Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Wednesday

merdeka dan raya di wad

Riena Haiqal | 11:29 am |

Assalamualaikum

Kembali bersiaran di blog ku.. heheheheh..
Mohon maaf ye pada yang tengah tunggu entry raya dari aku.. Aku belum dapat nak update lagi sebab aku kena berehat secukupnya.
Almaklumlah selama 3 hari 3 malam juga lah aku bermalam di hospital. Memang bosan giler tapi apa boleh buat. Gara-gara cirit birit dan muntah-muntah yang sangat teruk, ingatkan biasa jer sekali bawa g kecemasan, adui kena tambah air..


Gambar di atas adalah masa aku baru jer tambah air. Ingatkan tak la kena tahan kat wad.. Tapi bila dah test urine lagi aduhai kena tahan la pulak... Makkk, aku dah gelabah dah. Mana aku tak gelabah, dahlah Haiqal selalu tidur bawah ketiak dan pelukan aku.. macamana ni? berserah jer la. Harap-harap Mr. Papa boleh buat keja ni.



Huh... begitulah keadaan aku kat wad. tangan aku memang sakit la sebab kena cucuk tu. 3 malam aku kat wad 14 bag air kena masukkan. Orang beraya dan merdeka kat rumah aku pulak beraya dan sambut merdeka kat wad... sedih sangat. Nasib baik lah masa 31 ogos dan 01 Sept tu masa melawat dari jam 12.30  - 7.30 pm.. tak lah aku boring sangat kan. Haiqal leh la bersama aku sepanjang hari. (^_^)

Aku keluar wad pada 01 Sept 2012.



Esuk baru start keja.. Sekarang aku online kat rumah la jawabnya kan.. 
Oklah itu jer aku nak cerita pasal kehilangan aku dalam beberapa hari ni.. Hehehe

P/S :: bila doktor scan baby aku, dah sempurna dah pembentukan dia.. Dan aktif sangat sampaikan nurse kata baby aku tengah berenang-renang kat dalam tu. memang lucu kalau tengok dia seakan-akan berenang.. hehehehehe.. Alhamdulillah baby aku sihat. Mungkin banyak sangat air masuk kat dalam badan aku tu pasal la dia berenang jer. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa