Assalamualaikum
Sebelum nak mula nak ucap gak Happy Birthday to HAKEEM (Baby Mama Azi) dan Raneeya (Baby Mama Ain) yang pertama juga...
Selamat ulang tahun yang pertama sayang... Semoga menjadi anak yang soleh dan pintar dalam pelajaran dan hidup...
Pertama kali ibu di sahkan mengandung, tiada kata-kata yang dapat ibu ungkapkan. Tidak menyangka dalam perut ibu ada janin yang menumpang hidup dengan ibu. Ibu sangat-sangat bahagia kerana dalam rahim ibu telah ada satu nyawa yang bersatu dengan ibu.
Mr. Papa orang paling gembira mendengar berita ini. Tiap hari tiap minit tiap saat Mr. Papa akan mengetahui perkembangan ibu. Sentiasa risaukan makan minum ibu. Demi menjaga janin yang dikandung.
Perit lelah,duka gembira telah ibu lalui selama anak ibu berada di rahim ibu. Setiap hari ibu lihat perut ibu makin membesar.
Bila anak ibu mula bergerak dalam perut ibu, ibu lah orang yang paling bahagia. Saat ibu letakkan telapak tangan di perut ibu, ibu dapat rasakan anak ibu bagaikan terasa dan anak ibu mula bergerakgerak.
Setiap kali berjumpa doktor, setiap kali mendengar degup jantung anak ibu melalui ultrasound, ibu mengalirkan airmata kesyukuran kerana itu menunjukkan anak ibu sihat didalam perut ibu dan mula menggerakkan sesuatu menandakan kemungkinan anak ibu geli.
Walaupun hanya 7 bulan berada di rahim ibu namun ibu rasa bahagia. Pada 27.04.2011 (0130am) anak ibu telah mula melihat dunia.
Kini 27.04.2012 genaplah 1 tahun umur Qasha Haiqal.
Selamat Ulang Tahun yang pertama sayang. Tiada ungkapan yang lebih bermakna mampu ibu ungkapkan selain IBU AMAT MENYAYANGI HAIQAL.
Haiqal adalah pelengkap kasih sayang ibu dan Papa...Sempurna hidup ibu dengan kehadiran Haiqal dan Papa.. Terima kasih.
happy besday dear..dah setahun...cam baru jer lahirkan dia kan...gitulah perasaan seorang mama..mmg sgt teruja bila dapat tahu mengandung...mg membesar dengan sihat yer...muuaah..
ReplyDeleteizan mama mia : hikhihik... ye tak sangka pejam celik pejam celik dah setahun dah umur dia harini... Cepat betul masa berlalu.. macam baru semalam jer lahirkan dia... Thanx utk ucapan nya.. :)
Deletebestnyer bace enty ne... Terasa nak cepat2 habis belajar n kawen n ade baby bersama insan tersayang.... Im proud with u.
ReplyDeleteZyash : Zai, hikhikhik.... kitorang sentiasa doakan supaya korang cepat nikah tau.. :)
Deletethanx.. :)
happy birthday to haiqal..
ReplyDeleterupanya riena salin xcukup bulan yea..
Azi :: ye... tak cukup bulan.. dia dah tak sabar nak tengok dunia.. sempit kot kat dalam tu.. :)
Deletehepi bday to si ensem kecik ni. semoga jd anak yg soleh ek cyg :) Psstt..kemungkinan, haikal akan mendapat geng baru this coming 5/9/2012 dari zuriat zie n dillah. hehehehehe :D
ReplyDeleteZie : thanx yunk... amin ya rabbal alamin.. :)
Deletetak sabar nak tengok geng baru Haiqal... nanti kalau di izinkan Tuhan, InsyaAllah kitorang akan ke Kuching... so dapat la lawat2 Zie dan bakal geng Haiqal nakal tu.. :)