Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Monday

Kasihi ibu selagi dia masih bernyawa.. :)

Riena Haiqal | 11:18 am |
KALAU SAYANG IBU, BACA LA, TAK LAMA PUN....

Orang kata aku lahir dari perut ibu !! ~~(Bukan orang kata, memang betul pun)

Bila dahaga, yang susukan aku ~ mak
Bila lapar, yang suapkan aku ~ mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku ~ mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut  ~ mak
Bila bangun tidur, aku cari  ~ mak
Bila nangis, orang pertama yang akan datang ~ mak
Bila nak bermanja, aku dekati ~ mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah ~ mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ~ mak
Bila nakal, yang memarahi aku ~ mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma ~ mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ~ mak
Bila takut, yang tenangkan aku ~ mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk ~ mak
Aku selalu teringatkan ~ mak
Bila sedih, aku mesti telefon ~ mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu ~ mak
Bila bengang, aku suka luah pada ~ mak
Bila takut, aku selalu panggil ~ mak
Bila sakit, orang paling risau adalah ~ mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ~ mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu ~ mak
Bila ada masalah, yang paling risau ~ mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni ~ mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku ~ mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk ~ mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku ~ mak
Yang selalu berleter kat aku ~ mak
Yang selalu puji aku ~ mak
Yang selalu nasihat aku ~ mak

Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk ~ mak
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari ~ Pasanganku
Bila sedih, aku cari  ~ mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada ~ pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada ~ mak
Bila bahagia, aku peluk erat ~ pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ~ mak
Bila nak bercuti, aku bawa ~ pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah ~ mak
Bila sambut Valentine, aku bagi hadiah pada ~ pasanganku
Bila sambut hari IBU, aku cuma dapat ucapkan "SELAMAT HARI IBU"
Selalu aku ingat ~ pasanganku
Selalu Mak ingat kat aku!!
Bila-Bila, aku akan telefon ~ pasanganku
Entah bila, aku nak telefon  ~ mak
Selalu, aku belikan hadiah untuk ~ pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk ~ mak

Renungkan :
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak?
"Mak Bukan nak banyak, lima puluh ringgit (RM50.00) sebulan pun cukuplah"
Berderai airmata jika kita mendengarnya..

Tapi kalau mak sudah tiada :
"MAK,RINDU MAK!! RINDU SANGAT!!"
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya!
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya!
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya!
 Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya!
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya!

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si Ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

KOS UPAH MEMBANTU IBU :

1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4.00 
3) Tolong buang sampah : RM1.00 
4) Tolong kemas bilik : RM2.00 
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong Sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si Ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si Ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos airmata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - PERCUMA

Airmata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si Ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata :
"Saya sayangkan Ibu". 
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "TELAH DIBAYAR" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

No comments:

Post a Comment

جَزَاكُمُ اللهُخَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa