Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Friday

I'm 5 weeks pregnant

Riena Haiqal | 9:31 am |

Assalamualaikum

Nasib baik tak g keja semalam sebab kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan. Tapi memang ada rasa gegaran dan letupannya..

Semalam aku ambil cuti untuk temujanji Haiqal di Klinik Desa (KD). Alhamdulillah Haiqal sihat walafiat dan takder masalah.. Aku tak sempat nak snap gambar dia sebab takder kesempatan nak snap.. Hero aku ni nak belajar bermain.. memang ada jer gelagat dia main permainan kat klinik tu. Mana dia berebut dengan kawan-kawan dia yang lain nak main mainan kat sana. Adui papa dia pulak best jer duduk main ipad. 
Bila nurse dah panggil nama, check Haiqal.. Nurse geleng kepala sebab nakal sangat. Mula-mula memang takut dengan nurse, tapi lama-lama dia bawa nurse cerita. Hahahaha. Kitorang sendiri tak tahu dia cerita apa. Bila suruh dia pegang mainan memang dia pegang lepas tu dia buang. Habis buku nurse dia tarik. Tak payah nurse tanya dia dah pandai cakap apa, dia sendiri dah cakap "mamam", "papa", "nenen"... paling lucu bila dia panggil aku ibu jadi "Baa".. 

Lepas tu aku terus buat check up untuk sahkan aku pregnant atau tidak. Test Urine, memang positive aku pregnant. Dan nurse sahkan kandungan aku dah 5 minggu 3 hari. Haiqal dah nak dapat adik. 

Ni buku baru untuk new baby. Nasib baik kali ni HB aku normal dan nurse suruh aku banyakkan makan bayam dan daging.. Dahlah aku ni tak pandai makan daging.

Ni ubat yang aku kena makan tiap-tiap hari. Adui, banyak tu.. Masa aku mengandungkan Haiqal, memang aku tak nak makan ubat-ubatan ni. mesti muntah.
Haiqal kata, Ibu kena makan semua ubat ni tau sebab baik untuk adik Haiqal... Haiqal dah jadi Model yang tak berbayar untuk pegang ubat ibu.



Semenjak dia nak ada adik ni, manja dia kat aku memang sangat-sangatlah manja.. Ibu tetap sayang Haiqal.

26 comments:

  1. Alhamdulillah Riena. Rezeki Ramadhan.
    Moga rezeki I akan menyusul pula lepas ni.
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Ain.. yer rezeki bulan ramadhan..
      Banyakkan berdoa dan teruskan berusaha... (^_^)

      Delete
  2. tahniah riena...!
    wahhh..tahniah..tahniah...

    itu la sbb loya mual segala bagai..
    seperti yg dijangkakan.. :D

    wahhh..berita gembira betul..!
    tahniah lagi..

    hihi..

    take care dear..
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidayah : terima kasih.... rezeki bulan ramadhan...
      terima kasih yer dear.. (^_^)

      Delete
  3. seronoknye haiqal nak dpt adik..moga riena sehat2 ajer sepanjang waktu preggy ni yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Isha :: terima kasih dear... (^_^)

      Delete
  4. tahniah Riena..5weeks baru tahu eh?..wahhh.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eca :: hehehe. baru g check up semalam.. hehehehe. tgk2 dah 5 weeks... (^_^) terima kasih eca..

      Delete
  5. seronokla riena kan... teringat azi masa ngandung hakeem sofea nk dpt adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azi :; seronok sangat.. hehehehe.. tapi sian kat Haiqal... kecil2 dah dpat adik lagi.. heheheh

      Delete
  6. wah bestnya...tahniah dear..bestnya i masih usaha ..nak buat camne blom ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe... terima kasih terima kasih... ye kena berusaha lagi dan banyakkan berdoa yer dear... (^_^)

      Delete
  7. wahhh.. tahniah..
    bestnye haiqal bakal dpt adik.. mesti nanti lg meriahkan.. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anne @ PM :: terima kasih dear... raya tahun depan baru meriah sikit sebab dah ada orang baru.. hehehehe.. (^_^)

      Delete
  8. haiqal dah ada kawan laa nnt...cepat dia dpt adik....tahnia riena...jg diri elok2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Mia :; hehehehe... tak lah dia boring nanti.. hehehehhe.. terima kasih Mama Mia.. rezeki bulan ramadhan... (^_^)

      Delete
  9. Tahniah yunk. sure skrg ni tgh mornng sickness kan. pity, riena. tak lama lg ada kawan ler haiqal ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie :: terima kasih dear... ye bukan lagi pagi2 kena morning sickness malam pun aduyai... sekarang haiqal makin manja dngn saya.. dulu masa mengandung kan haiqal taklah teruk macam ni...

      Delete
  10. Alhamdulilah..haiqal da ada adik d dlm prut..hehe..comeynya haiqal..jgn nakal2 tau..jd abg yg baik

    ReplyDelete

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa