Friday
Mohd Qasha Haiqal (27.04.2011 - 0130 am)
Riena Haiqal | 4:38 pm |
Inilah gambar si Kecil Cumel yang membuatkan hidup Riena kini lebih bermakna.. Apatah lagi menjadi ibu kepada si kecil yang bulat ini... Kepenatan setelah seharian bekerja terus hilang apabila melihat telatah si kecil ini. Balik dari kerja, perkara pertama yang ingin Riena capai adalah si kecil ini.. Anak yang terlalu manja dengan Riena. Seharian tidak bertemu dengannya membuatkan Riena rindu kepadanya.. hanya gambar dan video suaranya menjadi pengubat rindu.
Kini umurnya dah 4 bulan. banyak yang dia dah pandai buat sekarang. Bercerita panjang lebar walaupun Riena langsung tak faham, ketawa bila bermain dengannya, sekarang dia dah ada ulam utk tidur. Iaitu selendang Riena yang sememangnya ada bau2 Riena. Sememangnya bila dia dah bersama ulamnya tenang saja tidurnya kerana seperti Riena ada disisinya.
Pernah satu hari tu (25.08.2011) dia dijaga oleh baby sitternya. Riena lupa nak bg ulam dia. Langsung dia tak boleh tidur. Sekali Riena balik kerja baru Riena perasan ulamnya itu ada kat dalam bilik. patut la dia tak lena tidur.
Hampir2 Riena juga turut menangis bila babysitter nya call dan bgtau dia tak leh tidur, n dia bg dengar suara Riena kat telinga anak Riena.. terus senyap anak Riena itu. Betul2 manja dengan Riena.
:))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.