Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

Motorcycle baru

Riena Haiqal | 9:09 am |

Assalamualaikum

Harini dah puasa yang ke 11. Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat.
Jom saksikan kerenah Haiqal bila dia dah ada motorcycle baru.





Friday

tragedi 26.07.2012

Riena Haiqal | 4:24 pm |

Assalamualaikum

Biarpun kepala aku rasa macam nak pecah jer tapi aku gagahkan diri untuk update tragedi ni juga.

26.07.2012 - Seorang maut dan empat lagi anak kapal masih hilang selepas kapal milik MISC (Kapal Bunga Alpinia) yang membawa methanol meletup dipercayai akibat di panah petir berhampiran keti Petronas di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut ditemui dalam keadaan rentung di bahgian dek kapal berkenaan.
Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi anak kapal mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Labuan.


Anak kapal yang terbunuh dikenali sebagai Syahril Azmi Baharudin, dan empat yang hilang adalah Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani (KL) dan seorang warga Filipina, Colangoy.
Alfatihah buat arwah Bob. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


gambar di atas adalah Sebelum dan selepas kapal meletup.


 

 



Gambar di atas adalah semasa kerja-kerja memadamkan kebakaran.



Update :  Seorang krew kapal yang maut dalam kejadian semalam, Sharil Azmi Baharuddin, 28, disahkan maut oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung. Manakala terkini, dua lagi mayat ditemui terapung pada jam 1 tgh hari tadi. Sumber dari Harian Metro.

I'm 5 weeks pregnant

Riena Haiqal | 9:31 am |

Assalamualaikum

Nasib baik tak g keja semalam sebab kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan. Tapi memang ada rasa gegaran dan letupannya..

Semalam aku ambil cuti untuk temujanji Haiqal di Klinik Desa (KD). Alhamdulillah Haiqal sihat walafiat dan takder masalah.. Aku tak sempat nak snap gambar dia sebab takder kesempatan nak snap.. Hero aku ni nak belajar bermain.. memang ada jer gelagat dia main permainan kat klinik tu. Mana dia berebut dengan kawan-kawan dia yang lain nak main mainan kat sana. Adui papa dia pulak best jer duduk main ipad. 
Bila nurse dah panggil nama, check Haiqal.. Nurse geleng kepala sebab nakal sangat. Mula-mula memang takut dengan nurse, tapi lama-lama dia bawa nurse cerita. Hahahaha. Kitorang sendiri tak tahu dia cerita apa. Bila suruh dia pegang mainan memang dia pegang lepas tu dia buang. Habis buku nurse dia tarik. Tak payah nurse tanya dia dah pandai cakap apa, dia sendiri dah cakap "mamam", "papa", "nenen"... paling lucu bila dia panggil aku ibu jadi "Baa".. 

Lepas tu aku terus buat check up untuk sahkan aku pregnant atau tidak. Test Urine, memang positive aku pregnant. Dan nurse sahkan kandungan aku dah 5 minggu 3 hari. Haiqal dah nak dapat adik. 

Ni buku baru untuk new baby. Nasib baik kali ni HB aku normal dan nurse suruh aku banyakkan makan bayam dan daging.. Dahlah aku ni tak pandai makan daging.

Ni ubat yang aku kena makan tiap-tiap hari. Adui, banyak tu.. Masa aku mengandungkan Haiqal, memang aku tak nak makan ubat-ubatan ni. mesti muntah.
Haiqal kata, Ibu kena makan semua ubat ni tau sebab baik untuk adik Haiqal... Haiqal dah jadi Model yang tak berbayar untuk pegang ubat ibu.



Semenjak dia nak ada adik ni, manja dia kat aku memang sangat-sangatlah manja.. Ibu tetap sayang Haiqal.

Tuesday

Aku.....

Riena Haiqal | 1:46 pm |

Assalamualaikum
 


Arghhh, pening, penat dan loya jer aku rasa akhir-akhir ni. Nak update blog aku ni pun aku tak larat sebab mula lah aku rasa nak pitam kalau berhadapan dengan komputer ni.

Apa-apapun aku tetap puasa macam biasa. 

Itu jer yang aku nak cerita.. Bye

Thursday

KHAS UNTUKMU

Riena Haiqal | 4:41 pm |

Assalamualaikum

Lagu ni khas untuk korang. Cuba click SINI.
Untuk para suami yang romantik bila isteri marah tunjukkan lagu ni pada dia. Tapi taip nama dia dulu tau..


Salam Ramadhan.. (^_^)


P/S :: lepas taip nama seseorang tu (tapi pastikan ringkas dan pendek yer nama tu), kena tunggu lama sikit sampailah gambar seperti di bawah ni hilang.. Sabar lah yer tapi hasilnya memang lumayan.. (^_^)




Wednesday

Video lagi

Riena Haiqal | 12:48 pm |

Assalamualaikum

Nah, aku letak video Haiqal lagi.. Aku pun baru perasan aku ada rakam rupanya.




Ini jer yang mampu aku update untuk hari ni sebab dalam bulan ni sibuk jer memanjang. Kapal offshore dah sampai kat perairan Labuan.

Sori salah letak video tadi..  sekarang dah betul dah. Aku p letak video orang nikah la.

Tuesday

bersin ala Haiqal

Riena Haiqal | 12:06 pm |

Assalamualaikum


Anak manja ibu.. Kalau ibu ada mesti nak minta dukung jer.

Syukur Alhamdulillah.. (^_^)

Saturday

Berilah petunjuk

Riena Haiqal | 11:20 am |

Assalamualaikum

 

Amin Ya rabbal Alamin

Friday

Macam-macam aksi

Riena Haiqal | 2:21 pm |


Assalamualaikum
Lupakan sejenak kisah hidupku.. beri laluan kepada si penghibur dan sicomelku beraksi di blog ini. (^_^)

Dia happy dapat main massage wunder. Tak tahu benda apa tu. Jap aku tunjukkan kat bawah ni.
Haaa, benda ni macam nak buat pukul-pukul telur tapi bukan yer. Fungsi dia adalah untuk mengurut atau menggaru kepala. Hujung dia tu besi kecil-kecil sebab tu mula-mula aku tak bagi dia main. Tapi dia marah jadi aku bagi jerlah disamping tu aku perhati juga.

Hah, yang ni dia nak tutup telinga sebab nenek dia tengah mesin rumput kat halaman rumah. Dia tak suka dengar bunyi bising. Tapi orang tutup kat telinga dia tutup kat bahagian pipi.

Yang ni dia tengah merajuk kat aku. Tapi tetap nak baring kat pangkuan aku kan. Tak malu nak merajuk tapi tetap nak dekat dengan ibu.
Lepas merajuk dia nampak aku ambik gambar dia, tu sebab jadi macam ni. Silau akibat flash dari kamera.

Bila dah tak larat nak pujuk, aku bawa dia turun bawah untuk jalan-jalan di sekeliling halaman rumah.

Berkerut dahi sebab kepanasan. Tapi tetap nak main. Layan kan ajer.

Bila malam dah wangi-wangi lepas mandi, aku suruh dia buat aksi comel. Ini yang dia bagi kat aku. Siap kecilkan mata lagi. Senyum nampak gigi yang tak seberapa tu. Dah tu nampak kecoklatan kat gigi sebab tengah makan biskut.


Percayalah bahawa kami lebih bahagia berdua. 

Fitnah

Riena Haiqal | 8:58 am |

 

Jangan menilai diriku kerana harta dunia. Binasalah keluargamu seperti mana kau pernah membinasakan dan menfitnah kehidupanku. - dari Riena & Haiqal


"…dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..- Surah Al Baqarah ayat 191

Kadangkala kita mendengar sesuatu situasi dari satu pihak sahaja dan kita akan merumus serta membuat andaian kita sendiri sedangkan kita tidak tahu sama ada situasi yang kita dengari adalah reality atau anyaman bahasa semata-mata. Maka, bermulalah kata-kata dan berita yang tiada asal usulnya. Itulah yg membawa kepada fitnah. Sama ada sedar atau tidak, itulah yang berlaku pada diri kita. Dan yang tidak sedari, kita menyangka perlakuan kita itu adalah betul tetapi ia adalah salah disisi Islam. Di mana letaknya akal yang Allah berikan untuk menilai sama ada situasi itu benar atau rekaan?.. Sekiranya kita menganggap isu itu adalah besar, dan harus untuk kita ketahui, maka selidikilah dulu dan cari kebenarannya. Bukankah sia-sia untuk kita mengada2kan fitnah dam mengumpul dosa?..Manakala pihak yang kita benci itu mendapat pahala?..

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " -Surah Al-Imran ayat 139.

Terima Kasih kepada si "Fitnah"..

Thursday

SENDIRI ITU TERAPI

Riena Haiqal | 11:50 am |

Assalamualaikum


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Credit to : iLuvisLam

Renungan

Riena Haiqal | 9:37 am |

Assalamualaikum
 

 

Wednesday

sibuk atau penyibuk..

Riena Haiqal | 12:05 pm |

Assalamualaikum

huh.. tersangat sibuk lah. Kejang jari jemari nak tulis satu persatu borang ni. #pitamsekejap#


Napa tiba-tiba aku letak gambar di atas?Yang sibuk tu aku.. tapi yang penyibuk tu..... itu tandanya kat sini ada spesis yang suka sangat menyibuk hal aku. Aku hargai sangat-sangat kalau yang sibuk tu hal-hal yang berlaku kat pejabat ni juga. Tapi ini sampaikan hal-hal peribadi aku pun nak sibuk. Tolonglah.. 

Contohnya, aku guna alamat pejabat ni untuk daftar di SPA 8. yelah kalau guna alamat rumah aku, ntah tahun bila la akan sampai agaknya.
Baru-baru ni aku terima lah satu surat URUSAN KERAJAAN yang mana aku dapat Interview untuk jabatan kerajaan. Aku belum buka mereka dah sibuk-sibuk suruh aku buka dan nak tahu isi di dalamnya. Aku duduk kejap lepas tu aku buka dan korang mesti tahu kan apa yang akan terjadi...

Ya.. dia serbu aku dan nak tengok apa yang aku dapat. tak cukup sorang, sorang lagi yang datang. Kalau setakat disitu saja ceritanya tak per..
Belum lagi habis... Kecoh la dorang buka cerita besar-besar tentang benda ni. Kononnya aku tak lama lagi nak resign. sapa yang nak ganti tempat aku.. kononnya sementara tunggu staff baru biar dia yang ganti aku..
Helooooo... bila masa aku kata aku nak resign? Dapat pun belum pasti lagi.. 
Dahlah staff baru ada hati pulak nak ngada-ngada.. Nak naik kepala pulak..

Tekanan la.

Monday

Weekend

Riena Haiqal | 12:08 pm |

Assalamualaikum

Hari ini memang aku sangat-sangat sibuk sebab nak renew passport crews company. 
Nampak tak betapa banyaknya passport di atas meja aku tu.. Nampak kertas kat bawah dia tu, itulah senarai nama crews tu.. Aku nak kena isi borang Immigration lagi untuk semua tu.. Mak ai, mau tegang jari jemari aku nak tulis satu-satu... 

Tapi bukan itu sebenarnya yang aku nak cerita. Kita lupakan tentang kesibukan aku buat sementara waktu sebab aku nak ambil tenaga dulu sebelum buat semua tu.. Rasa macam nak pitam pun ada.

 Nama saya Otan.. Nama penuh saya orang utan. Saya kawan baik kepada budak nakal kat bawah ni.
 
 Bila Haiqal sibuk tengok cartoon dia, dia terus lupakan saya. Dia langsung tak bawa saya tengok cartoon sama-sama.
Tapi bila saya merajuk, dia akan pujuk saya dengan korek hidung saya. Sakit la.. 
Dah, dah tak payah nak berdialog sangat. Itu kejadian masa awal pagi bangun jer dari tidur memang itulah kerja dia.
Tengahari pulak kami anak beranak termasuk MIL aku jalan-jalan cari makan. Sambil tunggu makanan kami siap, kami bawa la Haiqal ke taman permainan ni. Tengok la aksi-aksi dia.


Eh ibu sibuk nak interprem tau.. Tak malu...



Dah la Haiqal, jomlah kita balik sebab ibu dan papa memang tersangat-sangat lapar ni..
Kat dalam kereta, Mr. Papa boleh pulak berdialog dengan aku

Mr. Papa : Nak tengok hp ibu jap. 
Aku : Apsal?
Mr. Papa : nak tengok ada ka tidak gambar papa disini.
Aku : Aduyai.. K lah.. jom tangkap gambar 

Bila dah tangkap gambar berdua, dia pulak lebih-lebih nak bergambar yer. Tanda protes ke apa tu?

Haiqal dah mengerutkan dahinya tanda tak puas hati. 


Tangan ibu menyibuk sekejap.
Ok itu jer nak cerita sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa