Assalamualaikum..
Riena masih ingat kenangan indah Riena masa pregnant.. Riena bahagia sangat masa tu.. Apatah lagi setelah disahkan oleh doktor yang Riena POSITIF PREGNANT..Yippeeeeeee..
Wanita mana yang tidak bahagia bila disahkan mengandungkan?! wah.. tidak lama lagi Riena bakal dapat anak.. gembira tidak terkata Riena masa tu.. walaupun kadang-kadang ada dukanya yang membuatkan Riena betul² stress...
Selama Riena preggy, banyak pahit manis yang Riena lalui...
Riena memang banyak songeh juga la masa tengah preggy tu.. tanya la Mr. Papa pasti dia kata ya.. Sebab Riena sangat-sangat pemarah.. pantang ada silap sikit, Riena cepat melenting dan Riena paling suka sangat cubit2 Mr. Papa.. dia tahan-tahan saja la sebab faham keadaan Riena.. ntah² dalam hati sakit hati mungkin..
Yang penting Riena happy dan puas hati la tu.. Yang paling Riena tak dapat lupa bila Riena mula mengidam... Wah, bukan alang2 yang Riena idam tu... mula-mula Riena mengidam nak makan strawBerry... puas dah family Riena tolong cari, Mr. Papa pun cari...Tak jumpa juga..
Malam tu Riena mengamuk sebab liur Riena betul2 nak makan strawberry tu.. Alih² Riena nangis sebab tak dapat makan..
Esuknya, Mr. papa g cari lagi.. last² dia dapat jeruk strawberry.. banyak juga la dia beli jeruk tu.. satu yang masam, satu lagi yang asli.. malam tu Riena makan.. Sikit saja Riena makan sebab Riena bukan nak makan jeruk tapi Riena nak buah STRAWBERRY...Kesian jugalah Mr. papa sebab dah susah² cari last² Riena taknak juga.
Inilah rupa jeruk tu.. tiada langsung rupa STRAWBERRY.
Yang Riena nak tu buah strawberry yang betul² buah.. lepas tu bapa mentua Riena balik dari tawau, dia bawa kami jalan² gbandar sebab nak cari buah tersebut.. tak jumpa-hampa.. malang sungguh nasib Riena masa tu Riena rasakan..Last-last dorang belikan Riena aiskrim yang ada perisa strawberry.. try juga makan.. Tapi hati,otak, fikiran semuanya nak BUAH STRAWBERRY..dah banyak tempat, dan dah berhari² dah cari buah tu tapi tak juga jumpa..
Bapa mentua Riena balik g tawau sempat gak nak cari buah tersebut kat Kundasang... Masa singgah di Kundasang tulah, dia jumpa buah strawberry... dia beli dan dah dia sampai kat tawau, dia kirim la guna pos.... Riena apa lagi memang dah takleh sabar nak tunggu.. Dah lama Riena idamkan..
3 hari lepas tu baru sampai kiriman tersebut. Sampai saja di tangan Riena, Riena tengok la buah tu... lama Riena tenung... Riena tak bagi orang lain makan mula² tu..ada banyak buah tu dalam satu pek tapi sayang dah kemek sebab dah tertindih² mungkin masa pos tu.. dah lama Riena tenung tu buah, last² Riena makan.. 2 biji saja Riena makan, kenyang dah... yang lain Riena bg Mr. Papa suruh dia habiskan...huhuhuhu...Mr. Papa hanya mampu geleng kepala saja tengok kerenah Riena masa tu..
Kali kedua Riena mengidam Gula-gula kapas... Sanggup adik ipar Riena (merangkap adik Mr. Papa yang bungsu) g belikan di kantin... Riena makan la tapi sama juga.. tidak banyak Riena makan lepas tu Riena bagi la adik Riena suruh dia habiskan.. Nasib baik juga sebab dia nak juga...
Kali ketiga Riena mengidam Potato twister.. (langsung xda makanan versi kampung).. semua nya versi moden..
Cerita dia begini, di Labuan masa tu ada keramaian di Labuan International Sea Sports Complex (LISC)
dan ada artis datang.. adam dan stacy... Jadi masa hari ahad tu Riena ikut famili Riena g LISC lagipun Mr. Papa keja kat sana masa tu.. Company mereka dapat tender utk semua kelengkapan elektrik disana.. so dorang jaga la disana.. siap ada kemah lagi kat sana tau.. so Riena sempat gak jalan² dengan Mr. Papa walaupun Riena sarat preggy masa tu. Bayangkan perut dah boyot dah...
Riena temankan Mr. Papa keja kat sana sampai petang... family Riena balik dah... Mr. Papa sempat gak belikan topi utk Riena.. Riena suka sangat-sangat.. thanks Papa... :))
So masa tu dia janji nak belikan Riena potato twister tu nanti masa balik or malam.. sebab kira nak turun malam tu.. last-last tak dapat turun.. Riena apa lagi marah la... macam biasa Riena mengamuk...
Mr. Papa pun takut nak balik...26.04.2011 Riena masih lagi kerja sebab 'due date' Riena 15.06.2011.. So kat tempat keja, Riena tak duduk diam.. Sebab masa tu ada pulak bos² dari Miri sampai dan siap arah itu ini..Dah aku ni sarat mengandung ko suruh lagi buat keja berat².. kitorang kat dalam pejabat tu pun gotong royong mengemas meja masing² sebab nak jaga "KESELAMATAN DIRI KETIKA BERADA DI OFFICE" bak kata orang putih SAFETY FIRST.... adush.. agak²la bos, Riena tengah sarat mengandung ni..Korang bayangkan, boleh²nya dia arah Riena angkat Meja yang sememangnya berat... Lelaki pun susah nak angkat, apatah lagi Riena yang tengah sarat ni.. Tak der hati perut betul la mereka² ni..Takder timbang rasa betul.. dahlah tertunduk² nak kemas wayar² komputer, lepas tu nak lap meja.. semua nak kena buat. Rasa nak marah pun ada tapi kita kena hormat la mereka ni kan.. penat gak la sebab tengah bawa perot besor lagi... tapi takder rasa sakit la.. tapi bayangkan jerla wanita sarat pregnant angkat meja.. kira meneran juga tu kan?! malam tu jam 8 ada dah rasa sakit kat uri²... ngilu tapi tak berapa sangat.. ingatkan sakit biasa jer..sempat gak Riena makan malam dengan Mr. Papa.. nasib baik la masa tu dah ada Mr. Papa. Tapi kali ni dia punya sakit sekejap datang, sekejap hilang.. dalam 5 minit gitu dia datang balik.. Tengah malam jam 11 macam tu dah ada rasa sakit sangat.. so Riena bgtau kat mak dan abah. Apa lagi Abah dan Mr. Papa bergegas bawa Riena g hospital.. Yang pasti Mr. Papa berbaju melayu masa tu.. Tak sempat dah nak rembat baju lain...
Sampai kat Hospital doktor suruh baring kat wad biasa.. Lepas tu masuk bilik doktor untuk check bukaan rahim.. Dah 5cm terbuka. Dibawa terus ke Labour Room Check itu ini.. jantung baby kat dalam, paru² dia... Sebab dia tak cukup bulan.. Banyak gak wayar² kat perut ni.. Sekejap² datang lagi sakit tu..
Mr. Papa tak ada kat sisi masa ni.. Nurse tak benarkan dia masuk sedangkan masa tu Riena sorang² jer nak berjuang.. Tak sempat minta ampun kat Mr. Papa lagi ni.. Dalam otak dah kosong tak dapat fikir apa² kecuali nak cepat² keluarkan baby..
Tiba² rasa nak terberak yang amat sangat... Tak tahan dan bagitau kat nurse.. Nurse panggil doktor (perempuan yer).. Doktor datang dan semua peralatan disediakan.. Dah saat nak melahirkan..
Teran, tarik nafas, teran, Tarik nafas..terannnnnnn.... (dalam hati doa agar Allah melancarkan dan mempermudahkan segalanya).
pada jam 01.30am (27.04.2011)
Si kecil keluar, huh lega.. Tapi dia tak nangis.. Riena tengok nurse dah tunggang baby.. Beberapa minit kemudian baru dengar tangisan dia..
Nguwek, nguwek..
Nurse bersihkan dia...
Selamat datang ke dunia wahai si kecil..
Airmata mengalir tanda kegembiraan, kesyukuran saat nurse serahkan si kecil yang comel pada Riena dan buat pertama kali mendukung sikecil dan buat pertama kali menyusukan si kecil.. Syukur kerana selepas selamat melahirkan, air susu mudah jer keluar.. Senang buat si kecil menyusu.
Terima Kasih Ya Allah kerana telah memudahkan semuanya..
Ps: Pengalaman utk Mr. papa pulak. Dia kat ruang menunggu dah kehulu ke hilir.. Duduk tak kena berdiri tak kena... Telefon sana sini dan ditenangkan oleh keluarga²..
Nurse tak bagi dia masuk untuk tengok Riena melahirkan.. Dia hanya dengar suara tangisan si kecil yang dah selamat dilahirkan..
Riena dan si kecil dibawa ke wad untuk berehat.. Barulah Mr. Papa dapat jumpa Riena dan si kecil.. Mr. papa macam berani tak berani nak sentuh si kecil. Pengalaman pertama jadi papa..
Lepas tu nurse datang bawa tebuni/uterus serah kat Mr. Papa untuk uruskan.
1 hari jer Riena bermalam kat wad lepas tu dah dibenarkan pulang rumah dan menjalani kehidupan berpantang bersama si kecil tercomel..
>_< Bling bling **
salam rina, baca punya baca baru sy tahu my son berkongsi tarikh lahir yang sama...
ReplyDeleteAzi :: ye ke? tahun yang sama gak ker? boleh la kita raikan sama2.. hihihihi :)
ReplyDelete