Assalamualaikum
*Gambar sekadar hiasan semata-mata..
*Google Search*
Semenjak dua menjak ke tiga menjak sejak ada ulser kat pipi dalam mulut ni aduh betapa susah nak berkata² sampaikan kalau boleh buat masa ni nak buat isyarat² jer tak yah nak cakap². Dan sekarang tak nak taip banyak² sambil mengarut lebih².
Ni saya share kenapa terjadinya ulser kat dalam mulut kita.
Ulser mulut adalah :-
- Luka di dalam kawasan lembut mulut kita.
- Nampak seperti tompokan warna putih.
- Boleh terjadi berulang kali, ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan <seperti kumpulan 4U2C.. hikhikhik. gurau>, 2 hingga 5 tompok.
- Akan sembuh tanpa meninggalkan parut.
- Kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi.
Simptom-simptom ulser mulut terjadi:-
- Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. <Alahai, ni dah bersentuhan dengan gigi ni lagi la sakit..> Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. <wah, nauzubillah... >
- Ulser mulut menyebabkan kita hilang selera makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala terasa malas untuk bertutur.. <kan dah cakap tadi.. kalau boleh nak guna bahasa isyarat jer buat sementara waktu>
Mesti korang semua tertanya² mengapa ulser mulut ni boleh terjadi an an an.. ce ceta, ce ceta..
- Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
- Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
- Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
- Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.. <yang saya ni kes tergigit pipi mulut tu ar.. sakit tau.. Gigi tengah gaduh dengan pipi mulut tu sebab la dia p gigit>
- Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 1 2 yang tidak mencukupi.
- Sistem imuniti badan yang lemah.
- Alahan
- Radioterapi
- Kimioterapi
Petua merawat ulser :-
- Gunakan pencuci antiseptik mulut
- Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit..
- Makan makanan lembut.
- Elakkan makan makanan pedas dan panas.
- Banyakkan minum air
Kaedah untuk menangani ulser mulut.. :)
Sekiranya anak atau kita sendiri kerap mengalami ulser, amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti :-
- Pemeriksaan gigi berkala
- Gigi yang bersih
- Amalkan makan secara sihat
- Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
Kalau bab makanan pedas ni, memang tak boleh nak elakkan... Tak sempurna makanan saya dengan Mr. Papa kalau tak der pedas² ni.. Apatah lagi saya ni jenis yang suka makan ulam² dengan sambal yang pedas².
Sumber dari : www.cybermedik.com
Sumber dari : www.cybermedik.com
hehehe, kumur2 ngan air garam, w/pun pedih, tapi cepat baik...(nak atau tak jer buat...hhuhuhuhu)
ReplyDeletedah buat dah... baru semalam.. hikhik... keluar gak air mata masa kumur2 tu... pedih
Deletevery nice info.. suka info ni sbb baru tau mcm mana boleh timbul ulser.. mmg sakit tp jarang kene.. salu kalo kene kat tepi hujung lidah.. lps letak setitik liquid lps tu oke..
ReplyDeleteitulah.. saya pun baru tahu sebenarnya macamana boleh terjadinya ulser ni selain dari kita tergigit sendiri... sakit tu sampai tak nak dah bercakap buat sementara waktu.. asyik bersentuh dengan gigi jer..
DeleteKITA SERUPALAH...CIK ROSE PUN SUKA PEDAS HIHIHI
ReplyDeleteCik Rose :; hikhikhik.. sama la pulak kan.. kalau tak de pedas2 macam tak sempurna makanan..
Deletethanx for sharing... bahaya gak ulser ni kan..
ReplyDeleteSalam pekenalan ..umi singgah dan follow ..
ReplyDeletebetul kaat dear ... ulser ni disebabkan bacteria .. selalunya orang ingat sebab badan panas ..info dear memang sangat berguna :)
Umi :: salam kenal juga... suka sangat baca blog awak yunk.. hehe
Deletebetul tu.. selalu juga dengar orang kata alah, panas badan awak tu, tu sebabla kena ulser.. :)
paling tak suka la dgn ulser mulut....brckp pun susah...hahaha
ReplyDeleteecadwinkyasha :: betul betul betul.. paling tak suka dengan ulser... rasa nak nangis jer kalau setiap kali nak cakap...benda happy pun bolehjadi sedih..
DeleteStress!mmg sgt stress klu kna ulser.
ReplyDeleteSemoga awak cpt sembuh ",
mamaJong :: alhamdulillah.. baru jer sembuh.. owh rasa nak nangis jer hari2 bila kena ulser ni.. :(
Delete