Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Wednesday

Pesanan isteri Kepada Suami

Riena Haiqal | 9:57 am |

Assalamualaikum

Semalam aku terbaca entry di blog Nia Neerza @ Ain tentang PESANAN SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI dan aku ingin kongsikan juga kata-kata itu di blog ini. Terima Kasih Ain.

Semoga para-para suami membaca nya dan cuba fahami.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak! Dah lah penat masak tahu?
8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja. Tak tahu mana nak letak muka nanti. Dapat-dapat pula yang datang mulut macam longkang, boleh buat bernanah hati si isteri.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Kalau tak sebab kamu, si isteri pun takkan jadi macam tu. Kan?

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut? Tapi kenapa sekarang main lepas ikut suka?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga atau hadiah. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya. Nak lebih romantik, hadiah kan sesuatu yang isteri tak jangka tanda anda menghargainya. Tak mahal pun tak apa, janji ia ikhlas dari hati anda.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah s.w.t berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Cuba bayangkan isteri anda pula yang berbuat macam tu? Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda yang buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok pun kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku pun ego bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.


P/S : mana yang aku bold tu memang aku nak sangat para suami ingat lah kan. Benda tu senang jer. 
Biarpun para suami mempunyai kuasa VETO dan Syurga isteri di tapak kaki suami tapi jangan sewenang-wenangnya nak cakap, "Aku ni suami .... (adalah ayat dia tu)"... 
Takkan para isteri takder tempat nak berkata-kata bila penat, pening, lelah dan sebagainya.. 
Kena layan suami, kehendak dia.. sedangkan kita para isteri sama juga dah penat kerja seharian berilah masa untuk isteri berehat. Tak salah kan?

Renung-renungkan...

28 comments:

  1. Alhamdulillah asben dni lengkap semua perkara :')

    ReplyDelete
  2. Riena xkira saya nak share jugak..sangat tersuka terminat ter2 banyak ter lagi ngn entri awak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel :: heheheh.. share jangan tak share yer.. hehehehe. banyak nya terrrrrrr....

      Delete
  3. baru je tadi dayah share satu cerita suami isteri juga..
    hurrmm..

    entry bermanfaat mcm nih mmg ptt ramai2 kongsi juga..
    :)

    nanti dayah nak copy paste jugak la..

    (err..tak pun letak je link kesini kalau ada yg berminat nak baca kan..?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. sangat2 berguna kita share mengenai rumahtangga ni.. sangat2 bermanfaat.. (^_^)

      Delete
  4. Salam Riena..

    Saya memang setuju apa yg Riena tulis kan ni..

    Terima kasih dengan perkongsian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. (^_^) harap2 para suami cuba fahami..

      Delete
  5. hehe,,kentut dpn isteri tu sha sllu nampk, bapa sha n abg ipar..xsnonoh..hehe

    ReplyDelete
  6. a'aa betoi tu.. para suami mmg patut baca n tahu semua ni kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. IntanBerlian :: betul kan.. harap2 para suami faham dan cuba hayati la ye kan..

      Delete
  7. wokey.. allhamdulillah selamat sampai...

    kalau isteri kentut depan suami camana... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn. Sheila : terima kasih sekali lagi yer.. (^_^)

      isteri kentut depan suami tu dah lain dah tu.. heheheheh.. minta penampor tu..

      Delete
  8. kaka..nnt lps raya sha pos ya..sbb sha baru order keychain tu..so dorg xdpt siapkan skg sbb bz nak raya..sory kak..pending pla..huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe.. ok sha.. no hal la.. kaka ok saja.. (^_^) thanx Sha

      Delete
  9. btul la riena highlight tu...
    pesanan suami buat isteri ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. belum dapat lagi. heheheh.. nanti saya share juga..

      Delete
  10. bakal suami eca kena baca ne?..eh eh,bakal suami?!.LOL,,,tolong carikan dlu riena.hehehe

    btw,nnti PM alamat a.mau send kad raya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal suami? macam dah ada jer tu.. heheheh, adui bab mencari ni susah sikit ni. takut nanti ada yang berkenan Eca pulak xsuka. hehehehe
      bah nanti aku PM di fb mu ya.. (^_^)

      Delete
  11. wahhhhh bagus entri mcm ni ..selalunya umi tengok keadaan mcm ni berlaku dengan orang2 lelaki kat kampung .. tengok pakcik2 makcik2 ...

    zaman moden ni umi selalu tgok kat tv suami yang mcm ni .. moga suami kita tidak mcm ni bila kita semakin tua kelak .. u u u takuttt hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi dear :: hehehehehe. semoga para suami kita semua takder la tersenarai antara yang di atas.. (^_^)

      Delete
  12. YEAH! setuju semua dgn semua di atas. nak suroh my husband baca entry ni ah nnti. utk peringatan dia...hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie :: hehehehee.. suruh Dillah baca yer.. jadi dia boleh jadikan panduan kalau dah ada anak nanti.. (^_^)
      saya percaya Dillah adalah suami yang terbaikkk.. tabik spring pada En. Dillah...

      Delete
  13. kannnnnn.. lelaki ni klau kita x ingatkan, dorang msti xtau nk hargai.. hikhik

    ReplyDelete
  14. insyaallah, kita ingat mengingatkan kan?yalah, mana ada org yang sempurna, kan?:)

    ReplyDelete

جَزَاكُÙ…ُ اللهُØ®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa