Selamat tinggal sahabat..
Dulu tak kira apa yang berlaku pada Riena atau pun sebaliknya, dikau sentiasa menyokong Riena... Sama juga seperti Riena.. Kita dah berjanji takkan putus sahabat walau apapun terjadi..
Namun masa dan keadaan telah merubah segalanya.. Kini Riena seperti tidak lagi mengerti siapa dirimu... Riena sedih dengan apa yang berlaku namun Riena pasrah sekiranya inilah takdir DariNya.. Terima kasih sahabat kerana pernah menjadi Teman, Sahabat dan kawan selama ni... Biarpun Riena sedih namun Riena tetap akan meneruskan perjalanan hidup tanpamu lagi sahabat... Riena masih ada teman dan sahabat baik yang selalu akan berada di sisi Riena iaitu Suami dan anak Riena.. itu lebih baik.. kerana itu keluarga Riena dan Riena akan hargai mereka seadanya...
Sekiranya dikau membaca entry ini, Riena ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata dan menyinggung perasaan selama ni..
Biarpun rasanya baru sahaja perkenalan dan persahabatan kita, namun Riena tetap akan hargai semua yang telah kita kongsikan bersama.. Semoga selepas ini Riena akan terlebih berhati2 memilih sahabat... :'(
No comments:
Post a Comment
جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.