Assalamualaikum
Disini aku ingin berkongsi satu cerita dimana ianya berlaku kepada sahabat aku. Aku bukan ingin membuka cerita rumahtangga mereka namun aku sebagai sahabat sangat-sangat kasihan melihat penderitaan dia. Aku hanya ingin meminta pendapat dan pandangan dari rakan yang lain. Memang kali ni entry aku panjang berjela tapi inilah kisah sahabat aku juga rakan karib aku.
A = isteri
B = Suami
Selama mereka berkahwin mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata. 1 tahun usia anak mereka, namun si B seperti lagak orang tak der anak. Pentingkan diri sendiri. Lebih-lebih lagi bila anak demam, kononnya si A tidak mempedulikan si B. sedangkan anak mereka tengah demam. Si A beritahu aku pada masa tu anak dia nak tidur, setelah seharian tak nak tidur. aku tanya mana si B. dia kata Si B seharian tiada dirumah sebab ada kerja kat luar. Jadi si B tidak tahu apa yang terjadi kat rumah. Penat bekerja diluar jangan dijadikan alasan untuk marah pada sang isteri. Sudah kerja suami cari duit untuk keluarga.
Si A ingin tidurkan anak dia dan pada masa yang sama si A juga ingin berehat setelah seharian menjaga anak yang sedang demam. Namun si B tidak memahami si A dan meminta untuk masakkan beliau. Si A telah pun memberitahu bahawa dia ingin tidurkan anak mereka dan ingin berehat sebentar. Namun si B seperti tidak mengerti dan mula meninggikan suara. Si anak sudah mula nak lelapkan mata, si B memanggil nama si A dari luar bilik dengan nada yang besar seperti tidak mengerti anak mereka ingin tidur. cuma ingin memberitahu yang dia masak sendiri. <rasanya si B boleh bercakap dengan nada yang perlahan dan tak perlu nak sengaja besarkan suara dan faham la bila si anak hendak tidur>
Tak tamat disitu, bila anak dan si A telah pun melelapkan mata, si B masuk ke dalam bilik dan mula bertanya "Kau mau rehatkah?" si A memang lah akan jawab ya kan. tapi si B seperti lagak tak puas hati dan mula lah pertengkaran dimana si B mengherdik dan mula meninggikan suara. Si Anak mula terjaga dan panas badan semakin tinggi.
Anak dah demam macam tu boleh pulak dia tanya bila nak layan dia (Si B)? anak tak dapat tidur kerana suara dia. Si A keluar dari bilik dan minta pertolongan dari mentua. Mak dia sendiri yang bagi nasihat pun tak diterima. Sangat-sangat pentingkan diri sendiri. Malah si A pulak yang disalahkan kononnya tidak hormat kepada si B dan mula putar belit cerita.
Semua ni buat aku rasa nak marah pada suami Si A. tapi aku cuma mampu minta dia bersabar.
Sebelum ni dia ada mengadu juga...si B seperti menggunakan kuasa beliau sebagai SUAMI untuk meminta si A membuat sesuatu. Contohnya layanan seks.
Contoh ayat beliau " Aku kan suami, ..... "
Disini aku ingin kongsikan HAK HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN.
"Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat. Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.
Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab-sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.
Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Aku tak kata kita sebagai isteri ni tak payah layan kehendak suami sedangkan itu benda wajib dalam rumahtangga juga kan tapi si suami perlu faham kepenatan si isteri dan kepayahan isteri. Cuba bertolak ansur.
Takkan setiap masa nak berkepit kan. Lebih-lebih lagi kedua-dua mereka bekerja dan mempunyai anak. Bagi aku mereka perlu berfikiran lebih matang dan bukan penting kan diri sendiri.
Maafkan aku sekiranya ada yang kurang senang dengan cerita ku mengenai sahabat ku ini. Aku sekadar ingin meminta pendapat dari rakan-rakan lain sekiranya sudi.
Sekali lagi aku mohon maaf.
Jahatnya suami kawan dear ..sampai hati die buat isterinya mcm tu .. waktu bercinta dulu tak da pulak jahat mcm tu ..uuuuu
ReplyDeleteharap kawan dear dapat bersabar ..harap suatu hari nanti ..suaminya akan berubah haa
Umi dear :: amin... kita sebagai sahabat pun rasa sakit hati apatah lagi si isteri yang mengalami... Nauzubillah..
Deletekita tidak tahu duduk perkara sebenar dan puncanya...Insyaallah semoga mereka matang dalam membuat tindakan..kembali pada lunas agama dan kenapa perkahwinan itu terjadi serta fikirkan nasib anak yang masih kecil..harap mereka dapat selesaikan masalah rumahtangga mereka dengan bijaksana....amin..
ReplyDeleteMama Mia :: InsyaAllah.. betul tu.. paling penting adalah fikirkan nasib anak mereka..
Deleteperkahwinan satu percaturan.. harap semuanya ada penyelesaian.. susah nak kata hal rumah tangga orang lain ni, ...
ReplyDeleteSemoga mereka matang mencari jalan penyelesaian...
ReplyDeleteSemoga ada penyelesaian... Seram plak dengar cerita mcm ne... Takut nak menghadapi...huhuhuhu.. (adap kertas peksa dulu deh...)
ReplyDeletesalam kenal dikk ..
ReplyDeleteaduhh susah hati baca kisah macam nie ..
macam mana nak hadapinya kan
Semua masalah mesti ada jln pnyelesaian.insyaallah, nasihat la kwn supaya byk berdoa, solat hajat, mohon dilembutkn hati suami. Yg keras tidak blh dilawan dgn keras juga, nnti patah.smoga mereka bertemu bhgia kelak.amin.
ReplyDeleteinilah yg payahnya bila pasangan tak bertolak ansur, kan :( zie pun tak pandai gak nk bagi pendapat. turut bersimpati dgn nasib ur friend tu,dear.
ReplyDelete