Assalamualaikum
Pagi ni ada ceramah dan demonstrasi "anemia semasa hamil" di Klinik Desa Batu Manikar, W.P Labuan. Aku gi dengan Haiqal. Ada demonstrasi cara masak hati. Bau memang sedap tapi aku tetap tak selera nak makan hati ni..
Masa nak balik ke rumah tu terfikir gak nakbawa Haiqal gi bandar jap dan sempat gak aku ambil surat kat Office lama. Dah berkurun dah sampai kat office tapi baru sekarang aku free nak ambik. Huaaaaa macam lah sibuk sangat kan.
Surat ni kiriman dari si gojes Mama Mia. Ingatkan surat biasa-biasa jer. Tapi aku perasan ada bau yang harum jer.
Siap ada nota comel untuk aku. Aku suka tengok tulisan Izan Mama Mia ni..Aku dapat pemberian ni sebab aku selalu komen kat entry dia. Memang best dan terhibur kalau baca entry di blog dia. Tak caya ker? kalau tak caya gi lah terjah sendiri.. Memang aku terhibur bila dia cerita tentang anak dara dia si Mia yang comel lagi gebu tu...
Tadaaaaaa... aku dapat rempah masak hitam dari beliau.. Sedap jew bau rempah ni. Tak sabar nak try masak guna rempah ni.. Cara-cara dia pun ada dibagi tau..
Apa-apapun terima Kasih IZAN MAMA MIA di atas pemberian ni.. Aku sangat-sangat menghargainya..
Okbai... (^_^)