Assalamualaikum
Selamat berhari Isnin.. Kalau korang nak tahu badan saya jer yang g keja tapi hati saya masih rehat² kat rumah.. <meh ramai² lempang saya bertubi² untuk sedarkan saya>
Semalam cuti hujung minggu kitorang anak beranak jalan² ke pantai sambil makan² di pantai.. Tak der maknanya saya bawa makanan dari rumah. Kitorang makan main order punya.. Kat warung tepi pantai.
Sambil tunggu² makanan siap, sempat juga la Mr. Papa ni bawa Baby Haiqal g main² kat taman permainan yang ada. Saya pulak sibuk snap gambar hero² saya ni.
Nampak tak si Bolat saya yang kecik tu tengah membulatkan mata, dia seronok giler main benda ni tapi saya panggil dia utk snap gambar dia.. so dia tunjukkanla muka 'eksaited'nya.
Ni dia tengah usha member² dia yang lain tengah lari² sakan main kat sana.. sambil dalam hati kata "kalau Haiqal dah leh jalan, habis la korang Haiqal tak bagi chance korang main." wahahahahaha <dialog memang terang² direka cipta>
Yang ni pulak ibu dengan Mr. Papa dia yang over nak main.. Tengok Baby Haiqal cool jer..
Yang ni pulak Baby Haiqal macam tak nak lepaskan pandangan dia pada mainan yang mula² dia naik tu.. Kalau dia dah pandai jalan sendiri, gerenti tak der maknanya dia nak minta pegang macam ni lagi dah..
Keboringan melanda diri Baby Haiqal.. Jongkang-Jongket tak bergerak.. Si ibu telah berhempas pulas berusaha untuk menggerakkan Jongkang-Jongket tersebut namun akibat saya kering dan tengok badan Mr. Papa akhirnya si ibu mengalah.. maka lihat juga muatan mereka berdua nak melawan saya.. Mereka bolat ok.. wahahahaha.. <maaf, saya jahat>
Kini Baby Haiqal pulak yang berusaha menggerakkan jongkang-jongket tersebut.. tengok mulut la..
JOngkang-Jongket masih dalam keadaan yang sama.
Masih dalam keadaan yang sama. Saya betul² telah mengalah dan mengangkat bendera putih. wahahahaha.. <tipu>
Alololo.. si bolat sayang.. pipi dah macam kena blusher akibat panas terik..
Tak nak lepas kan peluang snap gambar sendiri.. tak tahu malu.. >_<
Baby Haiqal tengah sibuk usha member² yang lain tengah lari²..
Baby Haiqal baru perasan lagi kemunculan ibu nya...
Hero² saya yang tersayang.. >_<
Saya suka gambar yang ni sebab dua² nampak comel. Kalau Mr. Papa tahu saya tengah puji dia, mesti kembang kempis jer hidung dia.. wahahahahaha..
Cik Jerawat masih bermaharajalela dan berleluasa dimuka saya.. Rasa seperti ingin bersembunyi di balik tempurung kelapa.
Kini terserlah keburukan muka saya.. huhuhuh
Cik abang, takkan seyes kot bawa keta? apa kes?!
Thank You For Reading
Ala kneapa banyak gmbar posisi yg sama ja
ReplyDeleteCinoi Lavigne: heheheh.. tak pakar dalam nak snap gambar ni la.. hehe.. lain kali sya ambil posisi lain2 k..
ReplyDelete