Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

Holiday to Kota Kinabalu part 1

Riena Haiqal | 2:02 pm |
Assalamualaikum

Selamat kembali bekerja buat korang semua termasuk aku sendiri yang baru start keja balik hari ni. Rasa malas masih menguasai jiwa dan sanubari dahku...

Otak masih buntu nak tulis entry untuk hari ni. Tapi aku gagahkan juga sebab dah hampir satu minggu blog aku sunyi sepi.

Untuk pengetahuan korang sepanjang percutian aku dan keluarga kecil ku bercuti ke Kota Kinabalu Sabah.
Walaupun dekat jer tapi kitorang memang dah rancang nak pegi sana sebab nak tengok kemeriahan orang Sabah sambut pesta Kaamatan. Rupanya sangat-sangat la ramai orang yang pergi bercuti ke sana terutamanya orang-orang Brunei.

 Ni masa kitorang boarding nak masuk kapal. Si mabuk laut (sapa lagi kalau bukan aku) dah rasa seram sejuk dah..
 Nilah dia boat express yang kitorang bakal naik ni. Aku yang dah sememangnya mabuk laut ni pun menggagahkan diri la dengan lajulaju masuk kapal dan cari tempat duduk yang paling belakang. Motif adalah supaya kalau ada ombak tak terasa sangat goyang dia.. hahahaha
Nampak tak.. Kan aku dah kata aku cari tempat duduk yang kat belakang. Nasib baik ar belum ada orang yang sudi duduk kat bahagian belakang ni. 

Si kecil ni pulak dapat jer tempat duduk tu, baru jer duduk dia dah minta "nenen".. Macam dia pulak yang angkat aku padahal tangan aku yang dah hampirhampir nak jadi muscle dah dukung si manja ni.
Tiket kitorang.

 Sepanjang kitorang berada di laut tu, Mr. Papa macam biasa la main game jer. Aku yang dah pening ni layan kamera jer la an.
 Si manja aku tu pulak nak tahu dia memang semangat la kan sebab dah dapat jalan-jalan. Nampak tak muka keterujaannya dan kesombongannya.

 Masih nampak lagi pulau labuan.. Tapi tengok tak der ombak kan.. jadi sangatsangat selamat bagi orang yang mabuk laut macam aku.. heheheh


Kitorang dapat kalahkan Ferry Labuan ar.. hehehehe.. Boleh nampak kan Sangat-sangat ramai orang kan. Tu sebab ar aku sanggup ambil risiko nak naik boat express ni. Gerenti tak der tempat duduk punya ar kalau naik ferry tu.


 Si manja aku dah ada kawan bermain kat dalam boat tu ar. Lebih besar dari dia. Hihihi.. Nampak tak budak kat sebelah dia tu. Haaaa, itulah kawan dia. Dah nak sampai dah baru nak berkawan kan. 

Alhamdulillah, kitorang dah sampai dah kat Menumbok Sabah.

 Sampai jer terus cari bas express sebab takut nanti dia tinggalkan kitorang pula walaupun dah ada ticket.
 Nasib la korang yang takder ticket bas tu.

 Si manja aku ni, aku suruh tengok kamera pun dia tak nak sebab dia best dah tengok bangunan-bangunan kat luar tu.




Kitorang dah selamat sampai kat Kota Kinabalu Sabah. 

Tunggu part yang ke 2 yer.. :)

21 comments:

  1. tak sabar nak tgu pic2 kt KK pulak, mesti view cantek...! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieedaz :: hehehehe.. tunggu yer.. :)

      Delete
  2. wahhh...sukanya si Haiqal , mama bawak jalan-jalan makan angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YM :: hehehehehe. paling la dia suka dapat jalan2...

      Delete
  3. jalan2 p kdca ka smbt kamatan?.ada pg funfair 1B?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eca :: nda sempat kami psana.. kira mo pegi tapi Haiqal demam la pulak.. jalan2 di sekitar KK saja la..

      Delete
  4. Bestnya Holiday bersama famili....Bila pulak time cik rose nak holiday hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Rose :; hihihihihi.. memang sangat2 best... insyaallah dapat juga g holiday nanti.. :)

      Delete
  5. Hai cayang!! Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bestnya!!! bestnya bercuti kan? umi dah lama tak cuti ..kerja je uhuk3 ..

    Wahhh tak sabar nak tunggu part 2 dear ..mesti best ..orang kata kat kk best (^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye juga daling ku mommy to be ni... hehehehehe... sangat2 best la.. baru kali ni dapat cuti lama2 sikit bersama keluarga kecil kitorang ni.. hehehehe...
      tunggu yer.. :)

      Delete
    2. Hihi ..wahhh mesti umi tak sabar nak baca ..sebab umi suke tgok orang bercuti ..sekurangnya ada jugak benda umi nak baca pakai hilangkan stress di opis hihi

      Cayang mama riena selalu (^_^)

      Delete
    3. Eh lupa pulak mama .. fb kmk namanya yumiko junior (^_^) ..nama kucing hahaha

      Delete
    4. Umi sayang... heheheh. dah update dah hari ni.. :)

      Delete
  6. best pergi holiday yer...
    aha...kita sama....saya pun cukup tak suka kalau naik bot ke apa ker...saya takut tenggelam...dalam bot asyik gelisah jer dok doa moga cepat sampai...camana nak bercuti ke pulau kalau camni kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama mia :: hehehehe.. sangat2 best dapat g holiday.
      tu ar kan. memang sangat2 menyeramkan bila dah naik boat ni.. rasa nak tenggelam timbul pun ada.. takut tu...
      taubat dah tak nak naik bot lagi.. biarla tak merasa nak g pulau2 asal tak nak naik bot lagi dah.. serik dah..

      Delete
  7. mesti best pergi holiday kan...haiqal macam mana? xmeragam ke beralih tempat tido...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat2... dia tak banyak meragam sangat.. dia nak tidur kat saya jer.. anak manja ibu la katakan..
      tapi dia meragam masa hari kedua kitorang di Kota Kinabalu sebab dia start demam...

      Delete
  8. bestnya jenjalan...Ayu tahun nie tak jalan ke mana pun...PD pun baru hari tu jer gie sekali..Daddy busy manjang....

    ReplyDelete
  9. fuhyooh die dah balik..jajan plisss....heheeh

    ReplyDelete
  10. We want more..
    We want more..

    Hehe..

    Bila part 2 nak muncul..

    Errmm...laut mmg nmpk sangat tenang..

    ReplyDelete
  11. Yah.....seronoknyer g jenjalan... Kali pertama n terakhir g sabah 2003 hari tu, masih memendam rasa lagi nak g sane balik.... Honeymoon mungkin,....huhuhuhu. Bestnyer....

    ReplyDelete

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa