Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Tuesday

RESEPI AGAR-AGAR BERHIAS AKA PELANGI

Riena Haiqal | 3:57 pm |
Assalamualaikum

Petang-petang macam ni best pulak rasanya share about resepi² kan.. 
Kali ni resepi agar-agar. Di petik dari taman bunga CIKTOMNampak macam sedap jer sebab tulah saya nak torai kat umah nanti kalau ada kelapangan seperti padang bola. 

BAHAN-BAHAN RESEPI AGAR-AGAR BERHIAS AKA PELANGI;

7 cawan air
2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 sudu perasa vanila
1 peket agar-agar
3 biji telur ayam
1 biji limau nipis diperah dan diambil airnya

CARA-CARA MEMBUAT RESEPI AGAR-AGAR BERHIAS AKA PELANGI;

 

1) Agar-agar dicuci bersih
2) Agar-agar yang siap dibersihkan dimasak ke dalam periuk yang berisi 7 cawan air.
3) Apabila sudah hancur, masukkan gula.
4) Bila sudah masak, angkat adunan agar-agar + gula dan sila tapiskan.
5) Kemudian, masukkan kuning telur dan susu serta air limau dan vanila.
6) Selepas itu, masak adunan itu kembali dengan menggunakan api perlahan. Kacau adunan agar-agar perlahan-lahan sehingga mendidih.
7) Sesudah mendidih, adunan agar2 diangkat dan disejukkan ke dalam acuan. *jika tak nak letakkan warna.
8 ) Sekiranya ingin letakkan warna, bahagikan adunan itu kepada 4 bekas. 1 bekas untuk warna asal tanpa diletakkan apa-apa warna. 3 bekas lagi di campur dengan warna kuning, merah dan hijau.
9) 3 bekas yang dicampur dengan warna disejukkan dalam peti supaya lebih cepat keras. 1 bekas tanpa campuran warna dibiarkan diluar.
10) Apabila 3 bekas itu sudah keras, sila potong secara empat persegi kecil sebesar anak jari.
11) Letakkan/ tanamkan kesemua 3 jenis warna agar yang dipotong ke dalam agar yang tidak diletakkan warna.
12) Sejukkan agar-agar ke dalam peti. Apabila keras siap untuk dipotong dan dimakan.

Selamat mencuba.. 

Thank You For Reading

No comments:

Post a Comment

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa