Assalamualaikum
Ini cerita minggu lalu yang baru ter'kisah' hari ini. <yang sebenarnya dah lupa dah nak cerita>
**
*
**
*
Bila kenyang hati rasa girang.. wahahahaha.. Betul ker? Hari ini dalam sejarah, wah terlebih over pulak ayat tu taw.. Macam nak minta lempang bertalu² jer rasanya.
Jangan buang masa korang kan, saya tahu ayat korang mesti macam tu punya la...
Lama juga rasanya tak pekena makanan kat pizza ni sampai kan dah lupa macamana nak order dan makan kat situ.. ahaxx boleh ker sampai macam tu?
Masa lunch time (tempoh harila) kitorang pakat ramai² serbu Pizza Hut.. <Masalahnya ramai sangat ker yang nak serbu ni>
Kitorang 4 orang jer pun rakan sekerja ni yang nak menyerbu dan menyerang pizza hut tu..
Sempat snap gambar belakang saja almaklumlah malu... :)
Sampai jer kat sana, kitorang terasa seperti halimunan sebab takder seorang pun waitress nak layan kitorang.
Dalam puluhan jam yang ntah keberapa baru lah ada waitress yang agak rabun ayam tahap serius ambik order kitorang.. Adakah patut kitorang 4 orang dia kata kami 3 orang.. Ntah yang mana satu halimunan antara kami berempat..
Sambil tunggu² order sampai, macam biasa tapi tak biasa, air ni la menjadi hidangan.. Memang haus giler ar time ni.. Perut pulak dah bernyanyi riang bersama urat² yang lain menandakan mereka didalam sedang lapar..
Sedap hingga menjilat sudu..
Kitorang ambil MEAL 3.. Cukup ar untuk kitorang berempat yang dah lapar giler ni..
Kerana kelaparan yang telah menguasai perut saya, so saya tak sempat lagi nak snap² gambar... Memang terserlah la bahawa saya tengah menikmati hidangan tersebut sampaikan saya tak ingat nak snap² lagi...Lepas tu kitorang pekena cendol la pulak.. Memang terasa seperti jalan² cari makan la kitorang pada hari tu..
Balik ke pejabat dengan muka kenyang dan mengantuk..
Rasa malas pulak nak buat kerja..
No comments:
Post a Comment
جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.