Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Monday

"Save Iskandar. Save our son."

Riena Haiqal | 1:46 pm |
Assalamualaikum

Hari ini saya ingin memohon bantuan lagi. Saya memang tidak sanggup melihat bayi yang masih kecil ini menderita kerana sakit yang dialami. Kerana itu marilah kita sama-sama membantu mereka yang amat memerlukan. 


 


Berikut rayuan dikemukakan suaminya kepada rakan di Facebook untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

'Assalamualaikum.

Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.

Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.

pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu  pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.

Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.

Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.

Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.

"Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK"

Kami kecewa dan terus kecewa.

Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak  bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.

Panjangkan kepada HKL,  KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.

Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462'
 
 
Saya percaya bahawa kita rakyat Malaysia sememangnya murah hati,prihatin dan sentiasa saling tolong menolong antara satu sama lain. Apa salahnya kita membantu dan memberi peluang untuk anak ini sihat dan hidup normal seperti kanak-kanak yang lain. 

Kini Iskandar dilaporkan kritikal. 

Untuk maklumat lebih lanjut sila click SINI.

23 comments:

  1. kcian die..salu bca story die kt blog mazidul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ainie :: sama2 kita bantu apa yang terdaya.. doakan semoga dia kembali sihat..

      Delete
  2. sian dekat iskandar ne.kita sama2 berdoa semoga anak kecil ne selamat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eca :: Amin Ya rabbal Alamin.. walaupun tak dapat bantu dengan wang ringgit cukup sekadar kita mendoakan agar dia sembuh.. itu pun sangat2 bermakna.. semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti kanak2 sihat yang lain..

      Delete
  3. kesian nah zie tgk :( semoga iskandar cepat sembuh n ramai yg akan membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya rabbal Alamin.. walaupun tak dapat bantu dengan wang ringgit cukup sekadar kita mendoakan agar dia sembuh.. itu pun sangat2 bermakna.. semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti kanak2 sihat yang lain..

      Delete
  4. kesiannya.. jom kita sama-sama bantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun tak dapat bantu dengan wang ringgit cukup sekadar kita mendoakan agar dia sembuh.. itu pun sangat2 bermakna.. semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti kanak2 sihat yang lain..

      Delete
  5. Rasa sedih dengan apa yang berlaku .. harap baby cpat sembuh dan mendapat bantuan dari pihak yang bertangungjawab ..amin2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya rabbal Alamin.. walaupun tak dapat bantu dengan wang ringgit cukup sekadar kita mendoakan agar dia sembuh.. itu pun sangat2 bermakna.. semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti kanak2 sihat yang lain..

      Delete
  6. kesiannyer.. hrp baby cepat sembuh..

    riena klu nak novel tu boleh email azi kat edyeda@gmail.com yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azi :: amin Ya Rabbal Alamin..

      Ok.. saya email k. :)

      Delete
  7. Kesiannya. Semoga Iskandar cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita doakan yang terbaik buat Iskandar ni yer.

      Delete
  8. Sangat-sangat berbaur rasa bila tgk baby2 begini...sakit di dada aku sebab aku boleh rasa apa yang parents dia rasa...really... :(

    ReplyDelete

جَزَاكُÙ…ُ اللهُØ®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa