Wahai ibu-ibu yang tengah mengandung sekarang ni meh sini aku share ngan korang semua petua2 yang perlu korang amalkan semasa mengandung dan selepas mengandung.. Aku pun ada gak amalkan benda ni so senang gak la proses bersalin, InsyaAllah..
Kelapa (Cocus Nucifera)
bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sukar melahirkan kerana jalan lahir yang sempit atau sebagainya, bolehlah memasak kelapa hingga menjadi minyak. Minyak ini disapukan pada jalan lahir bagi mengelakkan luka yang besar semasa melahirkan. Minyak kelapa atau nama sainsnya Coucs Nucifera dari keluarga Palmae sering digunakan juga sebagai minyak selusuh.. >> tapi aku hari tu guna minyak selusuh dari tebuni kucing... mentua aku yang bawa dari kampung... Minyak gak la...
Jintan manis (Pimpenella anisum)
Setiap wanita pasti akan melalui kesakitan ketika melahirkan anak. Namun ada beberapa cara yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kesakitan itu. Jintan manis atau nama sainsnya Pimpenella anisum yang mengeluarkan buah, bunga dan daun yang berbau harum boleh menghilangkan loya dan perut kembung. Ia juga mengandungi kesan oestrogenik yang digunakan untuk menambah susu ibu dan mengurangkan kesakitan semasa melahirkan anak... >> ini aku pun tak try gak sebab masa melahirkan Haiqal air susu aku memang cukup banyak.. tah yah nak pump2 lagi. Lepas jer Haiqal dah dibersihkan oleh nurse terus jer aku kena suruh bagi breastfeeding kat Haiqal n syukur sebab Haiqal tak der masalah nak menyusu..
Selepas kelahiran bayi
Berbagai tumbuhan boleh digunakan bagi tujuan mandian untuk ibu-ibu bersalin. Setiap tumbuhan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Mandian penting untuk melancarkan peredaran darah, mengembalikan kesegaran badan dan membersihkan badan dari segala kotoran.. >> betul tu.. sebab masa aku berpantang dulu, memang setiap 3 hari, 7 hari, 14 hari dan 44 hari aku akan dimandikan dengan daun2 yang sangat2 harum (daun2 terpilih jer) oleh bidan kampung..
Proses Mengurut
Mengurut adalah amalan penting dalam berpantang. urut turut memperkemaskan anggota dalaman dan memperkemaskan perut. Perut adalah bahagian yang amat penting kerana semua penyakit bermula dari perut. Kaedah pengurutan hendaklah disertai dengan penggunaan minyak urut. Minyak urut tradisional yang sering digunakan oleh bdan-bidan dalam kerja mengurut adalah buatan sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati. Bahan-bahannya ialah halba, sebuku halia, sebuku kunyit, bawang putih dan bawang merah. Kesemua bahan ini ditumbuk dan dimasak atas api sehingga mendidih. Apabila sejuk minyak itu hendaklah disimpan di dalam botol bagi memastikan kesegarannya.. >> BTW, aku tak tahu pula minyak yang digunakan oleh bidan yang mengurut aku tempoh hari.. hehehehehe.. tapi memang sedap jer baunya...
Bertungku dan bertangas
Daun Inai (Lawsonia Terma)
Bertangas seperti juga bertungku iaitu bertujuan untuk mengecutkan peranakan dan mengeringkan luka2 jahitan.Ramuannya ialah asam keping, garam, sirih, daun inai atau nama sainsnya Lawsonia Terma, sebuku halia dan 5 biji manjakani.. ramuan ini boleh juga dicampur dengan daun keman malu. Bahan-bahan ini direbus untuk bertangas.>> aku dulu bertungku menggunakan kaedah kampung iaitu menggunakan bata yang dipanaskan kat api selama 1 jam la kalau tak silap. Mr. Hubby yang panaskan masa tu.. Lepas jer panas bata tu balut dengan kain tebal2 la supaya tak rasa panas yang boleh membuatkan perut korang masak... Almaklumla bata tu kan dah panas.. so lepas jer korang balut dengan kain yang dah sesuai kepanasannya, korang letak la kat peranakan korang (bahagian bawah perut la).. supaya darah lepas bersalin tu cepat beku dan peranakan korang jadi kecut seperti biasa..
Menambahkan Susu & Mengurangkan bengkak pada Susu
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah bengkak di payudara selepas bersalin perlulah diubati segera kerana ia boleh menyebabkan gangguan emosi pada ibu dan boleh mengakibatkan demam panas yang berlarutan. Caranya ialah dengan menumbuk bayam dan dicampurkan dengan sedikit kapur kemudian disapukan disekitar payudara. InsyaAllah bengkak itu akan beransur pulih.. >> lagi satu cara yang paling mudah yang nurse ajar kat aku, gunakan tuala bersih dan rendamkan di air panas / suam lalu letak kat payudara kita supaya susu beku kat dalam payudara kita tu jadi cair dan sediakan la bekas untuk kita tadah air susu kita yang keluar dari puting susu dan lepas tu perah payudara tu dengan tangan kita sendiri.. maksud aku kita urut payudara kita ke puting tu untuk keluarkan air susu yang beku tu.. Memang lepas jer letak air panas kat payudara tu lega jer rasanya sebab tak sakit dah.. Tapi masa aku lepas bersalin dulu wow, payudara aku memang besar, bengkak dan sakittttt sangat2.. sebab banyak susu beku kat dalam.. So rasa keras jer n sakitt yang teramat sangat sampai nurse pun KAGET.. rasa nak demam jer masa tu sebab aku mengalami bengkak tu sampai la Haiqal berumur 3 bulan sebab terlalu banyak air susu.. tak yah nak beli2 susu dah.. jimat sikit.. hehehehehehe... tapi masa keja tu Tuhan jer yang tahu sebab bengkak nye ya ampun punyala sakit.. tah leh nak sentuh..
Note :: sori ar tak teratur petua2 ni.. harap korang tak pening2 lalat nak baca yer.. aku berharap gak agar petua2 ni sedikit sebanyak membantu korang bakal2 ibu.. Especeli 1st timer cem aku.. Aku dah alami dah... >_<
Aku sajikan korang dengan photo aku masa dalam pantang...
armouris ... thanx for the info gak k..
ReplyDelete