Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Wednesday

Holiday to Kota Kinabalu Part 4

Riena Haiqal | 5:02 pm |

Assalamualaikum

Last entry pasal Holiday ke Kota Kinabalu ni. Agak-agak boring tak buat part-part bagai ni. Rasa menyampah kan.. #matapandangkeatastanganletakdibahu

Hari ke 3 - Last day in Kota Kinabalu

Pagi-pagi dah keluar nak JJCM lagi. Tempat biasa dituju juga iaitu Restoran Sri Rahmat. Budak manja aku ni demam dan flu. Tapi maintain kecomelan dia. Masa dia pakai baju Bee ni memang ramai yang dukung-dukung dia dan kata comel. 

Selesai makan, dan rasa masih awal lagi kami punya ticket (Ticket jam 01.30pm) jadi kami pun melepak sekejap kat KK Plaza. Nampak kan kedai-kedai masih ada yang belum buka lagi. Minah kat bawah ni terinterprem pulak masa aku tengah snap gambar Mr. Macho aku tengah berjalan.



Sukanya budak manja tu duduk dalam stroller tu. "Nak laju lagi nak laju lagi"..

Jam 12.30pm kami tiba di Jesselton Point - Terminal Boat Express. 


Masa ni budak manja ni tak nak duduk diam-diam. Jadi aku biarkan lah dia jalan-jalan kat dalam terminal tu. Lagipun tak ramai orang jadi aku boleh la biarkan dia tapi masih dalam pengawasan mata aku.


Ni dia tengah tengok budak kecil yang sedang nangis. Dia pun nak terikut sama nangis sambil tersenyum sumbing.

Massage time. Best tengok Mr. Papa massage kat kerusi tu. Aku pun nak juga.

Last-last ini jadinya. Aku bagi lah kat budak manja ni cuba. Tengok jer gaya dia buat aku ketawa terbahak-bahak. Dah lain dah gaya dia bila kerusi tu bergerak-gerak nak urut belakang dia.

Masa untuk menuju ke kapal masa ni. Mak datuk, aku dah semakin dup dap dup dap dah. Bagi orang-orang yang mabuk laut macam aku memang dia akan faham perasaan aku masa ni.


 Tengok air laut ni pun aku rasa macam dah nak muntah dah. #pitamsekejap


Tu dia kapal yang kami nak naik tu. Boleh tak aku postpone jap nak naik kapal tu. Aku takut la. 




Buat-buat muka macam tak takut. Rileks ar bai..

Kapal dah jalan dah. Mula-mula memang kami kat tempat duduk yang telah di setkan dalam ticket tu. Depan tu jang, aku mana tahan kalau ada ombak.

Duduk jer kat seat tu, "nenen, nenen"..

Berlagak ko yer sayang. Jap lagi tahu lah.
Tengok belakang, yesss takder orang. laju-laju la ambil tempat duduk yang paling belakang dekat dengan tandas.
Ni kami dah duduk kat seat paling belakang. Budak manja aku dah tidur sebab dia demam dan mabuk laut juga.

Budak besar ni boleh selamba gajah pulak berdiri-diri tengok pemandangan luar yang dah berombak giler ni. Aku dah tak tahan dah. Memang dah takder benda dah nak dimuntahkan. #pitambaliknakmuntah

 Tengok. Dia siap kacau anak dia yang tengah sedap tidur tu.

Ni gambar nak minta lempang dengan aku sebab dia tengah mengolok aku yang tengah pening ni.

Nilah rupa si mabuk laut yang tengah tahan muntah dia.

Kebetulan dalam boat tu pekerja dia tengah menjual-jual makanan. Aku minta Mr. Papa belikan aku megi jadi boleh lah aku makan sikit. #sikitapakejadahhabisakumakan

Mulanya budakmanja ni dah bangun dah. Aku suruh la Mr. Papa tolong dukung dia sebab aku dah tak tahan dah. Ombak sangat-sangat kuat sampaikan rasa boat tu nak terbalik. Serius aku tak tipu. Aku siap marah Mr. Papa sebab kenapa tak sampai-sampai kat Labuan lagi ni. Dia pun dah panik semacam. Mana taknya boat tu dah terumbang ambing dek ombak laut yang menggila, dia risaukan aku dan anak dia juga. Aku pulak dah terbaring lesu dah kat seat belakang tu. 
Satu hal lagi bila si manja ni tak nak kat Mr. Papa. Dia siap muntah 3 kali kat badan Mr. Papa. Terpaksa aku peluk dia untuk tenangkan dia. Dahlah dia demam, mabuk laut lagi. Sian sangat kat Haiqal. Akhirnya dia tidur dipelukan aku.. #anakmanjaibu

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Labuan. Dan berakhirlah percutian kami di Kota Kinabalu..

Terima Kasih semua.



8 comments:

  1. riena duk labuan area mane? dulu ida pernah duk sane sebulan sbb ade job...company sewa di beta aprtment..suke sgtla pegi at anjung ketam tu...rindunye nk gi labuan!

    ReplyDelete
  2. OMG sha dah terlepas banyak episod niiiiii

    anyway nanti sha terjah balik entry lama2 you ke KK tu ye.

    kesiannya sbb mabuk laut :(

    ReplyDelete
  3. Bestnya brcuti kk..tk prnah pergi..mcm best la..

    ReplyDelete
  4. skali lagi nak cakap bbboy u sgt comey i sangat suka.....

    ReplyDelete
  5. akak kat kk ka? la , da abis la pula..lau x bole la jumpa kat CP hehe..nak tgk baby comel..hehe

    ReplyDelete
  6. comel nah baju haiqal tu. bumble bee siott..hehehe

    ReplyDelete
  7. riena mabuk laut samalah cam azi...apa2 pn mesti hepi jalan2 kan...

    ReplyDelete

جَزَاكُÙ…ُ اللهُØ®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa