Untuk makluman, kes ini telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dilakukan pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Bayi malang itu dijaga oleh sebuah keluarga dan dalam keadaan baik. Pemantauan juga sentiasa diadakan bagi memastikan keadaan bayi itu. Pihak Kebajikan Masyarakat akan menimbang semula emosi ibu bayi tersebut sama ada dia layak menjaga bayi itu setelah keluar dari penjara bulan November nanti.
Setelah melihat dan menyaksikan video ibu dera anak sendiri pada pagi tadi menimbulkan rasa sedih, marah, pilu dan sebagainya dalam diri serta jiwa saya sebagai seorang ibu. Tergamak ker rasanya nak sepak terajang anak kandung sendiri yang masih kecil dan tak berdosa tu?
Saya nak marah anak saya pun saya tak berani nak buatkan dia menangis ini kan pulak nak jentik dia sehingga dia menangis tersedu-sedu. Pilu hati saya melihat video tersebut. Dia masih kecil belum tahu apa-apa.
Saya rasa gambar di atas jelas menceritakan segalanya tanpa saya perlu bercerita lebih panjang lebar.
Saya tak sanggup tengok video tersebut berulang kali sebab sebak hati saya. Kesian sangat-sangat kat anak kecil tu.
Yang merakam video dan yang berada di sekeliling perempuan ni saya tak tahu nak cakap apa. Kalau nak meredakan kemarahan perempuan lahanat ni apsal dia sanggup nak merakam video ni dan tak meleraikan segalanya. Sanggup dia tengok budak tersebut di dera oleh ibu dia.
Hukuman penjara selama 18 bulan tidak setimpal dengan apa yang telah dia perlakukan terhadap anak beliau. Rasa sakit anak tersebut.
Sekiranya dia telah di bebaskan, tidak mustahil untuk dia mendera lagi anak tersebut yang telah menyebabkan beliau dipenjara.
Semoga Allah membalas segala perbuatan terkutuk perempuan ini di dunia mahupun di akhirat.
Terkini :: bayi yang didera ini kini hidup ceria bersama keluarga angkatnya. Syukur Alhamdulillah.
Dear, sebenarnya yang rakam video nih saksi polis. Dia pernah leraikan sblm nih, tp dia pulak yang kena pukul balik. Dia rakam nih utk jadikan bukti pada Polis.Tapi, yg peliknya, siapa pulak yg upload video lama nih kan?ermmm...
ReplyDeleteYM :: saya pun baru terbaca gak semalam tentang kes ni.. kejadian ni rupa2nya berlaku pada 29 mei 2011... gara2 suami dia curang, anak yang jadi mangsa....
Deletesy tak suka nak tengok benda2 macam ni, sayu, sedih.... smlm masa keluar kat tv terus azi bwk anak2 ke dapur, biar my husband je tengok.
ReplyDeleteAzi :: tulah sian sangat2.. semalam saya kasi tengok husband saya.. so saya pun tgk sekali, tetiba bila tengok anak tu sedu-sedu nangis, saya pun nangis sama... terus saya peluk anak saya. tak sanggup dah saya tengok...
DeleteHai dear ..lama tak ke sini jenguk dear tau ...rindu pulak rasa huhu ...
ReplyDeleteumi de baca berita ni ...rasa nak nagis je ..sampai hati buat mcm tu .. ummm sukar nak komen .. hukuman yang diberikan tak setimpal dengan apa yang dia buat tau
Umie :: eh eh.. pengantin baru la komen.. hikikhikhik... :) saya pun rindu kat Umie tau...
DeleteSedih sangat2 tentang kes dera ni... akibat suami dia curang, anak yang jadi mangsa... semoga Allah membalas segala perbuatan dia d dunia mahupun di akhirat
huhuhu..mmg zalim...cian anak tuu
ReplyDeletemama mia : tak sanggup nak tengok video tu berulang kali sebab setiap kali nak tengok asyik keluar jer air mata dengan tangisan budak tu..
Delete