Jangan menilai diriku kerana harta dunia. Binasalah keluargamu seperti mana kau pernah membinasakan dan menfitnah kehidupanku. - dari Riena & Haiqal
"…dan (ingatlah bahawa
angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..”- Surah Al
Baqarah ayat 191
Kadangkala kita mendengar sesuatu situasi dari satu pihak sahaja
dan kita akan merumus serta membuat andaian kita sendiri sedangkan kita tidak
tahu sama ada situasi yang kita dengari adalah reality atau anyaman bahasa
semata-mata. Maka, bermulalah kata-kata dan berita yang tiada asal usulnya.
Itulah yg membawa kepada fitnah. Sama ada sedar atau tidak, itulah yang berlaku
pada diri kita. Dan yang tidak sedari, kita menyangka perlakuan kita itu adalah
betul tetapi ia adalah salah disisi Islam. Di mana letaknya akal yang Allah berikan untuk
menilai sama ada situasi itu benar atau rekaan?.. Sekiranya
kita menganggap isu itu adalah besar, dan harus untuk kita ketahui,
maka selidikilah dulu dan cari kebenarannya. Bukankah sia-sia untuk kita
mengada2kan
fitnah dam mengumpul dosa?..Manakala pihak yang kita benci itu mendapat
pahala?..
" Janganlah kamu bersikap lemah,
dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " -Surah
Al-Imran ayat 139.
Terima Kasih kepada si "Fitnah"..
uiks riena...sabar banyak2 dear.. kamu sedang diuji skrg ni..Allah itu maha adil dan maha mengetahui..moga riena dan keluarga diberi rahmat olehNya... amin
ReplyDeleteMama Isha :: terima kasih dear.. :) semoga Allah melindungi saya dan anak saya.. saya redha dengan ujian yang telah diberikan kepada saya.. :)
Deletefitnah memang perkara yang keji.
ReplyDeletesentiasa memohon perlindungan daripada Allah..
Semoga saya dan anak saya (Haiqal) sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.
DeleteTerima kasih Man. (^_^)
kan baik kalau sentiasa berprasangka baik sesama manusia
ReplyDeletebetul tu.. ntah kenapa perlu menfitnah keluarga sendiri hanya untuk memporak perandakan..
DeleteNda apa riena...doa org yg teraniaya tuh makbul...dun worry,Allah maha adil.
ReplyDeleteYM :: hanya padaNya aku berserah.. semoga Allah melindungi aku dan anakku..
Deletesyukur Alhamdulillah atas segala kurniannya.. walaupun dni punya gaji tak setaraf dengan kelulusan, dni redha.. kerja apa yang senang je wat masa ni.. nak lebih masa dengan suami.. :)
ReplyDeletezie paling benci dgn penfitnah taw. riena sfamily sabar byk² ek. ALLAH SWT maha adil
ReplyDelete