Assalamualaikum
Semalam aku dah g buat ujian Pap Smear tu. Perasaan masa tu memang hanya ada perasaan takut jer. Sebelum aku teruskan hujahhujah panjang berjela, masa nak buat ujian tu wajiblah korang bawa kain sarung sendiri untuk kegunaan semasa ujian pap smear tu nanti.. Takkan nak telanjang bulat kan nak g buat check up.
Sampai jer kat klinik desa (KD) aku pun keluarkan IC aku dan letakkan kat depan kaunter untuk tunggu waktu nak kena panggil. Nurse memang dah kenal sangat dah dengan aku sebab aku kan selalu gak contact mereka kalau ada masalah.
Beberapa minit kemudian, Nurse yang paling aku suka (sebab dia baik hati dan peramah sangat) panggil nama aku dan suruh masuk. Dia isi borang untuk aku dan lepas tu dia terangkan kepentingan melakukan ujian ni.
Memang pada mulanya aku tak ambil kisah sangat tentang ujian macam ni. Tapi percayalah bahawa ujian Pap smear ni amat penting buat kita para isteri dan para ibu dan selagi ingin bergelar wanita yang sempurna dan bersih wajiblah melakukan ujian ini. Mahkota kita para wanita yang wajib dijaga.
Nurse sangat-sangat memahami jiwa raga aku yang sedang ketakutan ni. Dia suruh aku tanggalkan seluar dan guna kain sarung jer serta longgarkan baju dalam untuk pemeriksaan payudara. Siap semua tu, aku diarahkan supaya berbaring di katil yang telah disediakan.
**Google Search**
Mula-mula dia nak buat pemeriksaan ke atas payudara aku sambilsambil dia terangkan kepentingan pemeriksaan ni dan ajar cara-cara nak buat pemeriksaan sendiri bila dirumah.
**Google Search**
Selesai bahagian itu, sekarang saat-saat yang menakutkan telah tiba. Nurse minta agar aku buang perasaan takut tu sambil bawa aku ceciter tentang benda lain. Dia suruh aku buka kangkang besar-besar agar mudah dia nak masukkan speculum dalam rahim aku.
Inilah dia rupa sebenar Speculum
**Google Search**
Giler aku segan, malu dan takut.. Tak pernah pun aku kangkang depan orang lain selain suami aku selama ni. Tapi bak yang aku kata memang nurse sangatsangat memahami dan minta agar aku jangan takut,malu dan cuba fikirkan benda lain agar tidak terlalu takut.
Cubaan pertama, mula-mula memang terasa amat sakit. Aku tak kira aku nak jerit sakit juga.. Aku dah buatkan Nurse jadi takut..
Cubaan kedua barulah nurse berhasil masukkan ke dalam rahim aku..
**Google Search**
**Google Search**
Akhirnya aku boleh tarik nafas lega setelah semuanya selesai.
Bak kata nurse, lebih baik sakit sikit untuk pemeriksaan ni daripada sakit selamanya terkena penyakit kanser tanpa rawatan awal.
Hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk melakukan pemeriksaan Pap smear ni daripada memerlukan berbulan-bulan lamanya untuk menanggung kesakitan penyakit tersebut.
adoii!! i tak pernah lagi buat pap smear ni!!!
ReplyDeletemadammondoq :: hikhikhik... setahun sekali jer ujian ni.. :)
Deletemmg rasa tak selesa dan sakit sikit kan....nak kena buat lagi ni tp tak tahu bila lagi...huhuhu..
ReplyDeleteizan mama mia :: sakit sikit tu lebih baik dari sakit yang berbulan2... betul kan?
DeleteYes, betul tuh Riena. Ini adalah ujian wajib utk perempuan2 sebagai langkah berjaga-jaga.Congrats to u dear!
ReplyDeleteYM :: thanx dear.. mencegah lebih baik daripada merawat.. hikhikhikhik... :)
Deletedh buat skali thn lps b4 preggy..
ReplyDeleteAlhamdulillah pas papsmear tu lekat...
MimahAjil :: Alhamdulillah.. :)
Deletestill tak berani nak buat ujian ni riena...
ReplyDeleteAzi :: hikhikhik.. buang perasaan takut hanya utk beberapa minit jer... :)
Deletelebih baik mencegah dari merawat kan.. ;)
nice blog and entry... ;-)
ReplyDeleteJai : thanx.. :)
Deletenext year will be turn zie plak jalani ujian ni...uwaaa! takuttttttt. tgk alat utk paps smear tu...aduhhh makkkk!
ReplyDeleteZie :: ha hak hak.. memang masa mula2 tengok benda tu mak datooookkkk takut nya... itu ker yang nak dimasukkan tu? semua soalan berlegar kat kepala ni ha... tapi nurse nasihat agar buang perasaan takut tu dan cuba fikirkan benda lain dan last2 berjaya juga.. :)
Deleteorg bujang boleh buat ka dear?.mcm mau try..tunggu green light dri mama dlu,dy nurse.hehe :)
ReplyDeleteecad :: tidak tau orang bujang bole buat ka tidak.. tapi try saja la kan.. mana tau bole.. :)
Deletedah penah buat sekali..lepas ni rasa mcm taknak buat lg jer..xsuke!
ReplyDeleteye.. saya pun rasa macam cukup la tahun ni jer saya buat.. takut sangat2 sampai sekarang masi ada rasa takut...
Delete