Assalamualaikum
Hari ni aku nak cerita sikit tentang ujian Pap Smear.. Sebab apa, petang nanti aku akan mengikuti Ujian Pap Smear kat Klinik Desa kat tempat selalu aku dan Haiqal buat check up. First time dalam hidup tu nak buat ujian pangkal rahim ni. Sebenarnya dah banyak kali dah nurse buat temujanji nak suruh buat. Tapi aku asyik lupa. <sebenarnya takut nak pegi>.. Kali ni dengan paksaan Mr. Papa akhirnya aku rela gak.
Di sini aku nak kongsi juga semua tentang Pap Smear. Sebenarnya aku search jer kat Madam Google ni jadi aku jumpa ar informasi penting mengenai Pap Smear ni.
Ujian Pap Smear
- adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Apa itu SERVIKS
- Pangkal Rahim
- Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesan peringkat ini dengan mudah.
Siapakah yang perlukan ujian ini
Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini terutamanya :-
- Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
- Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang
- Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks
- Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
- Perokok
- Tidak pernah / lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear
Bagaimanakah ujian ini dilakukan
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan menggunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan menggunakan kayu kecil (Spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan di ambil dan akan di smear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya di hantar ke makmal untuk diproses sebelum di buat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Sumber ni saya petik dari taman bunga portal.alamhamil.com
azi pn takut nak pergi buat ujian ni, jd setiap kali misi suh sure ngelak, my husband pn xizinkan...
ReplyDeletennti riena story yer pengalaman buat ujian tu... nak jugak tahu...
Azi : mula2 memang perasaan takut tu pasti ada... :)
Deleteawak, saya lom pernah buat ujian ni lagi...damia pun dah nak masuk 2 tahun pd bln august ni..... cuma nak share, mentua saya kata tak perlu buat ujian ni, walaupun wanita digalakkan utk buat ujian ni, mak mentua saya seorang jururawat dgn pengalaman lebih 20 tahun.... just nak share tu je....
ReplyDeleteSha :: betul ker.. kalau gtu cukup la tahun ni saya buat.. tahun depan dah tak nak buat dah... sakit tu....
Delete