Assalamualaikum
Hari Jumaat yang lalu, kami sekeluarga (mama, aku, Haiqal, Isteri abg aku merangkap ipar aku, dan 3 orang anak dia) balik kampung mama aku sebab ada kenduri arwah. Mr. Papa tak ikut sebab tak dapat cuti.
Lagipun dah lama rasanya aku tak balik kampung dan tidur kat sana. Banyak dah perubahan kat kampung yang aku tak tahu. Di samping tu dapat lah Haiqal kenal dengan kampung ibu dan nenek dia.
Aku sempat juga lah ambil gambar keadaan kampung aku ni. Bila aku tengok balik gambar ni tersentuh sangat hati aku sebab dah tak macam dulu dah. Sunyi sepi..
Dulu, masa kecil-kecil sampai lah dalam umur belasan tahun disinilah tempat kami lepak dan main masa petang-petang. Kami tu adalah aku dan cousin-cousin aku yang comel.(Kajen, aku ambil gambar dari FB ko dulu k)...
Ni lah wajah-wajah cousin aku masa kecil. Bila dah besar dah mereka jadi macam gambar kat bawah ni..
Cantik kan? sekarang semua dah ada kerjaya masing-masing jadi susah nak berkumpul seperti dulu. :(
Bila lah agaknya kami akan dapat lepak bersama-sama lagi? :(
Ni adalah rumah arwah nenek kami. Banyak sangat kenangan dirumah ni yang tidak mampu untuk aku lupakan. Pahit manis semuanya ada. Kat tangga tu adalah tempat kami 5 sepupu bergosip, berketawa, cuci-cuci mata tengok pemandangan dan macam-macam lagi.
Kat bawah pohon mangga ni lah juga tempat kami lepak, makan dan bersantai. Sekarang dah tak ada dah.
Kat sini tempat untuk kitorang jemur pakaian. Sekarang memang dah tak der dah.
Yang ada anak panah tu adalah laluan untuk ke pantai. Memang masih ada jalan tu tapi dah semak sikit keadaannya.
Kat belakang rumah ni pun tempat kitorang lepak. Sekarang dah sangat-sangat sunyi sepi.
Hari ahad pulak adalah saat untuk pulang Labuan. Packing beg aku dan Haiqal.
Ni pokok mangga yang paling lama dah umur dia. Sebab rasanya dari aku kecil memang dah ada kat sana.
Sementara tunggu Ferry sampai, Abah aku belanja kitorang makan dulu. Sorry to say Aku takkan masuk gerai makan ni lagi sebab service dia lambat, makanan dia tak sedap. Patut lah tak banyak orang yang datang makan kat gerai ni. Habis dah kitorang semua makan, minuman kitorang semua pun dah habis barulah mee sup abah aku sampai. Tak ke lambat tu.
Haiqal dah boring dah. Habis kerusi tu dia tolak-tolak.
Selamat tinggal kampung ku. Entah bila lagi dapat balik kampung.