Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Thursday

SENDIRI ITU TERAPI

Riena Haiqal | 11:50 am |

Assalamualaikum


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Credit to : iLuvisLam

14 comments:

  1. Alhamdulillah.. Allah sentiasa bersama kita... kalau kita berzikir, beristighfar, baca ayat suci al-Quran... InsyaAllah kita akan rasa Allah tu dekat dengan kita )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dni :: InsyaAllah.. Allah sentiasa disisi kita

      Delete
  2. insyallah , jike kite 'ingt' DIA... DIA akan ingt kite


    salam kenalannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal...

      sama2lah kita sentiasa mengingati Dia.. (^_^)

      Delete
  3. sesekali sendiri mmg best tapi tak nak sll bersendiri,..selagi hidup..mau ditemanai selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Mia :: hehehehhehehe. keluarga adalah peneman kita

      Delete
  4. kadang2 bersendirian itu lebih baik kan...lebih tenang dan aman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... ada ruang utk memperbaiki kesilapan kita... (^_^)

      Delete
  5. Biarpun kita sendiri, hakikatnya kita tidak pernah sendiri sebab Allah selalu ada bersama kita, :-)

    ReplyDelete
  6. kadang2 dlm kehidupan mmg kita kene ada ms utk bersendiri..
    apa pun moga kita semua sentiasa dibawah rahmatNYa.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarpun kita bersendiri namun hakikatnya Allah selalu bersama kita.. Selalu lah kita mendekatkan diri kepadaNya.. (^_^)

      Delete
  7. kita tak pernah sendiri sbb kita ad Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah selalu bersama umat2Nya.. (^_^)
      kita hanya perlu YAKIN

      Delete

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa