Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Thursday

sesuatu yang penting untuk umat-umat akhir zaman.. Renungkan bersama..~!!

Riena Haiqal | 5:00 pm |
Assalamualaikum...

Aku sebenarnya tak la bercelaru sangat sehinggakan aku nak tulis entry ni.. cuma aku nak share ngan korang tentang hal ni...
Dah berbulan² aku mengalami benda ni.. itu sebab aku nak kongsi ngan korang semua.. ceritanya macam ni, semenjak dua menjak ni aku suka sangat tengok kalau wanita bertudung labuh... rasa nak pakai gak.. bukan kerana fesyen but ntah ada sesuatu yang menyelinap kat kepala otak aku mengatakan "TAKUTLAH DENGAN AZAB API NERAKA".. 
Apa lagi setelah aku membaca sebuah cerita tentang kisah Rasulullah SAW.. sama kita baca tapi bukan sekadar baca, lebih baik kita renungkan...

Ali R.A meriwayatkan sebagai berikut :- Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda,
"Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" 
Baginda menjawab,  
"Pada malam aku di Iraq dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis." 
Saya bertanya lagi, 
"Wahai Rasulullah, apakah yang tuan lihat?"  
Baginda bersabda:-
Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking..
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.
Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
Wanita yang berkepala seperti babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,
"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."
Rasulullah bersabda,
"Wahai Fatimah, ada pun tentang:-
Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.
Wanita yang digantung lidahnya kerana menyakiti suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi SAW bersabda:-
"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari Kiamat selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya"
Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala kengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Setelah membaca dan menghayati dengan mendalam, menitis airmata ku terkenangkan perlakuan2 ku selama ni... aku takut sangat dengan azab api neraka... Nauzubillah... 
Kepada sesiapa yang pernah aku sakitkan hati korang, aku minta maaf dari hujung rambut sampaila hujung kaki.....Maafkan aku wahai teman-temanku..







Thank you

No comments:

Post a Comment

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa