Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

Holiday

Riena Haiqal | 3:31 pm |
Assalamualaikum
 

Tak boleh blah dengan gambar di atas. Mood dah pun terbang melayang nak bercuti. 
Selamat bercuti pada korang semua. Aku akan bercuti selama 5 hari dan akan berhoneymoon bersama keluargaku yang tercinta (Aku, Mr.Papa dan Haiqal si hensem boy). Selama 5 hari tu juga lah blog aku dan sesi komen mengomen aku di blog korang semua akan senyap seketika. 
Tapi Start jer kerja nanti, aku akan terus terjah blog korang dan akan aktif la komen mengomen aku seperti sedia kala.

Buat warga Sabah, aku nak ucapkan :-

Buat Warga Sarawak, aku nak ucapkan :-

 
  long life, health and prosperity.

 List-list yang telah aku buat untuk cuti ini :-
  • Tiket ferry Express -> Labuan - Menumbok [DONE]
  • Tiket Bas Express -> Menumbok - Kota Kinabalu [DONE]
  • Hotel [DONE]
  • Packing baju Mr. Papa [DONE]
  • Packing baju diri sendiri [DONE]
  • Packing baju Haiqal [DONE]
 Ada lagi kekurangan sebenarnya. Susu Haiqal belum. Makanan ringan belum. Dan macam-macam lagi.

Monday

"Save Iskandar. Save our son."

Riena Haiqal | 1:46 pm |
Assalamualaikum

Hari ini saya ingin memohon bantuan lagi. Saya memang tidak sanggup melihat bayi yang masih kecil ini menderita kerana sakit yang dialami. Kerana itu marilah kita sama-sama membantu mereka yang amat memerlukan. 


 


Berikut rayuan dikemukakan suaminya kepada rakan di Facebook untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

'Assalamualaikum.

Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.

Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.

pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu  pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.

Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.

Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.

Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.

"Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK"

Kami kecewa dan terus kecewa.

Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak  bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.

Panjangkan kepada HKL,  KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.

Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462'
 
 
Saya percaya bahawa kita rakyat Malaysia sememangnya murah hati,prihatin dan sentiasa saling tolong menolong antara satu sama lain. Apa salahnya kita membantu dan memberi peluang untuk anak ini sihat dan hidup normal seperti kanak-kanak yang lain. 

Kini Iskandar dilaporkan kritikal. 

Untuk maklumat lebih lanjut sila click SINI.

Saturday

Gaya Tidur

Riena Haiqal | 9:49 am |
Assalamualaikum

Entry ni bukan nak ajar gaya tidur yang paling baik atau tak. Tapi ni gaya tidur si budak hensem ni ar. Aku geram jer tengok gaya dia tidur tu. 



Tengah aku siapsiap pakai tudung nak g keja dia best jer masih buat taik mata dia. Tengok tu boleh pulak dia tidur macam tu. Aku tak tahan nak gelak dah ni. Aku gelakgelak nak pecah perut terbahakbahak tetap maintain jer dia tidur macam ni.
Aku tutup aircond baru dengar bunyi dia merengek kepanasan.. Padan muka. Ibu jeles tau Haiqal leh tidur lena macam tu.

Mula-mula dia pakai stokin, tengok-tengok pagi ni ntah kemana dah stokin dia tu... 

Thursday

Tabung Ahmad Sufi - JOM BANTU

Riena Haiqal | 11:50 am |
Assalamualaikum

 

Ini adalah petikan dari mesej salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan berada di sana dan telah melawat adik Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney ....
"Alhamdulillah, sy dapat melawat Ahmad Sufi semalam. Lama juga dapat berborak dgn mak ayahnya. So apparently kes Ahmad Sufi ni sangat2 rare. Ahmad Sufi bukan terkena jangkitan paru2 atau paru2 berair atau apa2 sakit yang biasa. Doktor masih belum dapat mencari apa penyakit sebenar Ahmad Sufi. Mereka masih lagi membuat ujian utk mencari apa sebenarnya penyakit Ahmad Sufi. Ini adalah jawapan dari doktor2 pakar dari hospital kanak2 yang terbaik di Australia. Saya dapat tahu ada di antara kita yang tertanya2 kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa pulang ke Malaysia untuk rawatan. Memang benar rawatan di Malaysia mungkin akan lebih murah, tetapi risiko untuk membawa pulang Ahmad Sufi ke Malaysia adalah terlalu tinggi. Sedangkan banyak ibu bapa risau untuk membawa bayi kecil yang sihat menaiki kereta untuk perjalanan 3 jam, inikan pula nak membawa bayi kecil dengan penyakit kronik yg masih tidak diketahui selama 8 jam dengan kapal terbang. Orang dewasa sihat pun boleh mabuk naik kapal terbang, bayangkan bayi yang mmg sedia sakit. Untuk membawa Ahmad Sufi turun dari tingkat 3 ke tingkat 2, di dalam hospital yang mempunyai banyak doktor pakar, pun mengambil masa sejam, bayangkan bagaimana untuk membawa Ahmad Sufi dari Australia ke Malaysia, menaiki kapal terbang yg mengambil masa 8 jam, tanpa kemudahan medical yang cukup sekiranya apa2 terjadi sepanjang perjalanan. Sanggupkah kita untuk memperjudikan nyawa seorang bayi kecil hanya kerana wang? Saya harap semua orang faham kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa ke Malaysia. Bukan suka2 hati ibu bapa Ahmad Sufi terpaksa berhutang banyak dengan pihak hospital. Mereka hanya buat yang terbaik untuk Ahmad Sufi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama2 lah kita doakan semoga Ahmad Sufi segera sembuh."


Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APRIL 2012. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)

MAYBANK: JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
NO.AKAUN: 516015402261


Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305





 Marilah kita sama-sama membantu meringan kan beban mereka... 
Sangat-sangat sedih melihat penderitaan anak sekecil ini..

Lebih lanjut :: FB : TABUNG AHMAD SUFI

Wednesday

Hero-heroku

Riena Haiqal | 4:04 pm |
Assalamualaikum

Sedang aku masakmasak kat dapur, si hensem ni apa lagi kerja dia kalau tak melalak nak ikut aku buat kerja kat dapur. Dah mula la tu nak buat muka kerut-kerut dan muka minta kesian dia tu. Dia ni kan pantang sikit aku jauh dari dia asyik nak berkepit kat bawah ketiak aku jer. 
Minta tolong la kat adik ipar aku untuk jaga dia kejap. Aku teruskan la kerja aku kat dapur. 

Aku heran gak sekejap apa lah agaknya yang dibuat mereka-mereka kat ruang tamu tu kan sebab diam jer, takkan tidur kot.. 

Eh eh eh, rupa-rupanya sakan pulak korang yer bergambar-gambar bajet retis kat ruang tamu tu. 


 
 Haiqal with Buchu Taty. 

Tengok tu tangan dia.. Aku gigit-gigit la jari-jari montel ni nanti..

 Rambut tu nak terpacak ala-ala papa dia.. 


Bakal Imam muda yang paling muda... InsyaAllah..hohohoho

Geram aku tengok anak aku ni. Aku suka sangat tengok mata dia sebab saling tak tumpah macam mata aku.. Sebab itu jer yang sama dengan aku, yang lain semua ikut papa dia. 


Monday

Cara saya make up

Riena Haiqal | 3:26 pm |
Assalamualaikum

Masa aku tengah membayar di kaunter Supermarket Labuan, kebetulan sangat pada masa tu aku beli span untuk alas bedak. Adalah pulak staff sana tanya pasal make up yang aku pakai. Siap nak minta tutorial la kononnya.. Part yang ni lah aku boleh jadi gelabah sebab selama ni aku main hentam jer. Dia kata muka dia banyak jerawat dan gelap. Dan muka aku nampak licin jer. <memang dia berusaha sangat nak tutup jerawat dia dengan berinci-inci bedak dia sapu kat muka dia dan membuatkan ianya sangat-sangat ketara>
Dik, ko tak tahu disebalik wajah ahkak ni ada juga cik jerawat yang setia sangat tengah menghuni muka ahkak ni. Saja jer tak nak tengokkan ko.

Aku tengok depan belakang kiri kanan, memang tak der orang lain masa tu sebab waktu kerja jadi tak ramai yang turun bandar macam aku ni.
Kesian aku tengok dia yang sangat-sangat rasa sedih dengan diri sendiri jadi aku lepak sekejap kat kaunter tu dan share la dengan dia mana yang aku tahu.

ALAS BEDAK
Dulu ahkak <Gelaran utk diri sendiri.. Rasa diri ni seperti kakak dia> pakai BB Cream dari Silky girl tapi memandangkan stock dah habis jadi buat sementara waktu ni guna Mustika Ratu jer.

 **Google Search**
COMPACT POWDER
Dulu selalu guna MAC Powder tapi sekarang dah tak lagi dah sebab susah nak order-order. Jadi sekarang ni ahkak setia pakai PIXY 2 WAY CAKE COMPACT POWDER sebab kat Labuan ni memang ada berlambak kat kedai-kedai jual bedak ni.

Cara Pakai dia senang jer..
  1. Basahkan span dan sapu PIXY 2 WAY COMPACT POWDER kat seluruh muka.
  2. Kali ni guna span kering pulak untuk sapu bedak PIXY 2 WAY CAKE COMPACT POWDER sekali lagi ke seluruh muka - sapu nipis jer. 
  3. Jangan lupa selalu la cuci span bedak tu supaya bakteria-bakteria tak menghuni kat situ.
 Dah siap dah. Harap sangat dia faham la dengan apa yang aku cakap tu. 








Saturday

Biskut ku

Riena Haiqal | 9:55 am |
Assalamualaikum

Semalam Haiqal makan biskut Tiger. Apa jer orang makan dia pun sibuk nak makan juga. Mengader betul si bulat ni tau.

Tengok tu siap nak telan bulat-bulat biskut tu. Taknak ibu dia minta kat dia jadi dia siapsiap basahkan roti tu dengan air liur dia.Nak lagi jelas jom tengok kat bawah ni.. 


Kalau boleh dengan jarijemari sekali nak masuk dalam mulut. Tamak nya anak ibu yer. Tapi....
Taklama lepas tu nampak la biskut tu kat lantai sebab dia geli kalau dah basah kat tangan dia.

Apa-apa pun ibu tetap nak kata.....





Friday

Masa untuk belajar

Riena Haiqal | 11:28 am |
Assalamualaikum

Pagi-pagi ni mari aku ajak korang tengok apa yang Haiqal belajar tiap pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum tidur. Ni salah satu video yang siap dah aku download untuk dia. Aku tunjukkan video yang ni sebab Haiqal paling suka dengar lagu ni siap boleh menari-nari dan tepuk tangan lagi. Nak lebih banyak boleh la pergi ke SINI


Bangunbangun jer dari tidur dia akan minta aku pasangkan kartun ni lepas tu dia akan duduk diamdiam. Jadi aku senang jer nak buat keja lain dan mandi. Sementara Mr. Papa masih lagi menganyam mimpi indah dia. Sebenarnya banyak dah aku download siap-siap dan masukkan dalam ipad tu supaya tak payah lagi nak buka kat youtube tiap kali nak bagi dia tengok kartun-kartun dia ni.

Kalau tengok kat Youtube, lepas satu video ni habis terpaksa lagi nak tekan video yang lain pulak secara manual muahaha, nak loading lagi mana dia nak tahan tunggu. Alih-alih dia dah merayap kacau benda lain.
Jadi lebih baik download siapsiap lepas tu masukkan jer kat dalam ipad.
Sekarang ni Haiqal dah faham dah kalau kita speaking english dengan dia. Neneknenek dia terpaksalah belajar english juga yer..Pelat bahasa english mereka. Miahahahaha.

Monday

Kamera atau Handphone

Riena Haiqal | 4:56 pm |
Assalamualaikum

Hari ni aku kuatkan hati dan semangat nak tanya korang semua. Walaupun agak malu dan agak tak sesuai sangat tapi tetap juga aku nak tanya.

Kalau korang nak ambil gambar untuk dimuatkan ke dalam blog, korang guna apa? kamera atau handphone? <muka tunduk bawah, mata tertutup malu>
Aku selama ni pakai handphone jer.
 

Ada masa terluang baru aku guna Ipad aku. Itu pun aku malas nak bawa kesana kemari sebab besar gedabak sangat. 


Kamera ni aku jarang guna sebab bateri dia asyik low jer. 


Kamera aku jenis samsung, tapi dia asyik nak low battery jer. Korang ada cara tak nak bagi kat aku kenapa dia asyik low jer? sebab tu lah aku jarang sangat nak guna dia. 

Saturday

Jom bergaya

Riena Haiqal | 12:04 pm |
Assalamualaikum

Tetiba aku tergelak besar bila melihat gambar ni. Tak sangka kecil-kecil dah pandai dah nak bergaya.  Bergaya sangat ker? Kalau sesuai kat diri tu takper.. Ni lebih besar dari diri sendiri.. 

"Clap your hand"..


Kan dah menutup muka sekali tu.. Pantang sangat tengok Mr. Papa guna topi ni, dia pun nak juga. Sekali kitorang bagi dia pakai, ni lah reaksi dia. Suka sangat.. 

Kat bawah ni lagi comel. Sabar jer la aku tengok telatah si comel ni. 




Friday

Terjawab sudah |Metro

Riena Haiqal | 10:39 am |
Assalamualaikum


Sumber :: METRO & Berita Harian Online


Inilah dia gambar terkini bayi tersebut. 

NAMA BAYI NI ADIK FARISHA.
bayi mangsa didera oleh ibu kandungnya,untuk pengetahuan yang pandai letak pic baby coma TERLANTAR DI ATAS KATIL,itu fitnah smata2 
sebab selepas kejadian kami sekeluarga melawat bby ni sihat walafiat cuma baby ni trauma je takut dgn org.....dan yg penting saya org terdekat dengan org yg rakam video tersebut, kerana beliau sedang trauma dengan banyak sangat orang tak puas hati dgn org yg rakam, harap maklum
Sumber : Facebook


Mungkin ramai yang telah tersalah sangka terhadap wanita yang telah merakam kes Ibu dera bayi tersebut.  Terutama aku. Namun tujuannya hanyalah untuk menunjukkan bukti bagi diserahkan pada pihak berkuasa. 

‘Saya rakam untuk dedah’


Mari sama-sama kita dengarkan penjelasan beliau yang aku dapat dari Metro.



Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada Kak Noor kerana telah tersalah sangka dengan tindakan Kak Noor. Rupanya niat akak tu sungguh baik dan sangat-sangat membantu. 

Thursday

Sanggupkah kamu sebagai seorang ibu...

Riena Haiqal | 5:07 pm |
Assalamualaikum

Untuk makluman, kes ini telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dilakukan pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Bayi malang itu dijaga oleh sebuah keluarga dan dalam keadaan baik. Pemantauan juga sentiasa diadakan bagi memastikan keadaan bayi itu. Pihak Kebajikan Masyarakat akan menimbang semula emosi ibu bayi tersebut sama ada dia layak menjaga bayi itu setelah keluar dari penjara bulan  November nanti. 

Setelah melihat dan menyaksikan video ibu dera anak sendiri pada pagi tadi menimbulkan rasa sedih, marah, pilu dan sebagainya dalam diri serta jiwa saya sebagai seorang ibu. Tergamak ker rasanya nak sepak terajang anak kandung sendiri yang masih kecil dan tak berdosa tu?
Saya nak marah anak saya pun saya tak berani nak buatkan dia menangis ini kan pulak nak jentik dia sehingga dia menangis tersedu-sedu. Pilu hati saya melihat video tersebut. Dia masih kecil belum tahu apa-apa.








Saya rasa gambar di atas jelas menceritakan segalanya tanpa saya perlu bercerita lebih panjang lebar.
Saya tak sanggup tengok video tersebut berulang kali sebab sebak hati saya. Kesian sangat-sangat kat anak kecil tu.
Yang merakam video dan yang berada di sekeliling perempuan ni saya tak tahu nak cakap apa. Kalau nak meredakan kemarahan perempuan lahanat ni apsal dia sanggup nak merakam video ni dan tak meleraikan segalanya. Sanggup dia tengok budak tersebut di dera oleh ibu dia.

Hukuman penjara selama 18 bulan tidak setimpal dengan apa yang telah dia perlakukan terhadap anak beliau. Rasa sakit anak tersebut.
Sekiranya dia telah di bebaskan, tidak mustahil untuk dia mendera lagi anak tersebut yang telah menyebabkan beliau dipenjara.
Semoga Allah membalas segala perbuatan terkutuk perempuan ini di dunia mahupun di akhirat.


Terkini :: bayi yang didera ini kini hidup ceria bersama keluarga angkatnya. Syukur Alhamdulillah.

Perancang

Riena Haiqal | 3:10 pm |
Assalamualaikum

Kali ni nak cerita pasal pil perancang. Aku mula makan pil perancang ni masa Haiqal baru berusia 2 bulan (selesai alam berpantang). Nurse KD (Klinik desa) yang sarankan agar mengambil pil perancang ni. Jadi Nurse KD sarankan aku mengambil pil perancang Regulon agar air susu tak kering memandangkan pada masa tu Haiqal masih breastfeed sehinggalah dia berusia 7 Bulan. 

**Google Search**


Lama-kelamaan aku mula perasan akan perubahan badan aku yang semakin susut dan mengecil. 
Aku ajukan permasalahan aku kat Nurse KD tu. Jadi pada 05.03.2012 aku tukar pil Regulon tu kepada pil Rigevidon. 
**Google Search**

Dah dua bulan aku try makan pil ni tapi badan tak pandai nak mengembang cuma berat badan jer yang semakin menaik. Sekarang aku tak tahu nak teruskan atau tidak pengambilan pil perancang ni. Kalau tak ambil nanti, berderet-deret anak sapa yang susah. 

Wednesday

Tak perlu takut

Riena Haiqal | 10:22 am |
Assalamualaikum

Semalam aku dah g buat ujian Pap Smear tu. Perasaan masa tu memang hanya ada perasaan takut jer. Sebelum aku teruskan hujahhujah panjang berjela, masa nak buat ujian tu wajiblah korang bawa kain sarung sendiri untuk kegunaan semasa ujian pap smear tu nanti.. Takkan nak telanjang bulat kan nak g buat check up. 

Sampai jer kat klinik desa (KD) aku pun keluarkan IC aku dan letakkan kat depan kaunter untuk tunggu waktu nak kena panggil. Nurse memang dah kenal sangat dah dengan aku sebab aku kan selalu gak contact mereka kalau ada masalah. 
Beberapa minit kemudian, Nurse yang paling aku suka (sebab dia baik hati dan peramah sangat) panggil nama aku dan suruh masuk. Dia isi borang untuk aku dan lepas tu dia terangkan kepentingan melakukan ujian ni.
Memang pada mulanya aku tak ambil kisah sangat tentang ujian macam ni. Tapi percayalah bahawa ujian Pap smear ni amat penting buat kita para isteri dan para ibu dan selagi ingin bergelar wanita yang sempurna dan bersih wajiblah melakukan ujian ini. Mahkota kita para wanita yang wajib dijaga. 

Nurse sangat-sangat memahami jiwa raga aku yang sedang ketakutan ni. Dia suruh aku tanggalkan seluar dan guna kain sarung jer serta longgarkan baju dalam untuk pemeriksaan payudara. Siap semua tu, aku diarahkan supaya berbaring di katil yang telah disediakan.

 
**Google Search**

Mula-mula dia nak buat pemeriksaan ke atas payudara aku sambilsambil dia terangkan kepentingan pemeriksaan ni dan ajar cara-cara nak buat pemeriksaan sendiri bila dirumah. 

**Google Search**

Selesai bahagian itu, sekarang saat-saat yang menakutkan telah tiba. Nurse minta agar aku buang perasaan takut tu sambil bawa aku ceciter tentang benda lain. Dia suruh aku buka  kangkang besar-besar agar mudah dia nak masukkan speculum dalam rahim aku. 

Inilah dia rupa sebenar Speculum
**Google Search**

Giler aku segan, malu dan takut.. Tak pernah pun aku kangkang depan orang lain selain suami aku selama ni. Tapi bak yang aku kata memang nurse sangatsangat memahami dan minta agar aku jangan takut,malu dan cuba fikirkan benda lain agar tidak terlalu takut. 

Cubaan pertama, mula-mula memang terasa amat sakit. Aku tak kira aku nak jerit sakit juga.. Aku dah buatkan Nurse jadi takut.. 
Cubaan kedua barulah nurse berhasil masukkan ke dalam rahim aku..
**Google Search**


**Google Search**

Akhirnya aku boleh tarik nafas lega setelah semuanya selesai. 
Bak kata nurse, lebih baik sakit sikit untuk pemeriksaan ni daripada sakit selamanya terkena penyakit kanser  tanpa rawatan awal.
Hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk melakukan pemeriksaan Pap smear ni daripada memerlukan berbulan-bulan lamanya untuk menanggung kesakitan penyakit tersebut.

Tuesday

Ujian Pap Smear | Utk Wanita sahaja

Riena Haiqal | 8:48 am |
Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita sikit tentang ujian Pap Smear.. Sebab apa, petang nanti aku akan mengikuti Ujian Pap Smear kat Klinik Desa kat tempat selalu aku dan Haiqal buat check up. First time dalam hidup tu nak buat ujian pangkal rahim ni. Sebenarnya dah banyak kali dah nurse buat temujanji nak suruh buat. Tapi aku asyik lupa. <sebenarnya takut nak pegi>.. Kali ni dengan paksaan Mr. Papa akhirnya aku rela gak. 

Di sini aku nak kongsi juga semua tentang Pap Smear. Sebenarnya aku search jer kat Madam Google ni jadi aku jumpa ar informasi penting mengenai Pap Smear ni. 



Ujian Pap Smear


  • adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.


Apa itu SERVIKS


  • Pangkal Rahim
  • Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesan peringkat ini dengan mudah. 

Siapakah yang perlukan ujian ini

Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini terutamanya :-
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah / lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear

Bagaimanakah ujian ini dilakukan


Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan menggunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan menggunakan kayu kecil (Spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan di ambil dan akan di smear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya di hantar ke makmal untuk diproses sebelum di buat pemeriksaan mikroskopik. 

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.


Sumber ni saya petik dari taman bunga portal.alamhamil.com

Friday

Ku hitung langkahnya

Riena Haiqal | 11:12 am |
Assalamualaikum

Selamat pagi dan salam Jumaat. 

Haiqal sekarang ni tak reti nak duduk diam..Mentangmentang la sekarang ni dia dah pandai dah nak guna kaki dia jadi dia akan gunakan sepenuh masa dia belajar berjalan... Tengok video yang saya paparkan tu, dia lari dari saya sebab tak nak pakai seluar.. Kan dah seksi tu.. 


Thursday

Sambutan Birthday Haiqal | Entry bergambar

Riena Haiqal | 3:02 pm |
Assalamualaikum

berapa puluh abad baru lah saya terupdate ceritera sepanjang sambutan birthday Haiqal pada hari Ahad yang lalu di LISC Labuan. Almaklumlah kesibukan telah melanda diri sebaik sahaja berada di pejabat.

Saya, Haiqal, anakanak buah saya, dan mak saya awal dah sampai ke destinasi semata-mata nak cari tempat yang sesuai <semua tempat dah penuh dah nasib baik la ada lagi satu tempat yang memang takder orang>

Barang-barang makanan ni adik ipar saya dan sepupu dia yang tolong bawa dari rumah Mr. Papa.. Tengok tak kek tengah dipayungkan semata-mata tak mahu terkena bahang matahari..

Ni dia adik ipar saya yang sememangnya comel. 
Kat bawah ni mak mentua saya @ mak Mr. Papa.. 



Mr. papa memang berjiwa kebapaan kerana walaupun sibuk bekerja menjaga elektrik sempena pesta di LISC namun anak lebih penting baginya. Sanggup tinggalkan kerja sekejap semata-mata nak berada bersama kami. 




Ni lah dia birthday boy yang sememangnya nakal pada saat ini. dia tengah merosakkan mainan polis yang dihadiahkan oleh nenek dia. <Mak Mr. Papa>.. Dia siap tiarap lagi kat tikar tu. Baru jer dihadiahkan dah tercabut dah lampu polis tu..

Ni pulak adalah kek untuk si Birthday Boy. Dah cair dah akibat lama berjemur di tengah panas. Kalau diperhatikan ada sedikit kerosakan pada bawah kek. Boleh-boleh pulak Haiqal slamber rosakkan kek dia. Budak nakal.

Birthday boy tengah menunjukkan mainan dia... Suka la tu ada dah mainan baru. Siapla lepas ni memang rosak habis...



Cuba perhati betulbetul setiap gambar dibawah. Ada jer telatah Haiqal yang tak dapat nak dikawal. Ibu dia pulak yang terlebih over nak potong kek. Padahal tangan Haiqal sibuk nak kacau benda lain.




Bersusah payah semua orang nak panggil dia tengok kamera masingmasing.. Ada jer kerenah yang dibuatnya.. Tak percaya jom tengok video ni..



Sampai kat rumah (keesokkannya sebab malam tu saya dan Haiqal tidur kat rumah mak saya) 
lajulaju kumpul hadiahhadiah dari saudara mara dan lajulaju jer kitorang <ibu dan papa> tolong buka hadiah Haiqal.

Kalau korang nak tahu, masa ni Haiqal baru balik dari klinik untuk buat injection 1st Year. Tak der rupa sangat macam lepas kena injection.. Dia nangis pun sebab kitorang pegang tangan dia masa kena injection tu. Lepas tu baik nya dia punya gelak ketawa. Macam tak der apa-apa.. Memang kuat la anak ibu ni.




Hadiah dari kakakkakak saudara Haiqal

Hadiah dari Buchu Tatty. (adik Mr. Papa)

Hadiah dari auntie Dilla. 

Hadiah dari Mr. Papa

Hadiah dari Mr. Papa.

Hadiah dari Kakak saudara Haiqal.

Hadiah dari Kakak saudara Haiqal. 

 Hadiah dari Buchu Ayu.. (Sepupu Mr. Papa)

Hadiah dari nenek (Mak saya)

Akhir nya sekali tengok baju yang Mr. papa dan nenek dia bagi sama la pulak.. Hikhikhik

Sampai sini dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih pada saudara mara yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan lagi sambutan hari jadi Haiqal.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa