Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

pusing² satu bandar, tetap gak tak jumpa benda penting ni...

Riena Haiqal | 4:44 pm |

Assalamualaikum

Huh, penat gak ar jalan² pusing satu bandar tapi tak juga jumpa benda ni.. basah jer seluruh badan (termasuk armpit I ok)..tak senonoh langsung ar aku ni.. sori ar korang sebab ada perkataan yang agak tak menyenangkan kat situ...  tapi itulah kenyataan nya utk menunjukkan bahawa diriku betul² dah penat..
Korang nak tahu apa yang aku cari tapi tak jumpa lagi tu.. asyik tak jumpa saja.. lepas tu mesti nak minta tolong kat orang lagi.. huh.. slacker betul ar kau Riena.. Sempoi ar korang jangan ar marah²...
Ni hah.. bedak Pixy ni... Aku tersangat² nak gak benda ni...huaaaaaaaaaaa
tapi aku still tak jumpa tadi.. Ada gak jual kat satu kedai tu, tapi dia cuma ada Yellow Beige yang sangat² gelap dan tak sesuai ar.. aku nak Natural white la.. Sedih lagi ar kalau macam ni... Tudung dah jumpa dah dan dah rembat dah sehelai dua, tapi yang ni lagi nak cari tapi tak jumpa..
Mana nak cari benda penting ni... kalau tak der ni aku tak nak ar keluar rumah.. huahuahua.. geli aku dengan ayat aku sendiri tu... 



Thank You For Reading

Tema hari ni adalah HAIWAN...

Riena Haiqal | 11:57 am |

Assalamualaikum

** Tudung Si Kuda Belang **

Fesyen untuk hari ni yer anak² sekalian... Bertemakan "Haiwan tak dipelihara".. 
Kuda belang yer anak².. yer kuda belang...

Kalaulah aku lalu kat depan mereka ni, for sure mereka akan anggap aku ni seperti mereka... Sambil nyanyi² Kudaku lari gagah berani... bangganya aku jadi kuda belang.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... nehi hei...(Nangis sambil hentak² kaki)...


Thank You For Reading

Monday

Hello kopi ka milo :)))

Riena Haiqal | 4:05 pm |

Assalamualaikum
Merah menyala ar aku hari ni... confident gitu.. huahuahua

Huh setelah seharian bz dengan keja² yang tak juga berapa nak banyak, akhirnya aku dapat gak nak update blog aku... hahahahahaha (ketawa dengan bangga, rasa nak tampar jer)...
Haritu kan aku ada bagitau korang yang aku tengah mencari tudung syria plain.. Tekan SINI.
Tup tup masa kitorang kat rumah mentua aku, adik ipar aku bagitau ar yang dia ada survey² kat bandar Ujana Kewangan kat Labuan ni dan dia nampak ar tudung tu ada jual kat satu gerai nama dia UMI Enterprise kot.. Tak sabar ar nak g tengok sendiri dan terus nak rembat sehelai dua.. hua hua hua...
Cuti hari Wilayah ni akan aku gunakan sebaik yang mungkin untuk bershopping moping sakan membeli tudung disamping membeli keperluan baby Haiqal... hahahaha
asyik ketawa jer dari tadi.. sebelum aku ketawa lebih², sampai sini dulu ar entry aku k.. See ya

Thank You for Reading


Saturday

NAK CARI TUDUNG SYRIA PLAIN.. TOLONG AR

Riena Haiqal | 9:33 am |

Assalamualaikum

Selamat berhari sabtu dan berhari minggu korang... Nak ucap sekali jer sebab esuk kan cuti so tak dapat ar nak wish korang selamat berhari minggu... an an an... 
Berbalik kepada TAJUK BESAR aku (sebelum aku berhujah panjang lebar atau lebih mudah aku kata lari tajuk)... dah puas ar aku cari tudung syria plain ni kat gerai²  WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN ni tapi aku tak jumpa ar... ataupun mata aku yang dah rabun or buta...
Aku frust menonggeng giler ar sebab dah pusing² seluruh gerai jual tudung tu, berpeluh² gak seluruh badan tapi tak juga jumpa... Yang ada pun warna hitam putih belang².. nak tak nak aku beli gak sebab nak kasi puas hati aku.. Tapi balik umah, aku try ar pakai, huh rasa semacam jer muka aku... lepas tu aku tengok ar kat almari baju aku sambil kerutkan dahi aku tanya kat diri sendiri, nak padankan dengan baju apa ni tudung kuda belang ni... bagi kuda belang pakai pun sah² kuda tu pun tak nak pakai...
Ni ar bentuk tudung yang aku tersangat² nak cari tapi tak jumpa.. kalau bole nak warna ni atau warna hitam.. taknak ar belang² lagi... aku bukan kuda belang..


Thank You For Reading

Friday

eyebag yang ku dapat akibat tak nak tidur tadi.. Mr. Hubby punya pasal la tu ajak chat kat FB...

Riena Haiqal | 2:45 pm |

Assalamualaikum

image by Google Search

Huhuhu.. Mata aku dah terasa macam berat sangat nak di buka... Nilah akibatnya kalau tak rehat waktu rehat tadi.. Asyik nak menghadap FB lepas tu chatting dengan Mr. Hubby.. macam tak leh jumpa kat umah jer nak sembang kat FB... menci ar dah dapat eye bag ni. 
Nak tidur puas² ar malam ni... biar lenyap terus si mata sembab ni... huduh ar mata ni... 

Thank You


Baby Haiqal dah 9 bulan hari ni... semakin besar dah anak ibu

Riena Haiqal | 9:32 am |

Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik hari ni dah 9 bulan dah umur Baby Haiqal..
Memang tidak dapat dinafikan bahawa saat² paling indah dalam hidup adalah setelah bergelar seorang ibu.. 
*
*
InsyaAllah, Aku dan Mr. Hubby @ papa akan sentiasa mendidik Baby Haiqal dengan sebaik yang mungkin agar menjadi manusia yang soleh serta taat pada Ibu bapa dan agamanya.. Amin Ya rabbal Alamin.. 


Thank You

kaulah permata hatiku selamanya..

Riena Haiqal | 12:23 pm |

Assalamualaikum

Hujan² ni membuatkan kepala otak aku ligat jer nak mengupdate blog yang sengal ni... hahahahahaha... dah la aku mengantuk sangat so korang layan la apa yang aku nak sajikan korang di tengahari ni k... 
Aku sebenarnya nak share ngan korang hari-hari tumbesaran Haiqal.. hehehehee... sedar tak sedar sekarang umur dia dah 8 bulan wooo.. 

Ni masa masih kat dalam peyot lagi... 
1) scan 14.02.2011 (see masih kecil jer kepala dia kan)
2) scan 18.02.2011 (cepat jer membesar si comel kat dalam tu)
(kalau di lihat pada tarikh yang sebetulnya, due date aku 15.06.2011.. Tapi Allah lebih mengetahui segalanya dan Haiqal lahir pada 27.04.2011.. (Masa tu masih 7 bulan)..
Syukur Alhamdulillah, baby sihat walafiat...

Ni masa aku dah bersalin dah... Kat atas tu untuk aku dan yang kat bawah tu utk baby aku..

Ni lah wajah kesayangan ku masa baru berumur 3 hari... Masa ni tinggi sangat kuning dia... tulah nampak gelap dan merah..
5 hari... 

6 hari.. 

10 Hari.. comel jer macam papa dia.. 

16 Hari... :)

22 Hari... 

23 Hari

26 hari

27 Hari

28 Hari

1 Bulan sudah masa ni...

ni masa kat hospital.. last check kuning dia... 

alolololo anak ibu ni... ni masa 1 bulan 1 hari..

Yang ni masa umur dia 1 bulan 2 minggu... ada jer gaya dia..

Yang ni masa umur dia 2 bulan.. aku dah start keja balik masa ni.. 

Ni masa umur dia 3 bulan.. nak raya dah ni... :)


dua gambar ni pulak masa dia dah berumur 5 bulan.. makin manja sangat..

6 bulan orede

7 bulan dan makin nakal... 

hah, ni 8 bulan... nampak tak kenakalan dia? bos kecil kitorang ni tau... merangkap anak manja yang tersangat manja kat ibu dia...

Thank You

mak ai... mana pegi nya email aku yang lain.. :(

Riena Haiqal | 10:46 am |

Assalamualaikum

Aku kecewa ar sebab pagi ni sekali aku buka email aku (khas dari company), wah abiz semua ilang ntah kemana.. hanya tinggal email yang aku receive semalam jer... banyak nye email yang penting yang belum aku update lagi.. mamposs ar kalau macam ni...


Tinggal 14 item jer kat dalam inbox aku.. mana yang lain.. arggghhhh... 
Minta nyawa, minta nyawa.. nak nangis rasanya dah ilang semua ni.. :(

Nak nangis macam ni ar kalau gitu... rasanya bos rasa kesian ker atau rasa nak tendang yer? huhuhuhuhuhuhu


Thank You


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa