Assalamualaikum
berapa puluh abad baru lah saya terupdate ceritera sepanjang sambutan birthday Haiqal pada hari Ahad yang lalu di LISC Labuan. Almaklumlah kesibukan telah melanda diri sebaik sahaja berada di pejabat.
Saya, Haiqal, anakanak buah saya, dan mak saya awal dah sampai ke destinasi semata-mata nak cari tempat yang sesuai <semua tempat dah penuh dah nasib baik la ada lagi satu tempat yang memang takder orang>
Barang-barang makanan ni adik ipar saya dan sepupu dia yang tolong bawa dari rumah Mr. Papa.. Tengok tak kek tengah dipayungkan semata-mata tak mahu terkena bahang matahari..
Ni dia adik ipar saya yang sememangnya comel.
Kat bawah ni mak mentua saya @ mak Mr. Papa..
Mr. papa memang berjiwa kebapaan kerana walaupun sibuk bekerja menjaga elektrik sempena pesta di LISC namun anak lebih penting baginya. Sanggup tinggalkan kerja sekejap semata-mata nak berada bersama kami.
Ni lah dia birthday boy yang sememangnya nakal pada saat ini. dia tengah merosakkan mainan polis yang dihadiahkan oleh nenek dia. <Mak Mr. Papa>.. Dia siap tiarap lagi kat tikar tu. Baru jer dihadiahkan dah tercabut dah lampu polis tu..
Ni pulak adalah kek untuk si Birthday Boy. Dah cair dah akibat lama berjemur di tengah panas. Kalau diperhatikan ada sedikit kerosakan pada bawah kek. Boleh-boleh pulak Haiqal slamber rosakkan kek dia. Budak nakal.
Birthday boy tengah menunjukkan mainan dia... Suka la tu ada dah mainan baru. Siapla lepas ni memang rosak habis...
Cuba perhati betulbetul setiap gambar dibawah. Ada jer telatah Haiqal yang tak dapat nak dikawal. Ibu dia pulak yang terlebih over nak potong kek. Padahal tangan Haiqal sibuk nak kacau benda lain.
Bersusah payah semua orang nak panggil dia tengok kamera masingmasing.. Ada jer kerenah yang dibuatnya.. Tak percaya jom tengok video ni..
Sampai kat rumah (keesokkannya sebab malam tu saya dan Haiqal tidur kat rumah mak saya)
lajulaju kumpul hadiahhadiah dari saudara mara dan lajulaju jer kitorang <ibu dan papa> tolong buka hadiah Haiqal.
Kalau korang nak tahu, masa ni Haiqal baru balik dari klinik untuk buat injection 1st Year. Tak der rupa sangat macam lepas kena injection.. Dia nangis pun sebab kitorang pegang tangan dia masa kena injection tu. Lepas tu baik nya dia punya gelak ketawa. Macam tak der apa-apa.. Memang kuat la anak ibu ni.
Kalau korang nak tahu, masa ni Haiqal baru balik dari klinik untuk buat injection 1st Year. Tak der rupa sangat macam lepas kena injection.. Dia nangis pun sebab kitorang pegang tangan dia masa kena injection tu. Lepas tu baik nya dia punya gelak ketawa. Macam tak der apa-apa.. Memang kuat la anak ibu ni.
Hadiah dari kakakkakak saudara Haiqal
Hadiah dari Buchu Tatty. (adik Mr. Papa)
Hadiah dari auntie Dilla.
Hadiah dari Mr. Papa
Hadiah dari Mr. Papa.
Hadiah dari Kakak saudara Haiqal.
Hadiah dari Kakak saudara Haiqal.
Hadiah dari Buchu Ayu.. (Sepupu Mr. Papa)
Hadiah dari nenek (Mak saya)
Akhir nya sekali tengok baju yang Mr. papa dan nenek dia bagi sama la pulak.. Hikhikhik
Sampai sini dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih pada saudara mara yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan lagi sambutan hari jadi Haiqal..
Wahhh...besarnyaaa kek Haiqal....:D hadiah pun banyakkkk....wahhh...Happy belated birthday sayang....moga jadi anak yang soleh ya...amin!
ReplyDeleteYM :: super besar sama besar macam dia.. hikhikhik.. Thanx to Auntie YM.. (Wakil Haiqal)... amin ya Rabbal Alamin.. :)
DeleteWAHHh...byk seyyy haiqal dpt gift :) btw, topi dia tu cute nah weh
ReplyDeleteZie :: hikhikhik... semua nya dari saudara mara..
Deletekalau ikutkan topi tu dah tak muat dah.. sempit dah sebab bolatt betul Haiqal tu.. Tapi still bagi dia pakai sebab memang nampak comel.. :)
ne kali la..hadiah dia punya banyak..tu kucing comel..smlm p tg aru nmpk org jual tu.hehehe
ReplyDeleteecadwinkyasha :: hikhikhik... tak sangka juga banyak hadiah dia terima... kucing tu memang comel tapi dia takut mo pegang.. ada bunyi tu kucing.. geli mungkin dia... :)
Deletebest nye haiqal..byk dpt gift..untung jadi baby..hepi besday haiqal!!
ReplyDeletemila :: hikhikhik... cucu pertama buat keluarga Mr. Papa dan cucu lelaki pertama belah mak saya... tulah sebab banyak dapat hadiah... :)
Deletethanx utk ucapan.. :)
wow!!
ReplyDeletebanyak hadiah tu..
eheheee
utk anak saya dapat gift terlalu banyak.. :)
Deletebestnya haiqal dapat banyak hadiah.. camna boleh tersama pulak baju tu. xpe boleh seling seli pakai...
ReplyDeleteAzi:: untung betul dia... hikhikhik...
Deletenenek dia beli baju tu awal lagi.. tapi kitorang tak tengok lagi baju tu... tgk2 papa dia pun beli yang sama... hahaha. sekali kitorang tgk aduyai sama la.. seluar jer lain warna...
Wow...banyaknyer makanan... n yg paling penting banyaknyer haiqal dapat makanan. Happy Birthday Haoqal, semoga menjadi insan yang soleh yang membahagiakan kedua mama n papa...
ReplyDeletememang super banyak makanan ni.. nak pecah perut sebab banyak sangat nak dimakan... dahla panas terik.. huuhuhu...
DeleteAmin Ya rabbal Alamin... Thanx Zai utk ucapan..
happy birthday Haiqal.. be a good son ye !!!
ReplyDeleteThanx Sharidawati.... :)
Delete