Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

Klinik vs Hospital .... Tak guna!!!

Riena Haiqal | 11:28 am |

Assalamualaikum 

Lama rasanya aku tak update blog aku yang sememangnya sunyi sepi ni kan tokk.. huhuhuh... Almaklumla semalam aku Cuti sebab sakit... 
Sekarang ni bukan aku nak cerita pasal aku tapi pasal baby aku Haiqal... Sorry ar korang entry kali ni panjang lebar sikit... hope korang semua sudi baca ar..
*
*
Ni beberapa minit sebelum Haiqal nangis²..

Masa hari sabtu (malam) haritu, aku memasak kat dapur, Haiqal masa tu tengah main dengan Mr. Hubby @ papa kat ruang tamu rumah.. Tetiba dia nangis... aku pun naik la p tengok sebab makin kuat jer tangisan dia dan tak berhenti.. Dah bermacam² cara kitorang pujuk, still gak tak nak diam.. Abah aku merangkap nenek Haiqal pun dah pujuk² tapi tak nak gak diam.. So kitorang ambik keputusan nak bawa ke hospital pada mulanya. Abah aku pun dah panik sebab kitorang sememangnya tak tahu kenapa dia tetiba nangis.. tak pernah dia nangis macam ni. Kitorang ingatkan dia sesak nafas pada mulanya sebab macam ada benda yang tersekat kat leher dia.. dia muntah² lepas tu nangis balik.. setiap kali muntah dia akan nangis lagi.. 
Dalam perjalanan nak p hospital tu kitorang ambik keputusan nak bawa je terus g klinik sebab kitorang ingat kalau bawa p klinik maybe Haiqal akan di periksa dengan TELITI.. Jadi aku pun ambik keputusan nak bawa p Klinik Suria jer sebab macam yang pernah aku kata dulu la yang aku akan terus bawa Haiqal p Klinik Suria tu kalau nak buat check up. Tapi klinik Suria tu dah tutup pulak masam tu so terpaksala kitorang bawa dia ke klinik Wilayah. Walhal aku memang tak berapa nak trust dengan klinik ni. Tapi apa boleh buat... So dah siap daftar dan turn Haiqal jumpa Doktor, doktor tak check apa² pun cuma dia check degupan jantung Haiqal dan dengan senang jer dia kata
Baby puan tak der apa²..paru² dia ok tak der masalah..
Sedangkan masa tu aku dah bagitahu dah perkara sebenar,panjang lebar gak aku terangkan kat doktor tersebut tapi dia boleh kata itu jer...
last dia kata 
maybe puan terlalu risau...
Sebagai seorang doktor takkan dengan tengok jer bayi tu, dia boleh kata bayi aku tak der apa².. Cun ko doktor.. ada sixth sense.. tapi kalau Haiqal tak der apa apsal Haiqal nangis tak berhenti... Tapi dah dia kata tak der apa², so kitorang pun pulangla.. Tapi ubat dia charges sampai RM20.00 ok..masa tu aku tak kisah sangat sebab yang penting Haiqal tak der apa²... Syukur alhamdulillah ar sebab masa kat dalam kereta dia tak nangis sebab dah tidur dah..Sampai kat umah pun dia still tidur kat tangan aku.. 
So aku try baringkan dia kat katil. Ada gak la dia tidur dalam 20 minit macam tu.. 
Sebelum abah aku jalan nak ambik adik aku pulang keja, dia ada gak tengok Haiqal dan masa tu Haiqal masih tidur... Lepas tu abah aku jalan... aku gtau ar kat Mr. Hubby panas sangat badan Haiqal.. tapi dia tak percaya dan dia kata maybe aku terlampau risau...so aku diam jer..
tapi tak lama lepas tu dia bangun balik dan nangis tak henti... masa tu tinggal aku dengan Mr. Hubby jer lagi kat umah so kitorang tersangat² panik.. Masa tu gak aku dah nangis dah sebab aku risau sangat.. tak pernah ar dia nangis sampai macam tu... Aku buntu sangat.. Aku sempat tanya ngan Mr. Hubby "Papa berani tak.. kita bawa p hospital jer la..." So laju jer kitorang bawa p hospital.. Masa kat dalam kereta tu, balik² Haiqal muntah lepas tu nangis.. Habis seluar aku macam orang terkencing kat dalam seluar.. 
Sampai jer kat hospital, aku terus lari menuju ke kaunter pendaftaran pesakit (emergency).. masa tu dah jam 11 malam... kat kaunter pulak takder nurse or doktor yang tengah jaga.. aku mengamuk ar sebab Haiqal dah nangis macam tu tapi tak der seorang nurse or doktor yang nak ambik tahu... Masa tu gak ada patients passed away (Akibat accident) kat hospital tu so sapa yang tak takut.. Haiqal dah nangis teruk pulak masa tu.. Aku dah meleleh gak airmata.. Dah daftar tu baru aku tenang sikit dan Haiqal pun dah tidur kat tangan aku lagi.. Ada kawan lama mak aku juga kat Hospital masa tu so dia tolong tengokkan Haiqal.. Dia rasa² kepala Haiqal n dia kata sakit perut ni anak kamu ni..(sememangnya kawan lama mak aku tu ada pandai gak sikit).. lepas tu dia sentuh gak telinga Haiqal n korang nak tau dia kata "Keteguran (ditegur oleh orang halus or sama waktu dengannya) ni anak kamu ni".. benda ni lah yang aku sememang nya tak nak berlaku kat Haiqal.. dia "tawari" gak Haiqal masa tu so makin lena tidur Haiqal.. 
Masa nama Haiqal di panggil jumpa doktor, Haiqal dah terbangun dan nangis lagi balik... makin kuat lagi tangisannya.. memang sah dia demam (suhu badan 38.5 c)... lepas tu doktor bagi ubat simpan kat bontot dia untuk kurangkan panas.. Korang nak tahu doktor kat emergency ni tak leh percaya gak.. adakah patut masa aku bawa Haiqal p masuk satu bilik tu (nak bagi masuk ubat kat bontot Haiqal), doktor tu bagi Haiqal cool fever tapi dia boleh minta duit kat aku RM8.00.. kononnya kena bayar.. tapi dia tak suruh bayar kat kaunter atau kat depan doktor² lain.. kira dorang ambik kesempatan nak minta duit poket la tu.. sembunyi² dia minta kat aku dan dia tak suruh bising².. aku gtau ar kat mr. Hubby so dia terpaksa gak bayar... tapi kat dalam satu bilik tu RM10.00 dia minta ok.. Tak der resit so maknanya memang duit poket dorang la tu... ambil kesempatan dalam kesempitan..
Dah siap dah semuanya, abah aku dengan adik aku tengah tunggu kat luar.. Abah aku kata bagus jumpa orang pandai jer sebab memang 'keteguran' dah ni.. Nasib baik la Mr. Hubby tau kat mana tempat nak berubat kampung ni.. So kitorang terus bawa Haiqal berubat..
Masa kitorang sampai kat rumah nenek yang pandai mengubat tu Haiqal still tidur.. Tapi lepas jer aku letak dia kat bantal dan siap nak di ubat, dia nangis balik.. masa dia di urut oleh nenek tu menggigil dan menggeletar seluruh badan Haiqal.. Aku tak tahan nak tengok tu keluar gak airmata aku.. dia muntah lagi... Haiqal dah bagi tangan dia nak minta aku ambil dia masa tu.. aku tak leh nak ambik sebab masa tu dia tengah diubat oleh nenek tu..Aku lap jer airmata Haiqal..
Lepas dah di"tawari" oleh nenek yang pandai tu Haiqal tak berapa nangis lagi..Nenek tu kata memang Haiqal keteguran.. 
Masa perjalanan balik ke rumah, aku naik kereta abah aku sementara Mr. Hubby ikut kitorang dari belakang.. Dan dalam perjalanan tu abah aku buka radio bacaan ayat² suci jer..lena tidur dia..
Kat umah, aku sempat minta maaf kat "orang" tu kalau Haiqal atau kami ada terlanggar atau termain kat tempat "dia" dan minta supaya jangan kacau Haiqal lagi.. Aku minta izin gak supaya Haiqal boleh terus main kat dalam rumah tu.. 
Dulu aku selalu keteguran kat dalam rumah tu dan di halaman rumah..tiap² bulan rasanya aku sakit gara² orang halus ni.. So aku tak nak ar benda ni jadi kat anak aku pulak.. "Benda" ni memang ada kat mana² so kena minta izin or minta maaf sekiranya kita terkacau tempat dia tanpa sengaja. Aku dah puas merasa sakit gara² "benda" halus ni.. jauhi la dari Haiqal dan keturunan aku yang seterusnya.. Amin

Thank You


No comments:

Post a Comment

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa