Assalamualaikum
Berlinangan airmata saya pagi ini bila membaca mengenai penderitaan anak kecil yang bernama Faris, 6 tahun ini.
Semoga dia diberi kekuatan untuk melawan segala kesakitan yang dihadapinya itu.
Saya juga tidak mampu untuk melihat titis airmata Faris yang berlinangan. Makin laju dan deras juga airmata saya berlinangan.
Sebagai seorang ibu, saya turut merasakan kepedihan dan kesedihan yang dialami mereka. Ibu mana yang ingin melihat anaknya yang dulu ceria seperti kanak² lain kini terlantar di katil dengan penuh alat bantuan pernafasan dan sebagainya.
Sila klik link dibawah untuk membaca kisah sedih yang dilalui adik Faris ini dan sama² kita menyumbang untuk meringankan beban adik Faris serta keluarga.
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada Adik Faris ini untuk terus berjuang dan melawan segala keperitan atas kesakitan yang dihadapinya ini Ya Allah.. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengasih, Penyayang lagi Maha Pengasihani.
Sembuhkan lah Adik Faris ini untuk dia terus ceria dan riang seperti kanak² lain. Amin Ya Rabbal Alamin. :'(
Sebelum saya mengakhiri kisah ini, marilah kita sama² membaca reaksi Faris apabila ayahnya cuba berinteraksi dengannya.. Betapa kuat dan kentalnya Adik Faris ini melawan kesakitan yang dihadapinya.
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Thank You For Reading
sedih zie tgk :( semoga rohnya aman di sana. al-fatihah.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat Adik Faris..
ReplyDelete