Jom buat duit bersama churp churp

My dear Member.. Cool!!!

Thursday

Semalam..

Riena Haiqal | 11:49 am |

Assalamualaikum

Semalam balik kerja aku lepak kat rumah mak aku sebab Mr. Papa ada projek service aircond kat rumah costumer. Sambil tunggu-tunggu Mr. Papa ambik aku dan Haiqal, aku sembang-sembang dengan mak aku. Sambil tu tengok telatah Haiqal. Cucu manja abah aku ni memang tak reti duduk diam. Ada jer keja nak dibuatnya. 



#ohmai# Haiqal ada gigi taring la.. patutlah kalau dia gigit aku MasyaAllah, sangat-sangat tajam rasanya. Macam disengat tebuan.
Dah boring dah baring-baring kat tilam, dia panjat kerusi pulak. Memang pintar betul.
Tak cukup dengan duduk, dia berdiri pulak. Akhirnya jatuh gedebuk juga. Itu aku tak ambik la sebab dia dah nangis dah.

Jam lapan lebih barulah Mr. Papa ambik kitorang. Memang aku dah sangat-sangat lapar dah masa tu. Sampai jer di rumah, siap mandi aku terus kedapur tengok nak masak apa. Sebelum ada sound merengek-rengek, laju-laju aku potong buah jambu untuk dia santap sekejap.
Sapa lagi kalau bukan budak hensem ni. Muncung dibibir tu menandakan mulut dia dah penuh dengan buah la tu. Suruh take one only, dia bedal sumbat banyak-banyak.
Macam biasa, aku asyik nak goreng ikan jer. Makan nasi dengan ikan goreng jer pun takper janji mesti ikan goreng.
Tu untuk aku, dan yang kat bawah ni aku dah siap asingkan untuk Mr. Papa dan lain-lain.
Owh rasa macam tak cukup pulak. Kebetulan Mak aku ada bagi aku mangga muda.. Apa lagi, terus aku buat sambal mangga la jawabnya kan.
Aku ingat aku sorang jer yang makan sambal mangga tu, rupanya Mr. Papa pun mengidam juga nak makan.

15 comments:

  1. ikan goreng pun sodap.. akak pun suka makan ikan goreng... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh.. memang sodap makan ikan goreng ni..(^_^)

      Delete
  2. Macam2 keletah anak ni kan..lauk ikan goreng pun dh blh bkak selera mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ragam la anak2 ni.. kadang2 sangat mencuit hati..

      sekarang ni saya paling suka makan ikan goreng je

      Delete
  3. dah elok baca dari atas... tiba2 sampai bawah, terus kecur mulut... ada mangga la pulak.. adehhhh... dan2 rasa air liur dalam mulut.. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.. saja jer tu nak bagi korang telan2 liur jap.. (^_^)

      Delete
  4. ikan goreng makan dengan nasi panas2 sedap apa.. hehehe


    ragam anak-anak ni buat hati kita terhibur sebenarnya.. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap.. (^_^)
      hilang rasa penat bila tgk gelagat anak2 kita ni.. (^_^)

      Delete
  5. haha...haiqal haiqal. pelbagai fesyen perangai dia ek. hehehe. pape pun...sambal mangga tuuuu arghhhhh! ngidam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha. ada je gaya dia.. buat geli hati.. (^_^)
      hahahahah sabar ye ZIe. lepas pantang dah leh makan.. eheheheh

      Delete
  6. Replies
    1. papa dia yang nak sangat belikan dia pinggan mickey mouse tu.. masa dia umur 4 bulan lagi dah papa dia belikan..

      Delete
  7. ya ampun macam2 gaya si haiqal ni..kang buatnya tercekik adoyai..

    ReplyDelete
  8. comey nya bekas makanan haiqal..msakan simple..lau lapar smua pun sdp..sha suka mkn nasi + ikan goreng + mangga..errrgg

    ReplyDelete

جَزَاكُÙ…ُ اللهُØ®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا ÙˆَجَزَاكُÙ…ُ اللهُ اَØ­ْسَÙ†َ الْجَزَاء
(Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza)
Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Affiliate!!

Mohd Qasha Haiqal

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
♥ Copyright © 2012 reserved to RieNa_HaiQaL. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa