ni slamber jer.. hahahahahaha







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa